top of page

Dengar Apa yang Difirmankan TUHAN


“…Aku mendengar apa yang difirmankan TUHAN Allah; Dia menjanjikan kesejahteraan kepada kita, umat-Nya, jika kita tidak kembali berbuat dosa....” Mazmur 85:9


Mazmur ini ditulis setelah bangsa Yahudi kembali daripada penawanan di Babel, di mana mereka belum lagi sepenuhnya mendapat perkenaanan daripada Tuhan. Dalam mazmur ini pemazmur menceritakan tentang doa umat-Nya kepada Tuhan, untuk memohon agar Tuhan kembali berkenan kepada mereka.


Pemazmur berdoa untuk memohon bagi pemulihan bangsa Isreal, dimana dia meminta kepada Tuhan bagi kebangkitan rohani umatNya, bagi mengembalikan kehidupan rohani umatNya yang diperkenaan dihadapan Tuhan..


Oleh itu pemazmur berkata kepada kita bahawa dia telah mendengar apa yang dikatakan dan difirmankan TUHAN kepadanya. Dimana Tuhan berkata kepadanya bahwa ada damai bagi umat dan pengikut-Nya yang setia kepadaNya. Sekiranya mereka tidak kembali kepada cara hidup mereka yang bodoh.


Walaupun keadaan yang mereka sedang lalui sangat sukar namun pemazmur masih mampu melihat ke depan dan yakin dengan kesejahteraan yang daripada Tuhan. Dimana Tuhan berjanji kepada mereka untuk memberi kesejahteraan, sekiranya mereka tidak kembali berbuat dosa.


Bagi pemazmur keyakinannya hanya kepada apa yang Tuhan katakan kepadanya, oleh itu pemazmur mengakui bahawa masa sekarang dan masa depan mereka ada pada apa yang Tuhan firmankan kepada mereka. Sebab tanpa bimbingan Tuhan mengiring mereka maka masa depan mereka tidak akan terjamin.


Oleh itu untuk menikmati kesejahteraan yang dijanjikan oleh Tuhan kepada kita, kita perlu berhenti daripada melakukan segala sesuatu yang melanggar perintah Tuhan, tetapi melakukan apa yang difirmankan Tuhan kepada kita.


Doa: Bapa yang di surga, ajar saya untuk mendengar apa yang Engkau mahu katakan kepada saya, tolong saya Tuhan untuk melakukan segala apa yang Engkau kehendaki bagi hidup saya setiap hari. Agar saya sentiasa menyenangkan hatiMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comentários


bottom of page