top of page

10 : Yesus Bangkit




Yohanes 20:1-23 (AVB) 1 Pada awal pagi hari pertama minggu itu, ketika masih gelap lagi, Maria Magdalena pergi ke makam itu. Dia mendapati batu penutup telah digulingkan dari lubang makam itu. 2 Dia pun berlari mencari Simon Petrus dan murid lain yang dikasihi oleh Yesus lalu berkata, "Jenazah Tuhan telah diambil dari makam, entah ke mana dialihkan."

3 Petrus dan murid lain itu pun pergi ke makam. 4 Kedua-duanya berlari, tetapi murid lain itu berlari mendahului Petrus dan tiba di makam itu lebih dahulu. 5 Dia menjenguk ke dalam dan melihat kain linen di situ tetapi tidak masuk ke makam itu. 6 Apabila Simon Petrus yang menyusul murid lain itu tiba, dia terus masuk ke dalam makam itu dan nampak kain linen terletak di situ. 7 Dia juga melihat kain kafan linen yang diikatkan pada kepala Yesus, terlipat berasingan. 8 Kemudian, murid lain yang sampai dahulu di kubur itu pun masuk. Dia melihat segala-galanya lalu percaya. 9 Setakat itu mereka belum memahami apa yang tersurat dalam Kitab Suci, iaitu Dia harus bangkit daripada kematian. 10 Selepas itu, murid-murid Yesus itu pun pulang ke rumah mereka.


Yesus menampakkan diri kepada Maria

11 Tetapi Maria berdiri di hadapan makam itu sambil menangis. Kemudian sambil menangis dia menjenguk ke dalam. 12 Dia melihat dua malaikat berpakaian putih duduk di tempat jenazah Yesus dibaringkan dahulu, satu malaikat di sebelah kepala dan satu di sebelah kaki. 13 Malaikat-malaikat itu bertanya kepada Maria, "Puan, mengapa menangis?"

Maria menyahut, "Jenazah Tuhanku telah diambil, entah ke mana dialihkan!"

14 Kemudian Maria menoleh lalu melihat Yesus berdiri di situ, tetapi Maria tidak mengenal-Nya. 15 Yesus berkata kepada Maria, "Puan, mengapa menangis? Siapakah yang kamu cari?"

Pada sangkaan Maria, Dia tukang kebun di taman itu. Dengan demikian Maria berkata, "Tuan, jika kamu telah mengalihkan jenazah Yesus, beritahulah aku di mana kamu letakkan-Nya, supaya dapat kuambil jenazah-Nya."

16 Yesus berkata kepadanya, "Maria!"

Maria berpaling kepada Yesus lalu berseru dalam bahasa Ibrani, "Rabboni!" (ertinya "Guru").

17 Yesus berkata kepadanya, "Jangan berpaut pada-Ku, kerana Aku belum lagi kembali kepada Bapa. Pergilah kepada murid-murid-Ku, katakan kepada mereka bahawa sekarang Aku akan kembali kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah-Ku dan Allahmu."

18 Maria Magdalena pun pergi mendapatkan para murid Yesus lalu memberitahu, "Aku telah melihat Tuhan." Dan Dia telah menuturkan kata-kata itu kepadanya.

Yesus menampakkan diri kepada murid-murid-Nya

19 Pada hari minggu itu, setelah petang, para murid Yesus berhimpun di sebuah rumah dengan pintu terkunci kerana takut akan orang Yahudi. Yesus berdiri di tengah-tengah mereka lalu berkata, "Damai sejahtera kepada kamu!" 20 Selepas itu, Dia menunjukkan tangan dan rusuk-Nya kepada mereka, maka murid-murid itu pun bersukacita melihat Tuhan. 21 Yesus berkata lagi kepada mereka, "Damai sejahtera kepada kamu! Sebagaimana Bapa mengutus-Ku, begitulah Aku mengutusmu." 22 Kemudian Dia menghembuskan nafas-Nya ke atas mereka lalu berkata, "Terimalah Roh Kudus. 23 Sesiapa yang kamu ampunkan dosanya, dosanya diampunkan. Sesiapa yang tidak kamu ampunkan dosanya, dosanya tidak akan diampunkan."




Apabila Yesus telah dikuburkan, pada awal pagi hari pertama minggu itu, Maria Magdalena pergi ke makam itu. Dan mendapati batu penutup telah digulingkan dari lubang makam itu.

Maria pun berlari mencari Simon Petrus dan Yohanes untuk memberitahu tentang entah ke mana tubuh Yesus di alihkan. Kedua-duanya (Petrus dan Yohanes) berlari menuju ke makam. Yohanes sampai dahulu.


Yohanes 20:5 Dia menjenguk ke dalam dan melihat (blepō) kain linen di situ tetapi tidak masuk ke makam itu.


Yohanes, pada mulanya hanya menjenguk dari luar. Perkataaan asli “melihat” ialah “blepō”

Yang bermakna .. melihat secara mata fizikal. Yohanes yang menjenguk dari luar, melihat (blepo) dengan mata fizikalnya ..


Yohanes 20:6-7 6 Apabila Simon Petrus yang menyusul murid lain itu tiba, dia terus masuk ke dalam makam itu dan nampak kain linen terletak di situ. 7 Dia juga melihat (theōreō) kain kafan linen yang diikatkan pada kepala Yesus, terlipat berasingan.


Apabila Simon Petrus yang menyusul Yohanes tiba, dia terus masuk ke dalam makam itu dan nampak kain linen terletak di situ. Dia juga melihat kain kafan linen yang diikatkan pada kepala Yesus, terlipat berasingan. Perkataan melihat di sini, bukan “blepo” tetapi “theōreō”.


Di mana kita mendapat perkataan Teori…Petrus membuat teori di dalam kepalanya bahawa tidak masuk akal yang tubuh Yesus dicuri orang kerana kain linen yang mahal di tinggalkan di dalam makam tersebut. Jadi Petrus melihat dengan “theoro”


Tetapi yang seterusnya ialah puncaknya.


Yohanes 20:8 Kemudian, murid lain yang sampai dahulu (Yohanes) di kubur itu pun masuk. Dia melihat (horaō) segala-galanya lalu percaya.


Melihat disini, bukan blepo yang pertamanya. Melihat disini, bukan theoro yang keduanya. Tetapi, bahasa asli melihat, yang ke-3 ini, adalah “horaō” iaitu melihat dengan percaya !


Apabila Yohanes melangkah masuk ke dalam makam tersebut, mata rohaninya terbuka.


Jadi hari ini kita harus melangkah masuk. Dan apabila kita melangkah masuk, mata rohani kita akan terbuka. “Horao” Mari sama-sama kita melihat dengan mata rohani kita, “horao” seperti Yohanes. Kepada kita yang belum menerima Yesus, inilah harinya kita melangkah masuk dan menerima Kasih Yesus. Kita mengatakan Yesus adalah juru selamat kita.



Murid-murid Yesus takut selepas Yesus disalibkan dan dikembumikan.
 Alkitab mengatakan di dalam Yohanes 20, Ahad petang. 
murid-murid Yesus berhimpun di sebuah rumah dengan pintu terkunci mereka takut kepada orang Yahudi
. Pihak berkuasa telah membunuh Yesus, 
dan sekarang giliran mereka pula
. Mungkin askar Roma akan datang untuk menangkap mereka.
 Mungkin mereka takut dengan intimidasi orang-orang Yahudi yang lain … 
Mungkin mereka takut dicela, diketawakan, dipandang rendah, dihina, diperkecilkan Dsb.



Apabila Yesus disalibkan secara umum di khalayak ramai, murid-murid Yesus tentu mengalami emosi-emosi yang negatif.
 Harapan mereka tentang datangnya kerajaan Allah seolah-olah hancur 
dan Mesias yang mereka harapkan sudah mati di atas salib.



TETAPI apabila Yesus berdiri di tengah-tengah mereka lalu berkata “Damai sejahtera kepada kamu!”
 Murid-murid Yesus ditransformasikan dengan radikal sekali di dalam 72 jam.


Kebangkitan Yesus mengubah segala-galanya. Ia membahagikan sejarah diantara AD dan BC. Ia adalah peristiwa yang paling penting dalam sejarah dunia. Dan ia membuktikan 3 perkara.


Pertama, kebangkitan Yesus membuktikan bahawa Yesus adalah siapa yang didakwakanNya.

Dia berulang-ulang kali menyatakan bahawa dia adalah Anak Tuhan yang datang untuk menjadi korban untuk dosa kita. Dia benar-benar melakukan ini. Kebangkitan Yesus adalah salah satu peristiwa yang paling didokumentasikan dengan baik di dalam sejarah. Ia adalah satu peristiwa sejarah yang tidak boleh dinafikan dan akan berdiri teguh di mana-mana mahkamah undang-undang.


1 Kor 15:3-8 (AVB) 3 Aku telah menyampaikan kepadamu hal-hal utama, yang telah kuterima sendiri: Bahawa Kristus telah mati untuk menebus dosa kita, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci; 4 bahawa Dia telah dikuburkan, dan telah dibangkitkan pada hari yang ketiga, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci; 5 dan bahawa Dia telah memperlihatkan diri-Nya kepada Petrus, kemudian kepada dakan dibunuh, tetapi pada hari ketiga akan dibangkitkan semula.ua belas murid-Nya. 6 Selepas itu, Dia memperlihatkan diri-Nya kepada saudara-saudara kita, lebih daripada lima ratus orang pada satu masa. Kebanyakan mereka masih hidup, dan ada yang sudah meninggal dunia. 7 Seterusnya Dia memperlihatkan diri-Nya kepada Yakobus, kemudian kepada semua rasul-Nya.

8 Akhir sekali Dia telah memperlihatkan diri-Nya kepadaku, yang seperti bayi yang dilahirkan sebelum masa;


Kedua, kebangkitan Yesus membuktikan bahawa Yesus menepati janji-janjiNya.

Yesus memberitahu murid-muridnya bahawa “Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga akan dibangkitkan semula.” (Matius 16:21). Kita boleh mempercayai segala janji-janji Alkitab yang lain kerana Yesus telah menepati janji-janjiNya. Alkitab menyatakan bahawa semua janji-janji Allah adalah “Ya” di dalam Yesus Kristus.

2 Kor 1:20-22 (AVB) 20 Yesus adalah "ya" bagi semua janji Allah. Oleh itulah melalui-Nya kita menyebut "Amin" demi kemuliaan Allah. 21 Allah telah menentukan kami bersama kamu dalam Kristus. Dia telah melantik kita, 22 menandakan kita dengan materai-Nya, dan mengurniakan Roh-Nya untuk masuk ke hati kita sebagai jaminan.


Ketiga, kebangkitan Yesus membuktikan bahawa ada kehidupan selepas kematian.

Kita mempunyai harapan untuk masa hadapan adalah kerana kebangkitan Yesus. Dan harapan yang tidak akan mengecewakan kita.


Roma 5:5 (AVB) Dan harapan tidak mengecewakan kita, kerana Allah telah mencurahkan kasih-Nya ke dalam hati kita melalui Roh Kudus, yang telah dikurniakan-Nya kepada kita.


Yesus jelas menyatakan di dalam Yohanes 11:25-26, bahawa bahawa orang yang percaya kepadanya tidak akan mati selama-lamanya.


Yohanes 11:25-26 (AVB) 25 Yesus berkata kepada Marta, "Akulah kebangkitan dan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. 26 Orang hidup yang percaya kepada-Ku tidak akan mati selama-lamanya. Percayakah kamu?"


Kita telah diselamtakan oleh kasih kurnia Yesus Kristus melalui iman - bikan daripada diri kita sendiri tetapi adalah kerana kurnia Allah. Semuanya itu bukanlah dengan usaha amal kita. Kita tidak boleh bermegah. (Efesus 2:8-9)


Inilah HARAPAN kita di dalam Kristus !


Renungan

  1. Hari kebangkitan Yesus mengingatkan bahawa Yesus telah menang ke atas kematian. Apakah yang harus menjadi respon kita?

  2. Bayangkan semangat murid-murid Yesus, apabila Yesus menunjukkan dirinya kepada mereka selepas kebangkitan. Jikalau kita di sana, apakah respon kita.

  3. Kepada siapakah yang boleh kita kongsikan berita baik ini?


Doa

Tuhan, Engkau telah berjanji bahawa jikalau kami percaya kepada-Mu, segala kesalahan yang pernah saya lakukan akan diampuni,


“Saya mengaku dosa saya, dan saya percaya bahawa Engkau adalah Tuhan, Juruselamat saya. Saya menerima anda ke dalam hidup saya sebagai Tuhan saya. Hari ini saya menyerahkan setiap bahagian hidup saya kepada pengurusan anda. Engkau mempunyai hak di dalam setiap aspek hidup saya. Saya mahu menggunakan sisa-sisa hidup saya untuk melayani Engkau lebih daripada melayani diri sendiri. Saya dengan rendah hati menyerahkan hidup saya kepada Engkau dan meminta Engkau menyelamatkan saya dan menerima saya ke dalam keluarga besar Tuhan. Dalam nama Yesus saya berdoa. Amen.

Elder AWK

Commentaires


bottom of page