top of page

Tuhan Adalah Sahabat Orang Yang Taat KepadaNya


“….TUHAN ialah sahabat orang yang mentaati-Nya, dan Dia menyatakan perjanjian-Nya kepada mereka...…” Mazmur 25:14


Pemazmur berkata bahawa Tuhan itu adalah sabahat bagi orang yang hidup taat kepada perintah-Nya, Tuhan akan bergaul akrab dengan mereka (orang yang takut akan Dia) dan kepada mereka Tuhan akan memberitahukan kepada mereka rahasia janji-janji-Nya.


Persahabatan dengan Allah tersedia bagi orang yang hidup takut akan Tuhan, mereka di izinkan untuk memiliki persekutuan yang rahasia dengan diri-Nya sendiri secara peribadi. Dimana Dia akan bergaul akrab dengannya.


Pemazur dengan sangat berkeyakinan dengan hubungannya secara peribadi dengan Allah, sebab dia telah menjalani kehidupan yang akrab dengan Tuhan. Itulah sebabnya dia berkata bahawa Tuhan adalah sabaht bagi dirnya.


Daripada permulaan Tuhan telah membina sebuah hubungan yang peribadi dengan manusia sewaktu Dia menciptakan manusia, kedua-duanya boleh bergaul secara langsung tanpa ada halangan. Namun oleh kerana dosa hubungan mereka musnah.


Walaupun demikian hubungan diantara ciptaanNya masih lagi berlanjutan sebab Tuhan tidak mahu menjauhkan diriNya daripada manusia. Dia masih merindukan persahabatan dengan manusia ciptaanNya, oleh itu untuk memiliki persahabatan yang kekal akrab, manusia perlu taat kepada perintah-Nya.


Bersabahat dengan Tuhan bermaksud memiliki hubungan secara peribadi dengan Tuhan, dimana keduanya saling bergaul dengan satu yang lain. Sabahat yang terbaik bagi hidup kita hari ini adalah Tuhan Yesus. Dia tahu bagaimana menolong diri kita.


Doa: Bapa yang di surga, saya berterima kasih kerana kasihMu yang tidak pernah berubah terhadap diri saya, terima kasih kerana menjadi sahabat bagi hidup saya, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Opmerkingen


bottom of page