top of page
Support Us
Support Us

Forum Posts
Wilson Tan Hock Heng
Jul 29, 2021
In Kesaksian
Disini saya masih ingat lagi memory lama dalam kehidupan pahir dulu sebelum ada saudaranya perkenalkan DUMC. Pada tahun 2005 saya kerja di sebuah Gereja dan duduk di Pusat Pemulihan Kristian sebab ketika suatu hari saya mengamuk dengan Pastor di Gereja itu, dan saya sudah lupa apa terjadi, sehingga Pastor hantar saya ke Pusat Pemulihan Kristian dan dari situ ikut program harian seperti Devotion Pagi dan sebagainya.
Tapi masa itu saya masih belum berubah lagi, saya terus terang, saya jenis orang yang sensitif dan cepat panas baran, suatu hari pasal pengaduhan dalam mulut, dan saya terus naik angin dan terus ke dapur ambil pisau lukakan tangan sendiri sehingga berdarah, nasib baik Leader disana sempat selamatkan saya, kalau tidak tak tau apa terjadi.
Sekarang MCO kan sudah ramai gantung diri dan bunuh diri, dan masa itu saya belum dapat pekerjaan, dan sudah tiada makanan di rumah dan masa itu saya agar stress, masa itu saya memang dah seperti hilang kawalan sudah, dan saya masa itu stress saya terus keluar tanpa tunjuk, dan mandu motor dengan kelajuan agar laju, pergi sana sini tanpa tujuan, tapi Puji Tuhan tiada sebarang kemanlangan terjadi akhirnya terus balik ke rumah.
Masa itu tidak tahu nak minta siapa untuk pertolongan sebab masa itu saya baru pindah di kepong, jiran pun tidak kenal, saya itu saya terima mesej daripada Jemaat DUMC dan katakan adakah saya perlukan Food Bank? Dan saya terus menjawab ya perlukan.
Puji Tuhan! Keluarga Besar sangat menyayangi saya sebagai saudara seiman, dan dapat bantuan makanan juga periuk nasi dan alat pemanas air, mungkin ini Tuhan tergerak hati saudara dan saudari untuk bantu saya, sebab Tuhan tahu segala keperluan saya dalam hati saya sebelum saya berminta.
Puji Tuhan!
0
0
40
Wilson Tan Hock Heng
Jul 29, 2021
In Kesaksian
Kisah benar terjadi di kehidupan saya...... Selama 2 bulan saya telah bekerja sebagai jurujual Air Soya dan Tau Fu Fa berhampiran tempat tinggal saya, oleh sebab sekarang MCO dan bisnes tidak berapa bagus, dan majikan buat keputusan untuk berhentikan beberapa pekerja dari situ dan saya telah diberhentikan kerja pada 12 Julai 2021.
Dari hari itu saya bersungguh-sungguh dan berusaha mencari pekerjaan sudah beberapa pekerjaan yang saya mencari termasuk mencari pekerjaan di dalam online, tetapi hanya satu pekerjaan yang memanggil saya untuk temuduga sebagai tukang potong ayam / ikan di sebuah pasaraya, masa saya mohon juruwang, oleh sebab tiada kekosongan dan ada kekosongan hanya jawatan itu, lepas temuduga tiada jawapan dalam beberapa hari.
Pada 27 Julai 2021 pagi terjaga dari tidur, ada panggilan tak dijawab dan saya pun telefonnya tersebut, ternyata panggilan dari LuLu Hypermarket yang telefon saya tadi dan katakan dia ada terima Resume saya dan suruh saya datang temuduga pada 29 Julai 2021.
Selepas tamat panggilan dan pada petang itu saya terus mencari lokasi tempat yang hendak temuduga sambil beli belah disana.
Pada 29 Julai 2021 sebelum ke sana tempat untuk temuduga, hati saya berkata, yang temuduga berhampiran tempat tinggal tidak ada jawapan atau panggilan untuk masuk kerja, mungkin itu bukan kehendak Tuhan, dan Tuhan akan berikan pekerjaan dan pengalaman sesuai untuk saya sampai itu saya yakin dan percaya pekerjaan ini adalah sesuai dengan kehendak Tuhan, sebab saya sudah banyak pengalaman dalam bidang juruwang.
Selepas temuduga, PUJI TUHAN! Temuduga sudah berjaya dan akan lapor diri untuk masuk kerja pada 5 Ogos 2021.
Beryukurlah kepada Tuhan, sebab Kau tunjukkan Kasih SetiaNya dan Kau menyediakan yang ku perlu.
Amin.
2
1
18
Wilson Tan Hock Heng
Jul 24, 2021
In Grafik Firman Tuhan & Animasi
Shalom! Teman teman semua apa kabar? Mari kita sama sama menjawab: "Bersama Yesus, Dashyat, Luas Biasa, Yes! Yes! Yes! Sebenarnya Firman ini saya telah lama siapkan diri, oleh itu tergerak hati ingin kongsikan, akhir sampai hari ini saya kongsikan untuk teman teman semua. "Bersyukur kepada Tuhan, kerana Dia masih berikan kami nafas yang baru...."
Kita kena sentiasa bersyukur kepada Tuhan, maupun dalam keadaan dukacita atau sukacita, manusia tiada satupun yang sempurna, kecuali Tuhan Yesus seorang yang sempurna, manusia sering melakukan dosa dan tidak menyenangkan Tuhan dan manusia akan bersyukur kepada Tuhan bila ada berita baik, tetapi bila saat dalam dukacita tidak bersyukur kepada Tuhan termasuklah diri saya sendiri, jadi sekali lagi saya ingin bagi tahu kepada teman-teman semua, kita kena sentiasa bersyukur kepada Tuhan selalu. Dan dibawah ada sedikit Firman Tuhan yang saya ingin kongsikan seperti berikut:-
1 Timotius 1:15-16
15. Perkataan ini benar dan patut diterima sepenuhnya: "Kristus Yesus datang ke dunia untuk menyelamatkan orang berdosa," dan di antara mereka akulah yang paling berdosa.
16. Tetapi justeru kerana itu aku dikasihani, agar dalam diriku ini, sebagai orang yang paling berdosa, Yesus Kristus menunjukkan seluruh kesabaran-Nya. Dengan demikian aku menjadi contoh bagi mereka yang kemudian percaya kepada-Nya dan mendapat hidup yang kekal.
1 Timotius 1:11
11. Yang berdasarakan Injil dari Allah yang mulia dan maha bahagia, seperti yang telah dipercayakan kepadaku.
Sekian berkongsian sampai disini dan Tuhan Yesus Memberkati.
2
3
33
Wilson Tan Hock Heng
More actions
bottom of page