top of page

6: Yesus Disesah




Yohanes 19:1-3 (AVB) 1 Setelah itu, Pilatus pun membawa Yesus dan mengarahkan supaya Yesus disesah. 2 Askar-askar menganyam mahkota daripada duri, dan mengenakannya pada kepala Yesus. Kemudian mereka menyarungkan jubah berwarna ungu ke tubuh-Nya. 3 Mereka datang kepada-Nya dan berkata, "Daulat Raja orang Yahudi!" lalu menampar-Nya.


Yesus membuat banyak tuntutan yang boleh dianggap radikal semasa di bumi. Kita mungkin biasa dengan tuntutan seperti :

  • Aku adalah Tuhan

  • Kamu harus menyembah Ku

  • Aku adalah Tuhan yang datang dalam bentuk manusia.

  • Aku adalah satu-satunya jalan ke syurga.


Yesus tidak mengatakan perkara itu, sekali, tetapi berulang kali. Tuntutan ini, tidak unik, kerana ramai orang yang datang selepas Kristus menuntut yang sama. Tetapi apakah perbezaan tuntutan Yesus dengan tuntutan orang lain?


Apabila kematian Yesus hampir tiba, ramalan Yesus menjadi lebih spesifik dan jelas.


Matius 20:18-19 (AVB) 18 ”Sekarang kita pergi ke Yerusalem dan Anak Manusia akan diserahkan kepada imam-imam kepala dan ahli-ahli Taurat, dan mereka akan menjatuhi Dia hukuman mati. 19 Dan mereka akan menyerahkan Dia kepada bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah, supaya Ia diolok-olokkan, disesah dan disalibkan, dan pada hari ketiga Ia akan dibangkitkan.”


Apakah Yesus menepati janjinya? Memang benar. Yesus menunjukkan bahawa dia rela menghadapi kesengsaraan dan mati di atas salib demi kita semua yang berdosa. Semua yang diramalkan Yesus, menjadi benar.


Di dalam Yohanes 19:1-3, kita dapati Yesus disesah dan dicambuk. Ini adalah hukuman yang ditanggung oleh Yesus untuk manusia - kepada kita yang percaya.


Yesaya 53:5 (AVB) Tetapi dia terluka oleh sebab segala pelanggaran kita,

dia dihancurkan oleh sebab segala kesalahan kita.

Pengajaran yang mendatangkan kesejahteraan bagi kita ditimpakan kepadanya

dan oleh bilur-bilurnya kita sembuh.


1 Petrus 2:24 (AVB) Dia menanggung dosa kita dalam tubuh-Nya sendiri di kayu salib, supaya kita mati terhadap dosa dan hidup untuk perbenaran.Luka-luka-Nya telah menyembuhkan kamu.


Kedua-dua ayat di atas, menggambarkan hukuman fizikal yang Yesus harus lalui demi kemanusiaan dan kepada mereka yang percaya kepadanya. Yesaya telah bernubuat tentang Yesus 700 tahun sebelum Dia tiba di palungan.


Yesus mati untuk menebus dosa kita di atas salib. Kematian kerana dosa akan menjadi hidup di dalam kebenaran dengan penyembuhan yang telah Yesus lakukan di atas salib. Yesus telah menyembuhkan kita secara rohani.


  1. Kita disembuhkan daripada kesalahan dosa kita melalui salib.

  2. Kita disembuhkan kerana Yesus dapat memahami penderitaan kita

  3. Kita disembuhkan kerana Yesus telah menyempurnakan kita.


Kita semua memerlukan penyembuhan - perhubungan yang hancur, perkahwinan, keibubapaan, kemungkiran janji, mimpi yang hancur, kekesalan masa lepas dan sebagainya. Yesus ingin menyembuhkan kita.


Renungan

  1. Apakah kesakitan yang boleh Yesus lakukan untuk kita secara fizikal dan secara rohani?

  2. Apakah respon kita untuk menerima penyembuhan Yesus?

  3. Siapakah yang boleh kita kongsikan untuk orang lain?


Doa

Tuhan, kami serahkan diri kami ke tangan Mu. Tidak ada perkataan yang cukup untuk kami ucapan betapa kami berterima kasih kerana Engkau rela untuk menerima sebatan untuk kami. Engkau disesah. Engkau dicambuk. Terima kasih Tuhan kerana kasih Mu begitu besar daripada dosa kami. Dosa kami besar, tetapi kasih Mu lebih besar. Kami serahkan hidup kami ke tangan Mu. Di dalam nama Yesus Kristus kami berdoa. Amen.

Elder AWK

bottom of page