top of page

Kebahagiaan Yang Besar Dalam Hidup Ini


“…berbahagialah orang yang dosa mereka telah diampunkan yang kesalahan mereka telah dimaafkan..” Mazmur 32:1


Pemazmur memberikan kepada kita pengajaran tentang kebahagiaan yang sejati yang akan dialami oleh seseorang yang berdosa. Kebahagiaan yang sejati ini akan memancar didalam hati seseorang itu apabila dia mengetahui bahawa dosanya sudah diampuni dan kesalahannya dimaafkan.


Dosa adalah pelanggaran akan hukum Tuhan. Apabila seseorang melanggar hukum maka hukuman harus ditimpa ke atasnya. Namun apabila hukuman itu dicabut daripadanya kerana dia bertobat maka orang itu akan merasa bebas dan terlepas. Sebab hukuman yang seharus dikenakan kepadanya oleh kerana pelanggarannya dibatalkan keatasnya maka orang itu akan mengalami kebahagian yang besar.


Itulah sebab pemazmur berkata kepada kita bahawa “....berbahagialah orang yang dosa, telah diampuni kesalahannya...” sebab pengampunan dosa ini berkata kepada kita tentang pelepasan daripada hukuman, dimana seseorang yang telah melanggar sebuah hukum, dibatalkan hukuman ke atasnya.


Perasaan pelepasan daripada hukuman ini memberikan sebuah kebahagian yang besar kepada seseorang yang didapati bersalah. Demikian juga dengan keadaanya kepada kita yang berdosa oleh kerana melanggar perintah Tuhan.


Setelah kita mengetahui bahawa dosa kita telah diampuni maka hal ini akan melahirkan sebuah kebahagian yang sangat besar didalam hatinya, sebab mengalami pengampunan daripada pelanggaran dosa merupakan berkat yang besar.


Oleh itu apakah hati kita merasa bahagia setelah kita mengetahui bahawa dosa dan pelanggaran kita diampuni oleh Tuhan? Sebab apabila kita datang kepada Tuhan dan mengakui dosa-dosa kita dihadapan Tuhan disaat itu juga Dia mengampuni dosa kita..


Apakah kebahagian yang paling besar anda telah alami didalam hidup anda hari ini?...


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, berterima kasih kepadaMu kerana Engkau mengampuni dosa dan pelanggaran saya, disaat saya datang dan mengampuni dosa-dosa saya kepadaMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Commenti


bottom of page