top of page

Dimurnikan dalam Firman-Nya


Bacaan Alkitab: Mazmur 76-85


Ketika kita sedang mengikuti Puasa dan Doa untuk memiliki hati untuk mengenal Dia, saya percaya bahwa sekarang, kamu sudah mulai menghargai apa yang telah Tuhan lakukan untuk kamu serta rancangan dan tujuan-Nya untuk kamu.


Penekanan dalam Mazmur 76 adalah tentang Tuhan yang mendapat kemenangan bagi pihak umat-Nya atas Sanherib, raja Asyur, ketika dia berusaha untuk menaklukkan Yehuda pada masa Hizkia memerintah. Dalam Mazmur 76:1, Pemazmur menyatakan bahawa Tuhan dikenali, dan nama-Nya besar di Yehuda. Sebagai jawapan kepada doa Hizkia, malaikat Tuhan membunuh 185,000 orang Asyur, menyebabkan Pemazmur menulis Mazmur 76:3, “Di sana Dia telah mematahkan anak-anak panah busur, perisai dan pedang pertempuran.” Ya, ramai orang Israel mengenali Tuhan kerana apa yang Dia lakukan dalam menghadapi ancaman daripada Asyur.


Dalam 5 hari yang seterusnya, kita ingin mengenali Tuhan dengan lebih mendalam, bukan sahaja tentang apa yang telah Dia lakukan untuk kita tetapi juga apa yang Dia mahu lakukan kepada kita. Kita ingin mengenali Dia sebagai Pemurni kita. Tempat untuk bermula adalah melalui Firman-Nya, Alkitab. Nyatakan kepada Tuhan bahawa kamu ingin mempelajari Firman-Nya dan membenarkan Firman-Nya memurnikan kamu. Lagipun, hanya firman Tuhan yang murni, seperti perak yang dimurnikan dalam relau di atas tanah, dimurnikan tujuh kali (Mazmur 12:6) yang mempunyai kuasa untuk memurnikan kita daripada kejahatan dan dosa di dalam hati kita dan kekotoran kerana pemberontakan dan ketidakpercayaan.


Doa:

Tuhan Yesus, Firman-Mu memurnikan saya setiap kali saya membacanya dan semasa saya menjawap Engkau dengan sewajarnya. Jadikanlah saya seperti emas dan perak tulen supaya saya dimurnikan dari segala kekotoran dan kefasikan. Amin!


Elder Lee Choong San, NECF



Yorumlar


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page