Support Us
Support Us
Cari
2690 results found with an empty search
- Yesus Menghampiri PengikutNya
“..Antara pukul tiga dan enam pagi, Yesus berjalan di atas air dan menghampiri mereka.......” Matius 14:25 Sewaktu perahu pengikut-pengikut Yesus sudah berada di tengah-tengah tasik, hari pun sudah malam. Angin juga mulai bertiup dengan kencang dan air tasik mulai berglora sehingga perahu pengikut-pengikut Yesus didalam kesukaran. Namun Yesus masih lagi berada diatas bukit berdoa bersendirian. Sewaktu pengikut-pengikut Yesus susah payah berkayuh oleh kerana dipukul oleh ombak, dan angin yang bertiup berlawanan arah dengan perahu mereka. Didalam keadaan perahu pengikut-pengikut Yesus didalam kesukaran, maka Yesus pun datang berjalan di atas air untuk menolong mereka, kerana Dia tahu kesukaran mereka. Melihat Yesus datang berjalan atas air, pengikutNya merasa ketakutan dan menjerit “Hantu!” Menurut anggapan orang Israel laut atau danau merupakan teritorial kuasa yang jahat. Oleh itu apabila mereka berada di tasik pada malam hari dan air tasik mulai berombang-ambik, hal ini akan membuat mereka ketakutan. Sebab hal ini seperti berhadapan dengan kuasa jahat. Namun apa yang sangat penting bagi kita pada hari ini adalah Yesus melihat kesukaran kita dan akan datang menghampiri kita untuk menolong kita, seperti mana Dia datang menghampiri perahu pengikut-pengikutNya untuk menolong mereka. Didalam setiap kesusahan yang kita hadapi, Yesus tahu dan Dia siap untuk menolong kita dan melepaskan kita. Tuhan Memberkati! Pr Patrick Taie
- Yesus Berdoa di Bukit
“..Setelah orang ramai pergi, Yesus naik ke bukit seorang diri lalu berdoa. Pada petang harinya Yesus masih sendirian di situ......” Matius 14:23 Setelah Yesus menyuruh orang banyak itu pulang, maka Dia pun naik ke atas bukit seorang diri untuk berdoa. walaupun hari sudah malam, namun Yesus masih lagi berada diatas bukit berdoa bersendirian. Didalam kesibukan Yesus, Dia tidak lupa mengasingkan waktuNya untuk bersendirian dengan Allah diatas bukit. Hal ini berkata kepada kita tentang pentingnya hubungan kita secara peribadi dengan Allah dikuatkan. Sebab berdoa secara pribadi kepada Allah menyatakan tentang hubungan kita secara peribadi dengan Tuhan Yesus adalah sangat akrab. Yesus memperlihatkan hal ini kepada kita bahawa berdoa bersendirian sangat penting didalam kehidupan pelayanan-Nya. Oleh itu kita sangat memerlukan waktu bersendirian bersama dengan Tuhan Yesus setiap hari melalui doa, penyembahan dan pembacaan Firman Tuhan kita. Sebab hal ini membantu kita untuk bertumbuh dan berakar didalam Tuhan. Bagaimana dengan diri anda hari ini? Apakah anda mengasingkan waktu bersama dengan Tuhan. Tuhan Memberkati! Pr Patrick Taie
- Yesus Memenuhi Keperluan Jasmani
“..Tiap-tiap orang makan sehingga kenyang. Selepas itu pengikut-pengikut-Nya mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul.” Matius 14:20 Setelah hari sudah hampir malam, Yesus menyuruh pengikut-pengikutNya untuk mendapatkan makanan untuk orang banyak makan. Pengikut-pengikut Yesus mendapat, “hanya lima ketul roti dan dua ekor ikan!” Lalu Yesus mengambilkan “lima ketul roti dan dua ekor ikan!” Kemudian Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur kepada Allah. Setelah itu Dia pun membahagikan roti itu dan menyerahkannya kepada pengikut-pengikut-Nya supaya diberikan kepada orang ramai itu. Lalu setiap orang makan sehingga kenyang, namun makanan itu tidak habis dan pengikut-pengikut-Nya mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul. Yesus tahu keperluan orang banyak, walaupun mereka tidak memberitahu diriNya bahawa mereka perlu makanan untuk dimakan. Namun Yesus tahu apa yang mereka perlukan. Dia memberi kepada mereka lebih daripada apa yang mereka perlukan. Hal ini berkata kepada kita bahawa Yesus sentiasa menyediakan segala keperluan jasmani kita, sebab Dia tahu apa yang kita perlukan. Oleh itu bersandarlah padaNya untuk pertolongan dan bimbingan. Tuhan Memberkati! Pr Patrick Taie
- Yesus Memberi Makan Banyak Orang
“..Tiap-tiap orang makan sehingga kenyang. Selepas itu pengikut-pengikut-Nya mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul.....” Matius 14:20 Setelah hari mulai menjadi gelap, pengikut-pengikut Yesus datang kepada Yesus dengan berkata, “Suruhlah orang banyak ini pergi untuk membeli makanan di desa-desa sekitar ini untuk mereka sendiri karena tempat ini terpencil dan hari sudah mulai gelap.” Mendengar kata-kata pengikut-pengikutNya maka Yesus berkata kepada mereka “jangan suruh mereka pergi, tetapi kamu yang harus pergi mencari makanan untuk orang banyak. dan memberi makanan untuk makan.” Mendengar perkataan Yesus itu maka pengikut-pengikutNya menjawab kepadaNya "di sini kita tidak mempunyai apa-apa, kecuali ada 5 roti dan 2 ikan." Lalu Yesus, menyuruh orang banyak itu duduk di atas rumput dan dia pun mengambil lima roti dan dua ikan itu. Yesus melihat ke langit dan mengucap syukur kepada Allah ke atas makanan yang ada didalam tanganNya. Kemudian Dia memecah-mecahkan roti itu dan memberikannya kepada pengikut-pengikutNya. Semua orang makan sampai kenyang, dan mereka mengumpulkan sisa roti yang belum dimakan ada 12 bakul penuh lebih. Saudara jumlah bukanlah penghalang dalam Tuhan bekerja ditengah-tengah kita, selagi kita membiarkan Tuhan Yesus campurtangan selagi itu kita akan melihat mujizat yang besar. Oleh itu bawalah segala perkara kepada Yesus. Tuhan Memberkati! Pr Patrick Taie
- Mengasihi
“..Apabila Yesus turun dari perahu dan melihat orang ramai itu, Dia mengasihani mereka dan menyembuhkan orang sakit di situ....” Matius 14:14 Ketika Yesus tiba, dia pun turun daripada perahunya, lalu Dia melihat orang banyak yang besar jumlahnya, sudah berkumpul di situ. Maka tergeraklah hati Yesus oleh belas kasihan kepada mereka, lalu Dia menyembuhkan orang-orang sakit di antara mereka. Oleh kerana Yesus dikuasai oleh belas kasihan maka Yesus menjadi sangat peka terhadap keadaan orang yang ada disekelilingNya. Belas kasihan Yesus ini mendorong diriNya untuk terus melayani orang banyak. Ingat tanpa belas kasihan dan iman tidak ada seorang pun dapat menyenangkan hati Allah, demikian juga tanpa dikuasai belas kasihan tidak ada orang yang sanggup untuk melayani orang yang dalam keperluan. Oleh itu marilah kita membiarkan diri kita dikuasai oleh belas kasihan, sebab dimana ada belasa kasihan, di situ ada kepekaan terhadap keadaan orang yang disekeliling kita. Doa: Bapa Syurgawi, ajar kami untuk mengasihi orang sekeliling kami. Biarlah kami dapat menjadi seperti Yesus yang sangat mengasihi orang dan mahu melayani sesama. Amen! Pr Patrick Taie
- Yohanes & Herodes
“..Yohanes sentiasa menegur Herodes, katanya, “Tuan bersalah kerana berkahwin dengan Herodias!” Herodes berniat membunuh Yohanes, tetapi Herodes takut akan orang Yahudi kerana mereka menganggap Yohanes sebagai nabi...” Matius 14:4-5 Oleh kerana keberanian Yohanes yang sentiasa menegur Herodes maka dia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Yohanes menegur Herodes oleh kerana dia merampas Herodiana istri dari adiknya sendiri, iaitu Filipus. Yohanes Pembaptis menegur Herodes berulang-ulang berdasar pada “Hukum Taurat yang tidak membenarkan dirinya berkahwin dengan istri adiknya.” Teguran Yohanes bukan berfokus pada kepentingan dirinya tetapi atas kebenaran Firman Tuhan. Oleh itu Herodes memerintah agar tentaranya menangkap Yohanes dan memasukkannya ke dalam penjara dengan keadaan terikat dengan rantai besi. Sebenarnya Herodes mahu membunuh Yohanes, tetapi dia takut kepada orang banyak yang sudah percaya bahwa Yohanes adalah seorang nabi. Apakah anda berani untuk berkata tentang kebenaran terhadap seseorang yang berlaku salah? Doa: Bapa Syurgawi, ajar kami untuk berani seperti Yohanes dalam menyatakan kebenaran tentang Engkau. Berikanlah kami hikmat dalam menegur orang sekeliling kami dengan kasih Engkau. Amen! Pr Patrick Taie
- Keadaan Apabila Allah Memerintah
“..Yesus menceritakan sebuah perumpamaan lain. “Apabila Allah memerintah, keadaannya seperti ini. Seorang wanita mengambil sedikit ragi, lalu mencampurnya dengan empat puluh liter tepung sehingga adunan itu naik.... Matius 13:33 Perumpamaan tentang ragi juga menggambarkan tentang jumlah yang kecil dibandingkan adunannya. Namun, ragi yang tersembunyi di dalam adunan itu memiliki kebolehan untuk membuat adunan mengembang. Lihat bagaimana seorang wanita yang mengambil sedikit ragi, lalu mencampurnya dengan empat puluh liter tepung sehingga adunan itu naik (Mat 13:36 liter). Ragi yang sedikit mampu untuk mengembangkan seluruh adunan. Demikian halnya dengan kuasa kerajaan Allah yang tersembunyi didalam diri kita, dimana dengan secara diam-diam kuasa kerajaan Allah itu bekerja didalam kita. Lalu membawa kesan yang sangat besar kepada masyarakat disekeliling kita. Oleh itu jangan menganggap kita adalah golongan minoriti namun kita mampu untuk mempengaruhi sekitar kita, jika kerajaan Allah itu didalam kita. Sebab ragi menggambarkan kuasa kerajaan yang tersembunyi didalam kita, yang secara diam-diam berkuasa dan bekerja didalam diri kita Anda mampu membawa perubahan kepada orang sekitar anda! Doa: Tuhan Allah Bapa, ajar kami untuk yakin dan mengetahui akan kuasa kerajaanMu. Biarlah kami terus percaya bahawa jika Engkau bersama kami, kami mampu membawa banyak impak kerajaanMu!. Amen! Pr Patrick Taie
- Benih Yang Jatuh Di Tempat Yang Berbatu
“..Benih yang jatuh di tempat yang berbatu bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu lalu segera menerimanya dengan sukacita........” Matius 13:20 Yesus berkata bahawa terdapat “Benih yang jatuh di tempat yang berbatu” hal ini merujuk kepada mereka yang mendengar dan menerima ajaran tentang Kerajaan Allah, dengan sangat cepat dan sukacita. tetapi tidak membiarkan ajaran itu masuk ke dalam hatinya lebih dalam. Mereka hanyalah menerima ajaran Firman Tuhan itu dengan gembira dan menyimpan ajaran itu sebentar dalam hatinya. Oleh itu ketika mereka menghadapi kesulitan atau penganiaya oleh karena ajaran yang mereka telah terima, maka mereka pun menyerah dengan sangat cepat. Pada hari ini terdapat banyak orang yang sangat senang mendengar khotbah yang bagus, tetapi tidak banyak orang yang membiarkan diri mereka dibentuk olehnya. Mereka hanya senang mendengar dan tidak membiarkan ajaran itu mengubah dan mengatur hidupnya. Oleh itu marilah kita menyelidiki hati kita, apakah kita suka mendengar firman tetapi tidak membiarkan firman itu membentuk hidup kita. Doa: Bapa kami yang berada di kerajaan syurga, ajar kami untuk menyelidiki hati kami dengan lebih dalam lagi. Biarlah FirmanMu yang kami dengar dapat tertanam dalam pribadi kami dan terpahat dalam hati kami. Kiranya, FirmanMu yang akan membentuk hidup kami dan menjadi pengukuh iman kami disaat badai menerpa. Amen! Pr Patrick Taie
- Benih Yang Jatuh Di Jalan
“..Benih yang jatuh di jalan bagaikan orang yang mendengar perkhabaran tentang bagaimana Allah memerintah, tetapi tidak memahaminya. Si Jahat iaitu Iblis datang lalu merampas apa yang sudah ditabur di dalam hati mereka.......” Matius 13:19 Yesus menggunakan perumpamaan tentang seorang penabur yang menabur benih yang jatuh di empat jenis tanah yang berbeza. Tanah tempat benih itu jatuh menggambarkan hati manusia yang menerima injil itu. Tanah yang pertama adalah tanah yang di pinggir jalan. Merujuk kepada seorang yang mendengar pemberitaan tentang bagaimana Allah memerintah, tetapi dia tidak memahaminya. Lalu si jahat iaitu Iblis datang merampas apa yang sudah ditabur di dalam hatinya. Mengapa dia tidak memahami apa yang dia dengar? Sebab dia mendengarnya tetapi dia tidak mengulangi untuk mendengarnya lagi. Dia harus mendengarnya kembali, apakah ianya berguna bagi dirinya, agar dia semakin mengerti dan mendapat keuntungan darinya. Mendengar firman Tuhan dengan benar dan dengan tujuan yang benar akan membantu kita untuk mengerti apa yang kita dengar. Apakah jenis hati kita hari ini, apakah kita seperti hati orang yang mendengar firman Kerajaan dan tidak memahaminya, iaitu benih yang jatuh di pinggir jalan. Doa: Bapa kami yang berada di kerajaan syurga, biarlah kami tidak menjadi benih yang ditabur di atas jalan. Ajar kami untuk lebih lagi mendengar akan firmanMU dan menjadi pelaku. Biarlah hari-hari kami semakin subur oleh firmanMu. Amen! Pr Patrick Taie
- Roh Jahat Kembali
“..Apabila roh jahat meninggalkan seseorang, roh itu menjelajah tempat yang kering untuk mencari tempat tinggal. Jika tempat tinggal tidak ditemuinya, 44roh itu akan berkata, ‘Aku akan balik ke rumah yang telah aku tinggalkan.’ Kemudian roh itu balik dan mendapati rumah itu kosong, bersih, dan teratur......” Matius 12:43-44 Yesus menggambarkan hati manusia bagaikan sebuah rumah yang sebaiknya tidak dibiarkan kosong. Manakala Si-pemilik rumah berhak untuk menentukan siapa yang akan menjadi penghuni rumahnya: apakah dirinya sendiri atau orang lain atau sebaliknya. Oleh itu Yesus menggambarkan seorang yang telah disembuhkan daripada kerasukan roh jahat tidak terjamin aman daripada gangguan roh jahat untuk selamanya. Tetapi apa yang harus dilakukan seseorang yang dibebaskan daripada roh jahat ialah untuk terus membiarkan Roh Allah berkuasa. Sekiranya seseorang itu tidak bertindak dengan cepat dengan memenuhi hidupnya dengan Firman Tuhan maka kemungkinan besar roh-roh jahat akan kembali dan membuat keadaan orang itu menjadi lebih parah dari sebelumnya. Sebab roh jahat itu akan kembali dengan membawa lebih banyak lagi roh-roh jahat yang lain untuk menghunikan dirinya. sebab hati orang itu sungguh-sungguh kosong tanpa penghuni. . Oleh itu kita perlu membiarkan kehadiran Roh Allah untuk terus menguasai kehidupaan kita sebab Roh Allah itu yang mampu untuk melenyapkan kekuatan si jahat. Bagaimana dengan keadaan rumah anda pada hari ini? apakah rumah anda dihuni oleh Roh Allah atau sebaliknya. Siapakah yang menghuni kita bergantung kepada diri kita sebab hak yang menentukan hal ini adalah diri kita. Doa: Bapa Syurgawi, bantu kami selidiki "Rumah Kami" agar tiada cela dan ruang yang kosong. Biarlah RohMu yang menetap disetiap penjuru kehidupan kami! Kami menjemput Engkau, untuk tinggal di dalam kami. Dalam Nama Yesus kami berdoa, Amen! Pr Patrick Taie
- Pokok Dikenali Daripada Buahnya
"...Untuk mendapat buah yang baik, kamu harus mempunyai pokok yang baik. Jika pokok kamu tidak baik, buahnya pun tidak baik. Baik tidaknya sesuatu pokok diketahui daripada buahnya....."Matius 12:33 Yesus berkata kepada pengikut-pengikutNya bahawa “setiap orang yang baik menyimpan yang baik dalam hatinya oleh itu dia akan berkata yang baik. Namun bagi orang jahat, mereka menyimpan yang buruk dalam hatinya maka yang keluar dari mulut mereka juga tidak baik." Dengan itu Yesus menggunakan kata kiasan ini “Sebatang pokok yang baik pasti menghasilkan buah yang baik. Demikian juga dengan pokok yang tidak baik akan menghasilkan buah yang tidak baik. Pokok dapat dikenali daripada buah yang dihasilkannya." Oleh itu setiap pokok baik atau jahat dapat dikenali daripada buahnya, demikian juga dengan hati setiap orang. Hati orang dapat dikenali daripada apa yang keluar daripada mulutnya. Jika kebaikan bertakhta di dalam hatinya, maka perkataan yang keluar dari mulutnya juga adalah perkataan yang takut akan Tuhan. Demikian juga, jika yang bertakhta di dalam hati seseorang itu, hawa nafsu, maka yang meluap ke luar juga hawa nafsu. Oleh itu biarlah hati kita dikuduskan dengan Firman Tuhan sentiasa agar setiap perkataan yang keluar daripada mulut kita itu baik . Hati adalah akar, perkataan adalah buah. Doa: Bapa Syurgawi, biarlah kami senantiasa menyelidiki hati kami secara pribadi. Biarlah kami senantiasa menjadi seperti pokok yang berbuah baik, ajar kami jika ada keburukkan di dalam hidup kami. Biarlah kami senantiasa memandang kearah Engkau dan senantiasa takut akan Engkau. Biarlah FirmanMu menjadi rhema dan tinggal dalam kami sehingga kami dikuduskan. Amen! Pr Patrick Taie
- Jangan Mencari Kesalahan Orang
“..Di situ ada seorang yang tangannya lumpuh sebelah. Tetapi ada juga beberapa orang yang hendak mencari-cari kesalahan Yesus supaya dapat menuduh Dia. Mereka bertanya kepada Yesus, “Adakah menyembuhkan orang pada hari Sabat melanggar Taurat kita?....” Matius 12:10 Penyembuhan orang yang tangannya lumpuh sebelah oleh Yesus pada hari Sabat telah menyebabkan orang farisi mengambil kejadian itu untuk menuduh Yesus. Sebab penyembuhan itu telah melanggar hukum hari sabat. Dengan itu beberapa orang Farisi datang kepada Yesus dengan bertanya kepadaNya "Bolehkah menyembuhkan orang pada hari Sabat?". Mereka bertanya kepada Yesus dengan maksud mereka boleh mempersalahkan Yesus. Mendengar pertanyaan mereka, Yesus berkata kepada mereka "Jikalau salah seorang dari antara kamu ada yang memelihara seekor domba, lalu pada hari Sabat binatang itu jatuh ke dalam lubang, tentu dia akan berusaha untuk menangkap binatang itu dan mengangkatnya, bukan? Dengan menggunakan kisah domba yang jatuh ke lubang pada hari Sabat, maka orang farisi tidak dapat menuduh Yesus yang membuat mukjizat penyembuhan pada hari sabat. Oleh kerana Yesus dikuasai Roh Kudus dan Kebenaran Firman Tuhan dan kehendak Allah maka rencana orang farisi yang ingin mencari kesalahannya tidak berjaya. Demikian juga dengan diri kita, selagi kita terus dikuasai oleh Roh Kudus dan Kebenaran Firman Tuhan dan kehendak Allah maka selagi itu rencana mereka yang ingin mencari kesalahan terhadap kita tidak berjaya. Sebab yang bertindak bagi kita adalah Tuhan. Rm 8:31 Apakah yang dapat dikatakan sekarang tentang semuanya itu? Kalau Allah memihak pada kita, siapakah dapat melawan kita? Doa: Bapa Syurgawi, ajar kami untuk tidak berfokus pandang kepada orang lain sehingga kami mudah melihat dan mencari kesalahan orang. Tetapi, ajar kamu supaya mendekat dengan Engkau dan berupaya untuk memperbaiki peribadi kami mengikut kehendak dan rencanaMu. Biarlah Roh Kudus dan FirmanMu yang sentiasa memenuhi kami agar kami terlindung dari sangkaan jahat orang lain. Amen! Pr Patrick Taie