top of page

Sifat Ilahi Kekal





Shalom saudara,


Seterusnya marilah kita lihat ketuhanan Yesus dari sifat-sifat ilahi yang dimiliki Yesus.


Apakah itu sifat-sifat ilahi? Sifat-sifat ilahi adalah seperti Mahatahu, Mahakuasa, Mahahadir, Mahatinggi, Yang layak di sembah, Pencipta, Tidak berubah dan sebagainya.


Nah, semua ini adalah sifat-sifat ilahi yang hanya dimiliki oleh Allah sahaja.


Kalau kita ingin membuktikan bahawa Yesus adalah Tuhan maka kita harus membuktikan bahawa Yesus memiliki sifat-sifat ilahi.


Kalau kita dapat buktikan itu maka Yesus benar-benar adalah Tuhan. Bukan sekadar manusia biasa. Maka kita lihat sekarang bukti yang menunjukkan Yesus memiliki sifat-sifat ilahi. Iaitu yang pertamanya, Yesus adalah kekal.


Dalam Yohanes 8:58 berkata begini, Yesus berkata, “Aku berkata kepadamu sesungguhnya, sebelum Abraham jadi Aku telah ada.”


Dalam surat Ibrani 13:8 berkata, Yesus Kristus tetap sama baik kemarin mahupun hari ini dan sampai selama-lamanya.


Dalam erti kata lain Yesus adalah sama dari dulu sekarang dan sampai selama-lamanya tidak akan berubah.


Injil Yohanes 1:1 berkata begini, Pada mulanya adalah Firman. Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah.


Dalam ayat Yohanes 1:1 ini kita tahu bahawa Firman ini merujuk kepada Yesus Kerana ayat 14 dalam Yohanes 1 mengatakan bahawa Firman itu menjadi manusia dan diam bersama-sama dengan kita. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa sebelum dunia dijadikan Yesus telah wujud. Yesus telah wujud sebelum adanya ciptaan dan Yesus telah wujud sebelum bermulanya zaman, jam atau waktu. Maka Yesus adalah kekal.


Hakikat bahawa Yesus sekarang duduk di sebelah kanan Allah Bapa dan bahawa Ia akan datang kembali nanti juga sangat jelas menunjukkan bahawa Yesus adalah kekal. Nah, sekiranya Yesus menunjukkan sifat kekekalan, maka Yesus memiliki sifat-sifat yang ilahi. Ini adalah kerana hanya Tuhan yang kekal.


Yesus memiliki banyak gelaran dan satu daripada gelaran yang sangat menunjukkan kekekalannya adalah Alfa dan Omega, Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Pertama dan Yang Kemudian. Dan kita tahu bahawa gelaran Alfa dan Omega yang dahulu dan yang terkemudian adalah gelaran Tuhan yang disebut beberapa kali di dalam Perjanjian Lama.


Nah, contohnya dalam Yesaya 41:4 “Aku, Tuhan, yang terdahulu, dan bagi mereka yang terkemudian Aku tetap Dia juga.”


Dalamnya Yesaya 44:6 Beginilah firman TUHAN Raja dan Penebus Israel Tuhan semesta alam, “Akulah yang terdahulu, Akulah yang terkemudian; Tidak ada Allah selain dari pada-Ku.”


Demikian juga dalam Yesaya 48:12 berkata “Dengarkanlah Aku, hai Yakub dan engkau Israel yang Ku panggil! Akulah yang tetap sama, Akulah yang terdahulu, Akulah juga yang terkemudian!” Amen


Dalam Perjanjian Baru, Yesus juga dipanggil Alfa dan Omega. Iaitu juga bermaksud Dialah yang kekal sampai selama-lamanya. Dan dalam Wahyu 1:8 berkata begini Yesus berkata, “Aku adalah Alfa dan Omega Firman Tuhan Allah Yang ada Dan yang sudah ada Dan yang akan datang Yang Mahakuasa.”


Nah, perhatikan di dalam ayat ini Yesus sendiri yang mengatakan Bahawa Dialah yang Mahakuasa. Dia adalah Alfa dan Omega, yang ada dan yang sudah ada dan yang akan datang.


Nah, maksud yang ada itu adalah yang sekarang dan yang sudah ada itu adalah yang dahulu dan yang akan datang adalah yang masa depan.


Ini jelas menunjukkan kekekalan Yesus yang sudah ada dari dulu sekarang dan sampai selama-lamanya. Itulah sebabnya Yesus boleh berjanji kepada kita bahawa Yesus Tidak akan membiarkan kita dan akan sentiasa menyertai kita sampai selama-lamanya.


Dalam Wahyu 1:17-18 berkata ini, Yesus berkata, “Jangan takut! Aku adalah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Hidup. Aku telah mati namun lihatlah Aku hidup sampai selama-lamanya dan Aku memegang segala kunci maut dan kerajaan maut.” Wow!


Dan seterusnya dalam Wahyu 5:13 juga berkata ini, Dan aku mendengar Semua makhluk yang di syurga dan yang di bumi dan yang di bawah bumi dan yang di laut dan semua yang ada di dalamnya berkata, “bagi Dia yang duduk di atas takhta dan bagi Anak Domba adalah puji-pujian

dan hormat dan kemuliaan dan kuasa sampai Selama-lamanya.”


Wahyu 11:15 berkata, Lalu malaikat yang ketujuh meniupkan sangkakalanya dan terdengarlah suara-suara nyaring di dalam syurga berkata, “Pemerintahan atas dunia dipegang oleh Tuhan kita dan Dia yang diurapi-Nya. Dia akan memerintah sebagai raja sampai Selama-lamanya.”


Dan lagi dalam Wahyu 22:13 Yesus berkata ini, “Aku adalah Alfa dan Omega, Yang Pertama dan yang Terkemudian, Yang Awal Dan Yang Akhir.


Inilah satu-satu ayatnya yang tercantum ketiga-tiga gelaran ini Alfa dan Omega, Yang Pertama dan Yang Terkemudian, Yang Awal dan Yang Akhir. Dan yang luar biasanya di dalam gelaran ini kita dapat membuktikan bahawa Yesus memiliki sifat-sifat ilahi Yang Mahakuasa, Mahatahu Dan Mahahadir.


Nah, sebagai Alfa dan Omega Awal dan yang Akhir bermaksud Yesus sudah ada Sebelum dunia dijadikan dan Ia wujud sampai sekarang dan Ia jugalah yang akan datang nanti dan yang akan memerintah sampai selama-lamanya.


Nah, ini menunjukkan keberadaan Yesus Iaitu yang sentiasa hadir. Nah, maka Yesus juga adalah Mahahadir, sifat ilahi Tuhan. Sebagai Alfa dan Omega juga menunjukkan Yesus sudah ada sebelum dunia dijadikan dan Yesus lah yang menciptakan segala sesuatu.


Nah, seperti mana Yohanes 1:3 Juga mengatakan bahawa segala sesuatu dijadikan oleh Dia dan tanpa Dia iaitu Yesus, tidak ada sesuatu pun yang telah jadi dari segala yang telah dijadikan.


Nah, kalau Yesus mencipta segala sesuatu maka Yesus adalah Mahakuasa. Yesus sendiri mengaku bahawa Dialah Mahakuasa. Sepertimana yang telah dibaca tadi dalam Wahyu 1:8 Aku adalah Alfa dan Omega, Firman Tuhan Allah, Yang ada dan yang sudah ada dan yang akan datang Yang Mahakuasa.


Nah, perhatikan Yesus mengatakan bahawa dirinya adalah Mahakuasa. Satu lagi sifat ilahi Tuhan. Sebagai Alfa dan Omega, Yesus mengawal segala-galanya dari awal hingga ke akhir supaya rencana Tuhan akan digenapi. Tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi dari perhatian-Nya.


Nah, kalau ia mengawal segala-galanya dari awal dan akhir, maka Yesus juga adalah Mahatahu. Dan seharusnya Mahakuasa dan yang pastinya harus Mahahadir. Halleluyah! ya


Saudara saudara, hanya dalam satu gelarannya sebagai Alfa dan Omega sudah sangat menunjukkan KeIlahian Yesus. Hanya dalam satu gelaran ini - Alfa dan Omega.


Maka kita haruslah yakin Bahawa Yesus benar-benar adalah Tuhan. Dan sebagai Alfa dan Omega dalam hidup kita Yesus mengawal, Yesus memperhatikan Dan Yesus memelihara hidup kita. Itu keselamatan kita, itu sangatlah terjamin. Kerana Yesus tidak akan berubah. Yesus tetap sama dulu, sekarang Dan selama-lamanya. Dan kerana Yesus tidak akan berubah maka keselamatan kita juga tidak akan berubah dan Yesus dapat menjamin keselamatan kita. Amen!


Dialah yang tahu Segala-galanya. Dan Dialah yang berkuasa memastikan rancangan-Nya akan digenapi dalam hidup kita dan kerajaan-Nya. Nah, bukankah Tuhan telah berjanji dalam Yeremia 29:11 Sebab Aku ini mengetahui Rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, Demikianlah firman Tuhan. Iaitu Rancangan damai sejahtera bukan rancangan kecelakaan untuk memberikan kepadamu hari depan yang penuh harapan.


Ya, hari depan yang penuh harapan. Maka Teruslah percaya kepada Yesus Sebagai Alfa dan Omega hidup kita. Dan diharapkan gelaran ini Itu Alfa dan Omega Akan kita ingat selalu untuk terus memberi kekuatan kepada iman kita.


Ya, terutamanya dalam hidup sekarang yang penuh cabaran dan sangat tidak menentu ini.


Haleluyah! Segala puji dan hormat dan syukur diberikan kepada Yesus Kristus Tuhan kita.


Sekian Terima Kasih Dan Tuhan memberkati. Amen.


Komuniti Digital

Comments


bottom of page