top of page

Perintah Tuhan dapat Dipercayai

Luk Kenen Ulun

“...Perintah TUHAN dapat dipercayai, memberikan kebijaksanaan kepada orang yang memerlukannya.... Maz 19:8b


Selain pemazmur berkatabahawa Firman Tuhan itu sempurna, pada masa yang sama juga pemazmur mengatakan bahawa perintah Tuhan itu dapat dipercayai.


Perintah TUHAN itu dapat dipercayai bermaksud bahawa “Firman Tuhan itu betul-betul teguh dan tidak ada keraguan yang ada didalam kebenarannya sehingga kita dapat menghormati, mengandalkan dan merasa yakin dengannya.


Oleh kerana perintah Tuhan itu sesungguhnya dapat dipercayai maka setiap orang yang menerimanya ke dalam hidupnya secara peribadi akan memperolehi kebijaksanaan daripadanya. Oleh itu terimalah perintah Tuhan itu ke dalam hidup kita pada saat ini.


Sebab penguasaan kebenaran Firman Tuhan ke atas kehidupan kita secara peribadi akan menyebabkan kita menjadi seorang yang bijak dan memiliki pengertian ke atas segala perkara yang kita sedang kita lalui..


Oleh itu apakah anda ingin menjadi seorang yang bijak hari ini? Firman Tuhan menawarkan jalan untuk kita, untuk menjadi bijak dalam kehidupan ini, iaitu dengan membiarkan kebenaran Firman Tuhan terus menguasai seluruh kehidupan kita.


Kebenaran Firman Tuhan akan membuat kita tahu apa yang perlu kita lakukan dan mengapa sesuatu itu kita lalui didalam kehidupan kita.


Oleh itu kita harus sedar bahawa kita sangat memerlukan perintah Tuhan untuk membimbing hidup kita setiap hari ini.


Doa: Bapa yang di surga, saya berterima kasih ke atas perintahMu yang Engkau berikan kepada saya pada hari ini. Tuhan saya buka hati saya untuk FirmanMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page