Matius 17:21 Jenis ini hanya dapat dihalau dengan berdoa dan berpuasa."
Ibrani 11:1 (AVB) Iman adalah kepastian akan perkara-perkara yang diharapkan, keyakinan akan perkara-perkara yang tidak dilihat.
Biji sesawi adalah biji yang kecil. Gunung pula memberikan gambaran sesuatu yang sangat besar. Oleh itu, apabila Yesus mengatakan bahawa kita boleh mengatakan kepada gunung, beralihlah dari situ, maka gunung akan beralih", ia memberikan kita makna sesuatu yang susah dilakukan atau sesuatu yang mustahil.
Ada orang mengatakan bahawa iman seperti biji sesawi adalah seperti iman yang berpotensi untuk membesar menjadi besar. Jadi iman kita walaupun kecil, boleh membesar menjadi besar dan satu hari nanti, murid Yesus akan boleh menghalau roh iblis.
Tetapi saya lebih cenderung kepada penjelasan berikut;
Yesus menyatakan di dalam Matius 17:21 bahawa mereka dapat melakukan perkara besar dengan berdoa dan berpuasa.
Maksudnya, apabila kita berdoa dan berpuasa, kebergantungan kita adalah kepada Tuhan.
Fokus kita bukanlah betapa besarnya iman kita, tetapi fokus kita ialah betapa besarnya Tuhan. Fokus kita bukan kepada saiz iman kita tetapi kepada saiz Tuhan.
Fokus murid-murid Yesus mungkin adalah kepada kejayaan mereka yang lalu, teknik mereka yang lalu, kebolehan mereka yang lalu dan bukan kepada fokus kepada keagungan dan kuasa ke atas iblis.
Apabila iman kita adalah fokus kepada iman yang diingini Tuhan, iaitu iman yang fokusnya adalah kepada Tuhan. Iman yang benar, tidak kira betapa kecil, boleh melakukan perkara besar, kerana iman tersebut diletakkan kepada Tuhan yang besar!
Jadi, apa yang Yesus ajarkan kepada kita
bukanlah tentang saiz iman kita.
bukanlah tentang saiz gunung di hadapan kita.
tetapi adalah berkenaan dengan saiz Tuhan kita.
Tuhan kita adalah lebih besar daripada iman kita atau masalah kita.
Apabila murid-murid Yesus bertanya kepada Yesus mengapa mereka tidak boleh mengusir roh iblis, Yesus tidak menunjukkan tentang betapa kecil iman mereka. Tetapi Yesus menunjukkan kepada mereka kondisi iman mereka.
Iman yang kecil, sebesar biji sesawi, boleh melakukan perkara yang besar jika ia adalah bergantung kepada TUHAN YANG BESAR.
Jadi, saudara-saudari, ini adalah salah satu prinsip kerajaan Allah. Tidak ada perkara yang Tuhan mahu kita lakukan, walaupun kelihatan mustahil, dapat dilakukan kerana iman kita adalah kepada Tuhan yang besar.
Ada pepatah Inggeris mengatakan.
BIG God, small problems. Small God, BIG Problems.
Mari kita menumpukan mata kita kepada Tuhan kita yang besar.
Elder Ann WK
Comments