top of page

Renungan Pra-Paskah

Hari Pra-Paskah Ke-14

"Sekiranya kamu tetap di dalam-Ku, dan kata-kata-Ku tetap di dalammu, mintalah apa sahaja yang kamu kehendaki, permohonan itu akan dikabulkan. Kemuliaan Bapa ternyata apabila kamu berbuah lebat. Itulah tanda kamu benar-benar murid-Ku." - Yohanes 15:7-8 AVB

RENUNGAN: Tuhan Yesus Kristus mengatakan bahawa syarat bagi Bapa Syurgawi untuk mengabulkan permohonan apa sahaja yang kita minta adalah berdasarkan kepada kedudukan kita dengan Tuhan Yesus - SEKIRANYA KAMU TETAP DI DALAMKU, DAN KATA-KATA KU TETAP DI DALAMMU - perkataan TETAP ini, sekali lagi adalah panggilan untuk keintiman dalam perhubungan kita dengan Tuhan Yesus dan ketaatan setia kepada-Nya. Betapa kita akan memuliakan Bapa Syurgawi adalah ketika kita menghasilkan buah lebat dan ini tanda-tanda terbukti kita benar-benar menjadi murid Tuhan Yesus. Apakah kita perlu lakukan dalam tindakan-tindakan setiap hari yang akan membawa kita kepada disiplin dan amalan mematuhi Dia setiap hari?

bottom of page