top of page

Muliakan Tuhan Kerana KeajibanNya


“….Pujilah TUHAN, hai makhluk-makhluk syurga; pujilah kemuliaan dan kuasa-Nya.!.…” Mazmur 29:1


Pemazmur menuliskan mazmur ini pada waktu pagi disaat hari yang sangat cerah, dia melihat keajiaban pekerjaan kuasa Allah didalam alam semesta. Dengan itu pemazmur memuji kemualian dan kuasa Tuhan, betapa ajiabNya pekerjaanNya.


Oleh itu pemazmur mengajak semua makhluk-makhluk syurga; untuk memuji kemuliaan dan kuasa-Nya. Sebab TUHAN akan menganugerahkan kekuatan kepada umat-Nya dan memberkati umat-Nya dengan damai sejahtera.


Dengan itu pemazmur berkata kepada kita agar muliakan dan agungkan Tuhan sentiasa sebab Dia berkuasa ke atas segalaNya, suaraNya kedengaran ciptaanNya baik diatas dan dibawah. Dia adalah Tuhan yang bertakta diatas segalanya. Dengan kita kita tidak perlu takut atau kuathir sekalipun bumi ini berubah..


Segala ciptaanNya berkata kepada kita tentang pekerjaan dan kuasa Tuhan, oleh itu kita tidak perlu gemantar dan takut dengan apa-apa yang terjadi didunia ini. Sebab kita memilik Tuhan yang berkuasa atas segalanya, padaNya kita berharap dan bersandar.


Bagi diri kita, muliakan Tuhan sentiasa dalam segala keadaan dan setiap waktu selama kita masih hidup. Sebab didalamNya hidup kita tenang dan aman.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap terima kasih kerana penyataan diriMu melalui ciptaanMu, ajarkan saya untuk sentiasa memuliakanMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Related Posts

See All

Dia Tuhan Yang Tidak Pernah Berubah

“...Tetapi Engkaulah Allah yang sudi mengampuni, yang pengasih dan penyayang, yang panjang sabar dan berlimpah kasih setia-Nya. Engkau tidak meninggalkan mereka....” Nehemia 9:17b Oleh kerana mereka t

Comments


bottom of page