top of page

Doa Puasa Mengubah Destini Bangsa


Daniel 10: 2Pada waktu itu, aku, Daniel, sedang berkabung selama tiga minggu penuh. 3Makanan yang sedap tidak kumakan, daging dan air anggur tidak masuk ke dalam mulutku, dan aku tidak memakai minyak wangi sama sekali sampai genap tiga minggu penuh. 4Pada hari yang kedua puluh empat dalam bulan yang pertama, aku berada di tepi sungai besar, iaitu Sungai Tigris.


Pada zaman Daniel itulah umat Tuhan dibawa ke tanah pembuangan. Pada waktu itu, Daniel berumur sekitar 15-17 tahun dia dan sanak-saudaranya ditawan ke Babel selama 70 tahun. Semua ini terjadi akibat kedegilan hati umat Tuhan yang telah membelakangi Tuhan.


Yeremia 25: 8Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan alam semesta, 'Kerana kamu tidak mahu mendengar firman-Ku, 9sesungguhnya Aku akan mengirim utusan untuk menjemput semua suku bangsa dari utara,' demikianlah firman Tuhan, 'dan memanggil Nebukadnezar, raja Babel, hamba-Ku itu. Akan Kubawa mereka untuk menyerang negeri ini, menyerang penduduknya dan semua bangsa di sekitarnya.….. 11CSeluruh negeri ini akan menjadi reruntuhan dan ketandusan. Bangsa-bangsa itu akan menghamba kepada raja Babel selama tujuh puluh tahun.


Daniel adalah seorang yang takut pada Tuhan, dia suka merenungkan firman dan berdoa kerana dia percaya Tuhan sahaja yang boleh mengubah destini umat-Nya, walaupun mengambil masa yang lama sesuai penetapan Tuhan. Setelah hampir genap masa 70 tahun (umur Daniel sekitar 85-86 tahun) sesuai dengan nubuatan Nabi Yeremia, Daniel sedar bahawa tiba masa untuk memohon Tuhan menggenapi janji-Nya untuk bangsanya. Maka ia berdoa dan berpuasa serta berkabung selama 21 hari memohon pengampunan atas kesalahan bangsanya serta pembelaan Tuhan. Sehingga pada hari ke-24, Tuhan menjawab doanya.


Daniel 10: 3Lalu aku menumpukan hati kepada Tuhan Allah dengan berikhtiar dalam doa dan permohonan sambil berpuasa serta mengenakan kain perkabungan dan abu. 4Aku berdoa kepada Tuhan, Allahku, dan mengakui segala dosa,…


Tuhan tidak pernah berdiam dalam menggenapi janji-Nya. Apakah ada orang yang ingin berdiri membela bangsanya dihadapan Tuhan dan bertindak memulakan transformasi itu. Penguasa dunia ini berusaha menggagalkan rancangan Tuhan, namun orang benar yang memahami firman akan bertindak bijaksana. (Maz. 19:7).


Selain berdoa apakah tindakan Daniel untuk menjadikan transformasi itu berlaku bagi bangsanya?


Persoalannya, apa tindakan kita, ketika melihat keadaan keluarga, sanak-saudara atau umat Tuhan yang jauh dari Tuhan? Pernahkah kita berkabung menangisi dan berpuasa agar mereka dipulihkan?


DOA: Yesus kekasihku, biarlah kami menangis seperti hati-Mu menangisi jiwa yang terhilang. Agar mereka menemukan Engkau dimasa-masa kesukaran mereka dan peroleh penebusanMu. Dalam nama Yesus, Amen.


Tuhan Memberkati,

Pr. Linda Misak

bottom of page