Support Us
Support Us
Renungan Pra-Paskah
Hari Paskah!
Tetapi Yesus berkata kepada mereka, "Apakah sebabnya kamu takut? Mengapakah hatimu ragu-ragu? Tengoklah tangan dan kaki-Ku. Inilah Aku. Sentuhlah Aku dan tengok. Hantu tidak berdaging dan bertulang sebagaimana yang kamu lihat ada pada-Ku." Setelah Dia berkata demikian, Dia menunjukkan tangan dan kaki-Nya kepada mereka. Mereka masih tidak dapat percaya kerana terlalu gembira dan takjub. Yesus pun bertanya kepada mereka, "Adakah kamu mempunyai makanan di sini?" Mereka memberi Dia sepotong ikan yang telah dimasak, lalu Dia mengambilnya dan makan di hadapan mereka semua. - Lukas 24:38-43 AVB
RENUNGAN: Dalam kerajaan Allah yang terbalik, Allah memilih yang bodoh di dunia untuk memalukan yang bijak; dan Allah memilih yang lemah di dunia untuk memalukan yang kuat (1 Korintus 1:27). Kekalahan secara duniawi merupakan kemenangan untuk alam syurgawi.
Kebangkitan Yesus amat nyata kerana jika Yesus tidak bangkit, kita telah hilang segala harapan. Roh ataupun hantu tidak dapat makan ikan! Tetapi Yesus Kristus nyata bangkit dari maut, di mana kuasa dosa dan maut telah dihancurkan untuk selamanya. Pada hari ini, kuasa kebangkitan ini boleh diperoleh oleh barangsiapa yang percaya dalam Anak Allah. Hallelujah! KRISTUS TELAH BANGKIT, KRISTUS TERNYATA TELAH BANGKIT!