top of page

Forum Posts

Yannes Embuyang Tindin
Jul 04, 2022
In Kesaksian
Akan tetapi, Musa berkata kepada Allah, "Siapakah hamba-Mu ini sehingga hamba harus pergi menghadap Firaun dan membawa orang Israel keluar dari Mesir?" - Keluaran 3:11 Pada 30 August 2019 ketika Tuhan memberikan kepastiaan tentang panggilan-Nya, saya seperti Musa juga bergumul dengan masalah identiti diri. Fokusnya hanya tentang kelemahaan, kekurangan diri dan keluarga, ketidakmampuan, tidak yakin ketika berbicara dengan orang lain sehinggakan yang terkadang apa yang dibicarakan disalah ertikan. Siapakan aku ini Tuhan? Jika tanpa perkerjaan Roh Kudus yang membulatkan hati untuk percaya, tidak mungkin saya mampu menyaut panggilan tersebut. "Akulah Aku," jawapan Allah kepada Musa. Tuhan tidaklah menyatakan sama seperti yang di katakan kepada Musa, tetapi maksudnya adalah sama, iaitu penyataan tentang siapa diri Allah. Tuhan kita sangatlah personal, kini telah hampir tiga tahun berlalu banyak penwahyu atau penyataan peribadi-Nya dinyatakan secara khusus dalam hidup ini dengan pelbagai cara melalui perkerjaan Roh Kudus. Kesannya membawa iman saya ke tahap demi tahap yang tinggi. Selepas cuti Gawai yang panjang di kampung, saya mengalami deman dan batuk yang panjang hampir seminggu. Joyce dan Eldad juga turut serta demam. Daripada pengalaman diri, saya bukan jenis yang mudah demam ataupun deman panjang, malah ketika rawatan dahulu saya tidak pernah demam. Oleh kerana demam yang teruk, fizikal, emosi saya terganggau sehinggakan mempengaruhi hubungan saya dengan Tuhan. Roh diri mulai lemah dan lelah, mudah untuk menuruti keinginaan diri daripada menyenangkan hati Tuhan. Pada Khamis 23 Jun 2022, dua minggu lalu, seperti kebiasaan saya menghadiri ibadah tengahari di kampus, hanya datang dengan fizikal yang belum segar sepenuhnya roh yang lesu. Ketika lagu penyembahaan dinyanyikan dibahagian lirik "menyintai-Mu Tuhan sepenuhnya"(bahagian ini suara saya kecil, kerana saya malu kepada Tuhan), tetapi di lirik "hidup untuk-Mu selamanya", suara ada sedikit lebih kuat. Kerana itu memang mimpi ku. Tiba-tiba, tanpa saya duga ada kuasa hadirat Allah turun menjamah yang membuatkan air mata saya mengalir. Jamanan Roh Kudus itu bukannya penyegar biasa, tetapi sebuah pengurapan yang memberi impak yang besar kepada perubahan fizikal(disembuh dari demam), emosi, jiwa dan roh saya. Urapan tersebut memberi impak seperti dalam Roma 8 dan Isaiah 10:27(KIV) ...and the yoke shall be destroyed because of the anointing. Ada kekuatan oleh Roh Kudus untuk melawan keinginan daging, membawa kepada fasa hubungan yang dengan Tuhan lebih intim dan visi yang lebih besar. Allah yang mengurapi. 27 Jun sehingga 1 Julai lalu(Isnin hingga Jumaat) kami ada kursus kajian alkitab induktif yang sangat mengubah cara pandang kami terhadap alkitab yang lebih terperinci sehinggkan mengubah hati dan membesarkan iman. Hari Khamis dan Jumaat kami banyak mengkaji, merenung dan berbincang lebih mendalam tentang kitab 1 Raja-Raja, kerajaan dan raja-raja Utara & Selatan, Raja Ahab dan juga Nabi Elia. Petang Khamis tersebut saya mulai larut dalam wahyu Tuhan kerana Roh Kudus mulai berbicara kepada saya tentang peribadi Allah Israel, Abraham, Ishak dan Yakub. Di akhir kelas tengahari Jumaat, saya berjabat tangan mengucapkan syukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada pengajar Dr. Loh Kim Cheng. Di akhir ucapan tersebut muncul rasa kagum yang indah sehingga air mata mengalir dan tanpa diduga keluar dari mula saya perkataan, Allah Kita Berdaulat! Begitulah awal semester dua ini, bagaimana cara Allah oleh Roh Kudus menyatakan peribadi-Nya secara khusus untuk siapa diri saya. Allah yang menyertai dengan kesempurnaan. Dengan sukacita, saya juga rindu untuk mengongsikan peribadi Allah yang selama hampir tiga tahun ini Dia nyatakan, agar iman saya dan keluarga dipelengkapi untuk panggilan yang mulia dan kudus. Ketika kami sekeluarga balik ke kampung isteri di Kapit, kami mengunakan Saga FLX melalui laluan balak dan jalan tanah merah yang dimata orang kampung sangat mustahil, hanya kenderaan 4X4 saja mampu. Tetapi sekali lagi, saya dengan isteri merasakan Allah dalam kesetiaan-Nya menunjukkan peribadi-Nya sebagai Allah yang menyertai dengan kesempurna. Kami sekeluarga selamat pergi dan balik mengunakan Saga FLX. Allah yang bertanggungjawab, seawal 2020 Roh Kudus berbicara dari firman-Nya bagaimana Allah yang memanggil dan bertanggungjawab memelihara Abraham. Allah yang cemburu, ketika saya membaca Hosea Roh Kudus sangat kuat mengungkapkan perihal memiliki persekutuan intim dalam hadirat-Nya. Roh-Nya sangat kuat dirasai cemburu jika perkara lain lebih penting kedudukan Dia adalah Allah dan Raja dalam hidup. Aku milik kepunyaan Allah, ketika saya bangun pagi lirik lagu Kumiliki Mu(JPCC) muncal dalam hati saya, padahal saya tidak pernah mendengar lagu yang telah lama keluar 2017. Allah menunjukkan hidup saya milik Dia secara multak. Allah yang boleh dipercayai. Ketika 2021, ketika kuliah bermula secara zoom, Roh Kudus sentiasa menguatkan hati melalui Mazmur 121:1-2 Aku mengangkat mataku ke bukit –dari manakah datangnya pertolongan untukku? Pertolongan untukku datang daripada Tuhan, yang menjadikan langit dan bumi. Itu sebuah jaminaan yang sempurna. Jiwa dan rohku sungguh rindu untuk mengenali, hidup dalam persekutuaan intim dan melayani Allah yang berdaulat sampaikan hubungan yang "saling mempercayai". TUHAN MEMBERKATI ***nantikan kesaksian yang lain menyusul.
Mengenal Dan Melayani Allah Yang Berdaulat  content media
3
1
33
Yannes Embuyang Tindin
Aug 14, 2021
In Inspirasi & Renungan
"Kitalah Alkitab yang dibaca dunia; kitalah pengakuan yang dunia perlukan; kitalah khutbah yang didengari dunia.' - Billy Graham
Menjadi terang dan garam dunia content media
4
1
22
Yannes Embuyang Tindin
Aug 13, 2021
In Inspirasi & Renungan
"Berikan saya seratus orang pengkhutbah yang tidak gentar terhadap apa sahaja selain dosa dan hanya menginginkan Tuhan. Saya tidak peduli sama ada mereka pelayaan gereja atau orang biasa, mereka akan menggegarkan gerbang neraka dan mendirikan Kerajaan Syurga di Bumi" - John Wesley "Jika saya ada 20 orang anak lelaki, saya gembira jika semuanya menjadi penginjil". - Susanna(ibu John Wesley)
Kebangunan Rohani Metodis
"Sisa kayu yang direnggut dari dalam api"  content media
3
5
31
Yannes Embuyang Tindin
Jul 20, 2021
In Kesaksian
Berapa bulan lalu, saya bercerita panjang dengan seorang teman seperjuangan NPC stage 2 tentang pengalaman ketika dia melalui rawatan. Dua bulan lebih dia tinggal di hospital, oleh kerana tertekan, dia pernah mengamuk menghalau doktor ketika doktor datang ke katilnya. Hari yang ke-14 dia mahu balik, tidak mahu teruskan rawatan. Isterinya terpaksa ugut dia, jika tidak mahu teruskan rawatan mahu diceraikan(ugutan sayang). Oleh kerana tidak mampu menelan makanan atau minuman, 3 kali dia melalui proses memasukkan tiub(untuk minum susu) melalui hidung sampai berdarah-darah hidungnya. Oh.....tidak mudah‼️ Sebelum memulai rawatan, perkara yang paling saya takuti adalah kesan sampingan yang teruk. Terutamanya apabila mendengar pengalaman teman seperjuangan seperti terpaksa masuk tiub kerana tidak boleh menelan apapun(air liur pun susah ditelan) kerana kesan radiotherapy. Begitu juga ada mengalami tabiat tidur yang tidak normal, seperti terpaksa tidur duduk dan banyak lagi kesan sampingan yang membuat takut untuk melakukan rawatan. Apabila saya bandingkan dengan pengalaman dia, saya sangat bersyukur tidak seteruk seperti yangg teman-teman lalui. Saat melalui rawatan, semangat juang dari Roh Kudus sangat nyata. Mazmur 91:1-16 menjadi sandaran iman dalam doa, terutamanya...Walau seribu orang rebah di sisimu, dan sepuluh ribu di sebelah kananmu, tetapi itu tidak akan menimpamu. Hati saya dikuatan, Firman Tuhan ini akan berkerja, pengalaman orang yang membuat hati gentar tidak akan terjadi kepada saya. Begitu juga banyak lagi Firman Tuhan sangat nyata terjadi ketika melalui lembah kekelaman, kerana gada-Mu dan tongkat-Mu, itulah yang menghibur aku. . Terima kasih semua untuk doa, support. Tuhan Pasti Memberkati.
Sebab Engkau Besertaku content media
8
7
82
Yannes Embuyang Tindin
Jul 18, 2021
In Inspirasi & Renungan
Kunampak khalayak di depan Pilatus, Wajah merah, penuh marah, “Salibkanlah!” kemarahan berkobar-kobar, Cercaan dan penghujatan bertambah-tambah. Di tengah-tengah khalayak ramai berteriak kuat, “Kuhadir di antaranya, Di tengah suara riuh gemuruh, Suaraku jelas, terang dan nyata. Darah yang suci aku alirkan, Tangan Dia aku pakukan Kristus Tuhan aku salibkan Dengan ejekan aku gabungkan Sekitar Salib kulihat jelas, Orang mengejek, seru dan serak, Suaraku juga yang paling kuat, Menyerang galak, membentak-bentak. (Horatius Bonar)
Salib..."Salibkanlah!" content media
4
1
19
Yannes Embuyang Tindin
Jul 18, 2021
In Inspirasi & Renungan
O Tuhan, keraskanlah diriku terhadap si aku, Dia pengecut yang suka menangis Suara sedihnya memancing emosi simpati, Dia pemburu kesenangan, santai dan riang Photo Credit: Shawn Gray Si aku, pengkhianat utama terhadap diriku, Temanku yang paling tidak setia Musuhku yang paling mematikan, Penghalang langkah, kemanapun ku pergi Hanya Tuhan berkuasa mengekang si aku, Mengangkat beban beratku Mematahkan belengguku, Syukur, lepas dan bebaslah aku. (Christian Rossetti)
Salib Si Aku content media
3
1
13
Yannes Embuyang Tindin
Jul 17, 2021
In Inspirasi & Renungan
Sebuah kalimat yang mungkin paling menakutkan bagi seorang persakit adalah: "Anda menderita kanser." Kalimat ini biasanya membuat hati kita ketakutan separuh mati. Walaupun teknologi untuk merawat penyakit ini telah mengalami kemajuan pesat, namun proses penyembuhannya tetap memerlukan waktu yang lama dan menyakitkan, sehingga banyak pesakit tidak dapat bertahan. Seorang yang beriman teguh kepada Kristus, Dan Richardson, telah kalah dalam berjuang melawan kanser. Akan tetapi dari hidupnya dia menunjukkan bahawa walaupun tubuh jasmaninya dihancurkan oleh penyakit, namun jiwanya tetap menang. Puisi di bawah ini dibacakan saat upacara pemakamannya: Kanser itu sangat terbatas Ia tak dapat melumpuhkan kasih, Ia tak dapat menghancurkan harapan, Ia tak dapat merosak iman, Ia tak dapat mengambil kedamaian, Ia tak dapat meruntuhkan keyakinan, Ia tak dapat menghapus persahabatan, Ia tak dapat memadamkan kenangan, Ia tak dapat mendiamkan keberanian, Ia tak dapat menyerang jiwa, Ia tak dapat memendekkan hidup kekal, Ia tak dapat memadamkan Roh, Ia tak dapat melemahkan kuasa kebangkitan. Jika suatu penyakit berbahaya yang tidak ada rawatan menyerang Anda, jangan biarkan penyakit itu menyerang jiwa Anda! Tubuh kita boleh saja sangat menderita dan kita harus bergumul hebat. Namun dengan mempercayai kasih Allah Bapa, jiwa kita akan tetap kuat. Musuh terbesar kita bukanlah penyakit, melainkan sikap yang putus asa!! Mazmur 91:5 Engkau tak usah takut terhadap kedahsyatan malam, terhadap panah yang terbang di waktu siang, berjuanglah! berjuanglah ! - Roma 5:5 ...Pengharapan tidak pernah mengecewakan.
Puisi Perjuang Kanser - Keterbatasan Kanser  content media
5
6
110
Yannes Embuyang Tindin
Jul 17, 2021
In Inspirasi & Renungan
Filem "Letters to God" dibuat berdasarkan kisah nyata Tyler Doughtie (23 September 1995 - 7 Mac 2005), yang berasal dari Nashville, Tennessee. Sejak usia 8, Tyler mulai bergumul dengan kanser otak yang tumbuh ganas di kepalanya. Apa yang sangat menarik dari kisahnya adalah semasa sakit Tyler banyak menulis surat kepada Tuhan. Setiap surat dia masukkan ke dalam sampul surat, dia meletak satem secukupnya, dan dia tulis di depan sampul tersebut itu - Untuk: Tuhan. Dari: Tyler. Saat menulis surat itu, Tyler seolah-olah sedang mencurahkan isi hatinya kepada sahabat dekatnya. Yang dia sangat pasti mahu membaca dan membalasnya. Maka, Tyler tidak pernah ragu untuk menceritakan apa saja. Dia menuliskan segala perasaannya, pikiran, kerisauannya, dan harapannya. Begitu pula dia tidak pernah jemu menuliskannya setiap hari. Dan, semakin banyak Tyler menulis surat, dia pun semakin mengenal dan akrab dengan Tuhan. Ketika orang ramai mendapati bahawa surat-surat Tyler kepada Tuhan adalah doa-doanya, ramai peribadi lain kemudian meniru apa yang dia lakukan, dan menjadikan Tuhan sebagai sahabat yang selalu mendengar doa. Doa bukanlah rangkaian kalimat indah. Bukan juga permohonan rasmi yang formal dan kaku. Maka, doa sesungguhnya tidak sulit dilakukan. Sebab, doa adalah hubungan, komunikasi yang dekat dengan Bapa syugawi. Doa adalah curahan hati yang jujur. Maka, doa itu tidak perlu mengagumkan orang lain. Dia yang Mahatahu sangat mengerti segala keperluan kita. Perkara yang sangat penting, kita harus selalu menyedari bahawa doa adalah keperluan kita agar kita semakin mengenal dan dekat dengan Tuhan. Jadikanlah doa sebagai perbualan akrab dengan Bapa maka Tuhan yang mendengar akan semakin kita kenali dan cintai.
Surat Perjuang Kanser - Letter to God content media
2
4
28

Yannes Embuyang Tindin

More actions
bottom of page