top of page

Doa Yesus


Mat 26:36-46 (AVB)

36 Selepas itu, Yesus pergi bersama mereka ke sebuah tempat bernama Getsemani, lalu Dia berkata kepada murid-murid-Nya, "Duduklah di sini sementara Aku berdoa di sana." 37 Yesus membawa bersama-Nya Petrus dan kedua-dua anak Zebedeus. Dia mula berasa dukacita dan resah. 38 Dia berkata kepada mereka, "Jiwa-Ku sungguh dukacita, bagaikan mati. Duduklah di sini berjaga bersama-Ku."

39 Yesus pergi jauh sedikit dari situ lalu sujud menyembamkan muka ke tanah dan berdoa, "Ya Bapa-Ku, kalaulah dapat, edarkanlah cawan ini daripada-Ku; namun, bukanlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Kaukehendaki."

40 Kemudian Dia kembali kepada murid-murid-Nya dan mendapati mereka tertidur; lalu Dia berkata kepada Petrus, "Satu jam pun kamu tidak dapat berjaga bersama-Ku? 41 Berjaga dan berdoalah, takut nanti kamu tergoda. Memang rohani rela, tetapi jasmani lemah."

42 Bagi kali kedua, Dia pergi dan berdoa, "Ya Bapa-Ku, jika cawan ini tidak mungkin beredar daripada-Ku melainkan Kuminum, terlaksanalah kehendak-Mu."

43 Selepas itu, Dia mendapati mereka tidur lagi, kerana mata mereka sungguh mengantuk. 44 Dia pun meninggalkan mereka dan pergi berdoa lagi, bagi kali ketiga. Dia mengucapkan kata-kata yang sama.

45 Setelah itu, Dia mendapatkan murid-murid-Nya lalu berkata, "Adakah kamu masih tidur dan berehat? Lihatlah, masanya telah menjelang, dan Anak Manusia sedang dikhianati untuk diserahkan ke tangan orang berdosa. 46 Bangunlah, mari kita pergi. Lihat, pengkhianat-Ku sudah tiba."


Shalom, salam sejahtera bagi kita sidang jemaat yang dikasihi Tuhan Yesus Kristus. Rhema kita pagi ini adalah tentang Doa Tuhan Yesus”. Ketika Yesus Berdoa di Taman Getsemani kalimat yang dinaikkanNya satu kalimat yang tidak asing lagi dalam Doa Tuhan Yesus iaitu : “ Ya BapaKu , jikalau sekiranya mungkin, biarlah Cawan ini lalu dari padaKu, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki”. Pembelajaran apa yang kita dapatkan dalam Doa Tuhan Yesus ini”. Saya mengkongsikan kepada kita 3 perkara iaitu :


A. Ketika Tuhan Yesus berdoa dia menyatakan Doa yang sama untuk perkara yang sedang dialamiNya.

  • Kalau kita terasa membosankan mengulangi “Doa yang sama” belajarlah dari Doa yang dilakukan oleh Yesus.

  • Tuhan Yesus yang adalah Allah namun ketika Dia berdoa, Tuhan Yesus tetap mengulangi “Doa yang Sama” Mengapa?.

  • Adakah kita berpikir bahawa Allah Bapa tidak mahu mendengar AnakNya? Atau mungkin ada banyak pertanyaan yang ada dalam Pikiran kita tentang perkara ini bukan?

  • Tetapi jawaban saya untuk itu, adalah Tuhan Yesus mahu menunjukkan kepada kita, bahawa Yesus “Taat” kepada BapaNya. Suatu Gambaran yang patut menjadi teladan bagi kita sama seperti Yesus berdoa.


Refleksi :

  • Hal ini mengingatkan kita, jangan cepat-cepat bosan dengan perkara yang kita sudah kita doakan berkali-kali.

  • Mendoakan perkara yang sama adalah suatu bukti bahawa perkara itu begitu serius untuk menjadi perhatian utama kita

  • Berdoalah sampai Doa itu memiliki Jawaban.


B. Ketika Tuhan Yesus berdoa Ternyata Dia memerlukan Teman juga untuk menemaninya untuk sama-sama berdoa . Mengapa ?

  • Dalam kemanusiaan Tuhan Yesus, Dia juga memerlukan Teman Doa. Dalam hal ini Yesus mengajak Petrus dan anak-anak Zebedeus untuk menjadi Teman DoaNya.

  • Hal yang perlu kita ketahui di sini adalah kita perlu sokongan ketika membawa perkara-perkara Doa kepada Allah. Jadi marilah kita menjadikan diri kita masing-masing sebagai “Teman Doa” bagi sesiapa yang memerlukan Doa-doa kita.

  • Dalam Lukas 22 : 32 mengatakan : “ Dan Aku (dalam hal ini Tuhan Yesus), telah berdoa untuk engkau supaya imanmu jangan gugur. Dan engkau , jikalau engkau sudah insaf , kuatkanlah saudara-saudaramu”. Ertinya dukungan Doa satu dengan yang lain itu sangat penting.

  • Mari kita renungkan perkara ini dengan Bijaksana.


C. Ketika Tuhan Yesus berdoa Dia berdoa sesuai dengan Kehendak BapaNya

  • Dalam DoaNya Tuhan Yesus berkata : “ Ya Bapa-Ku jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari padaKu, tetapi jangan seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki (ayat 39 ,42)

  • Jika Tuhan Yesus sendiri dalam DoaNya, Dia mengatakan bahawa Dia memohon supaya bukan kehendakNya tetapi Kehendak BapaNya.

  • Pembelajaran apa yang perlu kita pahami dalam berdoa adalah , bahawa bagian kita adalah berdoa dan bagian Tuhan adalah member Keputusan dan Jawaban atas doa-doa kita.

  • Kita perlu merefleksikan perkara ini dalam kehidupan kita, supaya kita tidak menjadi kecewa, ketika kita sudah berdoa.

  • Marilah kita memulakan diri kita berdoa sesuai dengan KehendakNya. Kerana KehendakNya pasti yang terbaik bagi kita.


Pr. Datin Rosmaida S-Justin

Comments


bottom of page