Kepahitan membelenggu kehidupan, kasih melepaskannya; Kepahitan melumpuhkan kehidupan, kasih memperkasakannya.
Awaslah, jangan sampai ada sesiapa pun yang tidak mendapat kasih kurnia Allah.
Jangan biarkan akar kepahitan menimbulkan kekacauan, sehingga ramai yang tercemar.
Ibrani 12:15
LIVE I 24HB DIS 2020 I 8PM
Siaran video-video menarik darI
Malaysian Worship Collective
Tahun ini merupakan waktu yang amat mencabar kepada kita semua.
Segala yang kita rancangkan langsung tidak menjadi kerana ini merupakan tahun perubahan di mana tiada satu pun perihal yang mampu diharapkan.
Namun, masih terdapat pengharapan yang kekal dan pasti dalam Yesus Kristus
kerana Dia tidak berubah dahulu, sekarang, dan selama-lamanya.
Kami mempersembahkan Christmas At Home di mana empat rakan baik meraikan Krismas bersama-sama di waktu yang mencabar ini.
Kemudiannya, diikuti dengan lagu-lagu tanah air yang pasti membawa
pengharapan serta meraikan Raja Damai sepanjang Natal ini!