Support Us
Support Us
Cari
2690 results found with an empty search
- God is Faithful (Allah Setia) : Jade Rozanne Justin
Jade Rozanne Justin The testimony of God's faithfulness in the life of Jade Rozanne Justin. May we be ever faithful to the faithful God. Background Music by Jade, Manis JanjiMu Follow her at https://www.youtube.com/channel/UCjky... Video by Jimrod Benggon Filmed at Jade's home, Tamparuli
- Anak Muda Yang Sakit Parah Sebanyak 3 Kali
Gavrilla Setiawan Gavrilla adalah pemudi yang sangat aktif dalam hal akademi dan bukan akademi. Disaat kerjayanya sedang memuncak, Tuhan menguji Gavrilla dengan memberikan sakit kepada dirinya. Tidak hanya sekali, melainkan hingga 3 kali. Apa yang dilakukan Tuhan untuk Gavrilla selanjutnya? Saksikan kisah selengkapanya di Solusi TV Malaysia. Jikalau anda mengalami masalah, chat dengan kami di komuniti-digital.com Kami sedia membantu dan mendoakan untuk saudara dan saudari. Tuhan memberkati
- Bebas Dari Belenggu : Gawai Robert
Gawai Robert 2 Korintus 5:17 "Jadi siapa yang ada di dalam Kristus, ia adalah ciptaan baru, yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang." Saksikan bagaimana Gawai dilepaskan daripada belenggu yang mengikatnya dengan kuasa darah Tuhan Yesus! Tontoni kesaksian Gawai di sini....
- Berkomitmen, Walaupun Anda Tidak Berasa Berbuat Demikian
Kita semua pernah berasa sindrom "Hei, bagaimana dengan saya?" Kadangkala ia menyelinap pada kita ketika kita berasa bahawa keperluan emosi kita tidak dipenuhi - dan kita membencinya. Atau mungkin kita mempunyai pasangan yang sukar dicintai dan kita sudah bosan cuba memelihara keadaan hidup kita. Masa itulah tercetusnya sindrom "Hei, bagaimana dengan saya?" Bila ia tiba, dan kita berasa kasihan pada diri sendiri - atau hanya bosan mencuba - apa yang boleh kita lakukan? Pilih untuk membuat keputusan yang bijak. Apabila keadaan menjadi sukar, jangan bergantung pada perasaan atau emosi. Perasaan kita tidak akan membantu kita untuk membuat keputusan yang tepat; sebaliknya keputusan yang tepat akan menjadikan emosi kita yang baik - dan ganjarannya yang positif. Berikut adalah beberapa cara untuk mengawal emosi dengan keazaman anda: 1) Buatlah keputusan untuk mengeluarkan perkataan "perceraian" dari kamus anda. Suami saya, Bill dan saya telah memberi kaunseling kepada pasangan agar mereka kembali bahagia dari berbagai krisis: kehilangan anak, kehilangan rumah, semua jenis ketagihan, hubungan sulit, dan banyak kes "Saya sudah bosan mencuba". Walaupun anda berasa ingin mengajukan perceraian tidak bermakna anda harus melakukannya! Apabila anda membuat keputusan untuk mengeluarkan perkataan 'perceraian' dari kamus kata anda, dapatlah anda mula membangun kembali keinginan anda untuk berkahwin dan keinginan anda untuk pasangan anda. Sekiranya anda perlu memupuk motivasi, fikirkan tentang: ◦ Anak-anak anda. ◦ Masa yang sudah anda labur dalam hubungan ini. Statistik menunjukkan bahawa pasangan yang sengsara sekarang, tetapi bertahan beberapa tahun kemudian, menilai perkahwinan dan hidup mereka sebagai lebih bahagia daripada mereka yang terus bertindak dan bercerai. Hanya mulakan di mana anda boleh. Walaupun anda berasa tidak rela. 2) Buatlah keputusan untuk memilih sukacita. Kadangkala hidup tidak adil. Kadangkala perkahwinan tidak adil. Ia adalah hubungan yang kekal tidak kira kaya atau miskin, kesakitan atau kesihatan, dan sama ada keadaan menjadi lebih baik atau lebih buruk. Jim dan Sally Conway, dalam buku mereka yang berjudul “Sifat Perkahwinan yang Berpanjangan” (Traits of a Lasting Marriage), meninjau pasangan-pasangan yang mempunyai hubungan berjangka panjang yang bahagia dan rahsia yang mereka dapati adalah bahawa pasangan tersebut telah memutuskan untuk berada dalam perkahwinan berjangka panjang yang bahagia! Keputusan untuk memilih sukacita, untuk menjadi orang yang bahagia tanpa mengira keadaannya, adalah keputusan yang akan mewujudkan kebahagiaan. Sekiranya anda mencari kebahagiaan sebagai tujuan, anda tidak akan mencapainya, kerana anda tidak dapat mengawal keadaan dan anda tiada kawalan terhadap pasangan anda. Tetapi anda boleh mengawal diri dan emosi anda. Sekiranya anda memilih sukacita, tidak lama lagi anda dapati bahawa anda memilikinya. Beberapa perkara untuk membantu anda memilih sukacita mungkin seperti berikut: ◦ Membuat senarai ciri terbaik pasangan anda, (mungkin hanya ada beberapa sahaja) dan kemudian memutuskan untuk memujinya setiap hari dengan membangkitkan salah satu ciri yang baik. ◦ Melakukan perkara yang anda sukai yang sama sekali tidak berkaitan dengan hubungan anda: makan tengah hari dengan kawan, berjalan-jalan di pantai atau tepi tasik, menghabiskan masa sehari di spa. Kadang-kadang anda hanya memerlukan waktu rehat emosi untuk mengembalikan harapan dan kekuatan. • Putuskan untuk menjadi yang terbaik. Seorang wanita bertanya kepada saya sama ada dia harus tunduk pada suami yang tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami. Dia berkata, "Nampaknya tidak adil." Dia betul. Tidak adil. Walaupun begitu, kedua-dua pasangan tidak harus menunggu untuk melihat siapa yang akan mengambil inisiatif membaiki keadaan dan menjadi orang yang lebih baik. Salah seorang harus memilih untuk melayani yang satu lagi dalam cinta terlebih dahulu. Anda boleh bertegas bahawa anda betul, tetapi anda mungkin hanya akan berpegang teguh pada pendapat anda sahaja - dan bukan perkahwinan anda. Hidup ini penuh dengan pilihan. Kebijaksanaan adalah pintu masuk menuju kebahagiaan. Kita perlu ingat perkara-perkara ini dan membuat keputusan yang bijak seumur hidup - walaupun kita tidak begitu rela. Hak Cipta © 2006, Pam Farrel. Hak cipta terpelihara. Hak cipta antarabangsa terjamin. Digunakan dengan izin.
- Kecurangan Suami
Kecurangan boleh terjadi bila-bila masa dalam sebuah perkahwinan. Ada tiga tahap di mana kemungkinan ia akan terjadi. Tahap yang pertama adalah pada tahun pertama, ketika percintaan digantikan oleh tanggungjawab berat sebagai seorang suami. Tahap yang seterusnya ialah apabila di dalam kira-kira lima tahun setelah perkahwinan - apabila "kebaharuan" perkahwinan sudah menjadi pudar Kemudian muncul tahap yang ketiga. Tahap pertengahan hidup. Suami manjadi khuatir bahawa "hidupnya sudah berakhir" atau "dia ketinggalan sesuatu yang mengujakan," dan mempunyai keperluan untuk meningkatkan egonya. Ini akan mendorong seseorang untuk mengadakan hubungan sulit. Selalunya hubungan sulit tidak terancang. Hubungan yang tidak bersalah seperti hubungan antara wanita dan suami sahabat rapatnya, dapat berkembang menjadi hubungan sulit. Salah satu sebab hubungan sulit berlaku ialah kerana ada hubungan yang rapat dan kerap kali berlaku. Satu lagi sebab ialah terlalu keyakinan (overestimating) terhadap kemampuan mereka untuk menentang godaan. Mampukah seorang lelaki berasa bahagia apabila mendapati dirinya terlibat dalam hubungan luar nikah yang sukar diputuskan? Dia pasti akan mengalami pergolakan emosi. Apa yang boleh dilakukan oleh isteri untuk membantunya kembali kepadanya? Seorang suami mungkin mencari keselesaan dan keterujaan dalam pelukan wanita lain apabila perkahwinannya telah menjadi yang membosankan. Apakah perceraian adalah penyelesaian yang baik dalam situasi seperti itu? Haruskah seseorang meneruskan dengan perkahwinan itu hanya untuk kepentingan anak-anak? Bila kita mempertimbangan kesan buruk keluarga yang berpecah-belah terhadap anak-anak, saya berpendapat bahawa segala usaha harus dilakukan untuk menyelamatkan atau menghidupkan kembali perkahwinan, demi suami dan isteri dan juga anak-anak. Kos emosionalnya terlalu tinggi bagi semua anggota keluarga apabila suatu perkahwinan terputus. Perkataan Cina untuk kedamaian menggambarkan sebuah "bumbung dengan wanita di bawahnya." Terdapat banyak hikmah di dalamnya. Marilah kita ambil perhatian bahawa seorang wanita di bawah satu bumbung adalah kedamaian. Lebih daripada seorang wanita di bawah bumbung yang sama akan menimbulkan masalah. Soal-jawab #1: Soalan : Adakah anda merasakan ada semacam "kebutaan" yang boleh terjadi ketika mangsa hubungan sulit menafikan kebenaran? Saya seolah-olah mengalami ini ketika suami saya mengadakan hubungan sulit dengan sahabat terbaik saya. Hubungan sulit itu berlaku selama dua tahun sebelum saya dapat mengakuinya kepada diri sendiri. Tetapi mengapa saya menafikan kebenaran? Mengapa mangsa “memilih” untuk menjadi buta? Jawaban : Proses psikologi itu disebut penafian, dan ini terjadi untuk melindungi minda daripada fikiran atau kenyataan yang tidak dapat diterima. Setelah seseorang mengakui kepada diri sendiri bahawa pasangan yang dikasihi telah berlaku curang, maka dia terpaksa menangani keadaan itu. Pengalaman yang sangat menyakitkan yakni kesedihan, kegelisahan, dan insomnia tidak dapat dielakkan setelah kebenaran itu dihadapi. Tambahan pula, orang yang tercedera takut bahawa konfrontasi dengan pasangan yang curang mungkin mendorong pasangan itu kepada pelukan kekasih baru. Memandangkan kebimbangan ini, orang itu secara sedar atau tidak sedar memilih untuk tidak perasan hubungan sulit itu dengan harapan ia akan berakhir dan dilupakan. Jelasnya, ada banyak motivasi bagi orang yang rentan untuk menafikan apa yang dilihat oleh matanya. Apabila bukti kecurangan menjadi terlalu jelas, seorang lelaki atau wanita kadang-kadang akan "meminta" pasangan yang bersalah untuk membantu penafian tersebut. Ini dilakukan dengan membuat tuduhan dengan harapan dapat dibuktikan salah. Contohnya, seorang isteri akan bertanya, "Adakah anda dan Donna sedang berpacaran?" "Tidak, saya telah berkata seribu kali bahawa tiada apa-apa yang berlaku," dia berbohong. "Tetapi di mana anda sampai jam 2.00 pagi malam semalam?" "Saya menghadapi masalah kereta. Sekarang, bolehkah anda berhenti mengganggu saya? " Isteri ini tahu cerita suaminya itu palsu, tetapi dia terus memintanya untuk berbohong kepadanya. Dan apa yang menarik di sini, dia tidak berasa perlu untuk "meniup wisel" terhadapnya sehingga dia mengakui penglibatannya ... yang mungkin tidak akan berlaku. Perjanjian diam-diam ini membantunya mengekalkan khayalan bahawa semuanya baik-baik saja dan menyediakan persekitaran yang memungkinkan suami boleh berfoya-foya dengan wanita lain. Penafian mempunyai banyak aplikasi dan kegunaan dalam pengalaman manusia. Ini akan memungkinkan seorang wanita untuk mengabaikan benjolan yang mencurigakan di payudaranya atau dadah di bilik tidur anaknya atau hutang keluarga yang sedang meningkat. Melalui proses ini, pikirannya dilindungi untuk sementara waktu, tetapi ini sering kali membiarkan musibah yang lebih besar berlaku dalam kehidupan kita. Soal-jawab #2: Soalan: Beberapa bulan yang lalu suami saya mengumumkan bahawa dia meninggalkan saya untuk wanita lain. Sejak itu, dia kerap berpacaran dengannya, tetapi dia tidak meninggalkan rumah dan kelihatan seperti kebingungan. Dia kehilangan lima belas paun dan kelihatan teruk. Apa yang anda fikir sedang berlaku di fikirannya? Dia tidak mahu bercakap dengan saya tentang perasaannya, dan dia menjadi marah ketika saya bertanya kepadanya. Jawaban: Besar kemungkinan suami anda mengalami rasa bersalah dan konflik yang sering mengiringi perbuatan mementingkan diri dan berdosa seperti perbuatan curang. Terdapat suara kecil yang mengganggu kita pada saat-saat seperti itu, walaupun ada di antara kita yang belajar untuk menyekatnya. Walaupun kita mengabaikan kutukannya, hati nurani terus menusuk kita dan tidak akan membenarkan pelanggaran undang-undang moral tanpa pergelutan batin. Agak biasa untuk seseorang dalam situasi ini mengalami semacam perang dalaman yang hanya dapat diselesaikan dengan salah satu daripada tiga cara: 1. Hati nurani menang dan orang itu kembali ke kehidupan yang betul. 2. Orang itu memberi alasan kepada dirinya sehingga tingkah lakunya mula kelihatan "suci" dan "tidak bersalah". 3. Hati nurani menang tetapi orang itu tetap melakukan apa yang dia mahu. Orang dalam kategori ketiga, termasuk suami anda, boleh menjadi antara lelaki dan wanita yang paling sengsara di muka bumi ini. Tingkah laku mereka bertentangan dengan kod etika peribadi mereka, dan semua usaha untuk menyelaraskan kedua-duanya adalah sia-sia. Dalam kata lain, individu-individu ini berada dalam situasi konflik dengan hati nurani mereka. Bukan hanya gangguan psikologi tetapi juga penyakit fizikal mungkin timbul dari ketidakharmonian seperti itu! Seseorang yang mengalami konflik dalamannya sering mengalami kemurungan, penurunan berat badan, malam tanpa tidur, menggigit kuku, dan lain-lain. Pengalaman pahit ini sangat tidak selesa bagi individu yang sensitif. Sekiranya kami betul dalam penilaian pemikiran suami anda, anda boleh menjangkakan dia akan memberikan komitmen dengan cepat kepada anda atau kepada wanita lain. Adalah terlalu menyakitkan untuk tetap berada dalam keadaan serba salah antara yang baik dan yang jahat. Kami menasihati anda supaya mendapatkan nasihat profesional mengenai apakah ini adalah saat yang tepat untuk meminta suami anda membuat pilihan. Dengan beberapa fakta yang telah saya berikan, saya cenderung ke arah itu. Soal-jawab #3: Soalan : Perkahwinan saya kepada isteri saya merupakan perkara yang sangat tidak memuaskan bagi saya. Saya akan menceraikannya sekiranya bukan kerana keprihatinan saya terhadap tiga anak kami. Apa yang dinyatakan oleh kaji selidik mengenai kesan perceraian terhadap anak-anak? Jawapan : Buat masa ini kami tahu bahawa perkembangan emosi kanak-kanak secara langsung bergantung kepada kehadiran interaksi yang mesra, bersifat memelihara yang kekal dan berterusan dengan kedua ibu bapa. Apa-apa yang mengganggu hubungan penting dengan ibu atau bapa boleh membawa kesan yang berkekalan kepada anak. Satu kajian penting menunjukkan bahawa 90 peratus kanak-kanak dari keluarga yang berpecah mengalami perasaan kejutan yang hebat ketika perpisahan itu berlaku, termasuk kesedihan yang mendalam dan ketakutan yang tidak rasional. 50 peratus melaporkan perasaan ditolak dan ditinggalkan, dan sememangnya separuh daripada bapa tidak pernah datang berjumpa dengan anak-anak mereka tiga tahun selepas perceraian. Sepertiga lelaki dan perempuan khuatir akan ditinggalkan oleh ibu atau bapa yang satu lagi, dan 66 peratus mengalami kerinduan terhadap ibu bapa yang tidak hadir dengan intensiti yang digambarkan oleh penyelidikan sebagai sesuatu yang amat luar biasa. Paling ketara, 37 peratus kanak-kanak lebih tidak gembira dan tidak puas hati lima tahun selepas perceraian daripada jangka masa lapan belas bulan selepas perceraian tersebut. Dengan kata lain, masa tidak menyembuhkan luka mereka. Itulah maksud sebenar perceraian. Ini yang saya fikirkan dengan kemarahan yang beralasan kukuh, ketika saya melihat hubungan sulit dan tipu muslihat perkahwinan yang digambarkan di media sebagai semacam permainan menarik untuk dua orang. Pokoknya, anda harus mempertimbangkan kebajikan anak-anak anda dalam memutuskan sama ada mahu bercerai atau tidak. Walaupun hubungan perkahwinanmu tidak bermakna, kemungkinan, apa yang saya akan pilih ialah untuk meneruskannya. Artikel ini ditulis oleh Focus on the Family Malaysia dan Soalan dan Jawapan diambil dari "Panduan Rujukan Perkahwinan & Rumah Keluarga Lengkap" oleh Dr James Dobson dengan izin.
- Perkahwinan yang kurang sempurna (sederhana)
Oleh TC Lau Terdapat banyak teori tentang bagaimana untuk menjaga perkahwinan supaya sentiasa kuat, jikalau anda memampatkan semuanya, rahsianya boleh disimpulkan dalam dua langkah yang mudah: 1) Tambahkan - memuji dan menghargai pasangan anda 2) Kurangkan - mengkritik secara negatif dan sentiasa mencari kelemahan pasangan anda Apabila anda menghargai apa yang pasangan anda lakukan, luangkan masa untuk memberitahu mereka. Apabila anda melakukan perkara ini secara lisan, tindakan itu berkata kepada mereka, "Saya tidak menganggap remeh hubungan ini dan saya betul-betul menyayangi kamu." Dalam masa yang sama, anda juga memberitahu mereka bahawa anda sensitif dan tahu apa yang mereka lakukan. Sebaliknya, apabila anda merasa ingin mengkritik, gigitlah lidah anda. Sekiranya pasangan anda ada suatu kesalahan yang harus mereka ketahui, carilah peluang untuk membincangkannya dengan penuh kasih sayang dan tanpa menghakimi. Jangan sekali-kali melakukannya dalam keadaan marah. Kurangkan kata-kata yang keras dan berdoa meminta Roh Kudus memberi penunjuk kepada kamu. Perkahwinan yang baik tidaklah begitu sukar. Ia hanya memerlukan sedikit usaha dan kawalan diri mengikut ajaran di dalam kata-kata Tuhan.
- Seks Hebat Tidak Akan Berlaku Dengan Begitu Sahaja
Melakukan hubungan seks adalah amalan fisiologi yang semulajadi. Manusia memang mengetahuinya sejak dari dulu lagi. Tanpa buku panduan atau kursus pengajaran dalam talian, manusia dari setiap suku dan bangsa berjaya melahirkan anak. Oleh kerana seks adalah semulajadi, kita cenderung memasukkannya dalam kategori yang sama dengan tindakan fizikal semulajadi yang lain seperti makan dan tidur. Anda tidak perlu menumpukan perhatian untuk belajar bagaimana menguasai perkara-perkara tersebut - ia berlaku secara semulajadi. Walaupun seks "hanya berlaku", kehidupan seks yang dinamik bukan sedemikian. Tanpa usaha, masa dan perhatian, seks dengan mudah dan cepat boleh menjadi biasa dan dapat diramalkan, bahkan dapat berubah menjadi keperluan yang “menakutkan” dalam senarai "perkara yang harus dilakukan". Ketika pasangan menghadapi kesukaran, mereka cenderung berputus asa dan membuat kesimpulan, "Kehidupan seks kami tidak begitu hebat." Yang ironinya, mereka tidak menjangka perkara-perkara lain dalam perkahwinan akan "berlaku begitu sahaja". Mereka faham bahawa kesihatan dari segi kewangan bergantung pada penyediaan belanjawan, perancangan dan komunikasi. Bahkan untuk mengekalkan kesihatan memerlukan pendekatan proaktif terhadap makanan dan senaman. Mengapa seks mesti berbeza? Apakah tindak balas yang betul kepada dilema lama iaitu seks yang membosankan? Sebagai pasangan, adakah anda pernah memperuntukkan masa dan tenaga secukupnya yang dikhaskan untuk meningkatkan kehidupan seks anda? Sebagai gantian menghampiri seks sebagai perkara semulajadi, apa yang perlu dilakukan, perbuatan fizikal semata-mata, pertimbangkanlah untuk mendekatinya sebagai suatu hadiah - minat dan kemampuan yang dapat dipupuk. Anda tidak akan menjadi tukang masak yang hebat kecuali anda mencuba resipi baru, membaca buku masakan dan berlatih memasak. Anda tidak akan menjadi pemain tenis yang hebat melainkan anda belajar bermain dan bermain dengan kerap. Anda tidak akan dapat bermain trompet tanpa latihan berjam-jam. Jangan anggap bahawa seks adalah berbeza. Anda tidak akan mempunyai kehidupan seks yang hebat kecuali anda menjadikannya keutamaan dan benar-benar berusaha menjalinkan hubungan intim bersama dengan pasangan anda. Hubungan intim dalam perkahwinan adalah penuh dengan halangan seperti komunikasi yang buruk, harapan yang tidak dipenuhi dan rasa geram, terutamanya berpunca dari perbezaan besar antara seksualiti lelaki dan wanita. Mungkin anda dan pasangan anda berasa kecewa dari segi seks, dan mungkin inilah masanya untuk melanjutkan pelajaran. Belajarlah tentang pasangan anda. Saya mengambil masa 10 tahun persekolahan untuk menjadi pakar psikologi. Sepanjang masa itu, saya didedahkan kepada banyak maklumat mengenai seksualiti manusia. Jelaslah, saya berasa lebih bersedia daripada isteri biasa dalam kefahaman terhadap keperluan suami. Namun demikian, saya terlalu memandang tinggi pendidikan seks saya! Tidak kira latar belakang anda, terdapat banyak yang anda perlu belajar mengenai seksualiti pasangan anda. Sebenarnya, sebilangan besar perkara yang anda anggap tepat dan betul adalah salah. Sekiranya anda mahukan kehidupan seks yang memuaskan, anda mesti kembali menjadi pelajar. Dipetik dari Tiada Lagi Sakit Kepala: Menikmati Seks & Keintiman dalam Perkahwinan, diterbitkan oleh Tyndale House Publishers, Inc. Hak Cipta © 2009 oleh Julianna Slattery. Hak cipta terpelihara. Hak cipta antarabangsa dijamin. Digunakan dengan izin.
- Sepuluh Rahsia Perkahwinan yang Berjaya
Oleh Mitch Temple Berikut adalah sepuluh prinsip yang akan membantu anda mewujudkan dan mengekalkan perkahwinan yang berjaya. Pasangan yang berjaya adalah bijak. Mereka membaca buku, menghadiri seminar, membaca-baca artikel dan memerhatikan pasangan lain yang berjaya. Walau bagaimanapun, pasangan yang berjaya akan memberitahu anda bahawa mereka juga belajar berdasarkan pengalaman - percubaan dan kesilapan. Berikut adalah sepuluh prinsip kejayaan yang telah saya pelajari daripada bekerja dan memerhatikan ratusan pasangan: 1. Kebahagiaan bukanlah perkara yang paling penting. Semua orang mahu bahagia, tetapi kebahagiaan akan datang dan pergi. Pasangan yang berjaya belajar tabiat sengaja melakukan perkara-perkara yang akan mengembalikan kebahagiaan ketika hidup mula melenyapkannya. 2. Pasangan menyedari betapa pentingnya “kehadiran”. Apabila keadaan menjadi sukar dan suami isteri tidak tahu apa yang harus dilakukan, mereka perlu bertahan dan berada di pihak pasangan mereka. Masa dapat membantu pasangan suami isteri menyelesaikan masalah dengan memberi peluang untuk mengurangkan tekanan dan mengatasi cabaran. 3. Sekiranya anda melakukan apa yang selalu dilakukan pada masa lepas, hasilnya sama sahaja. Pasangan yang bijak sedar bahawa anda harus mendekati masalah secara berbeza untuk mendapatkan hasil yang berbeza. Selalunya, perubahan kecil dalam pendekatan, sikap dan tindakan membawa kepada perbezaan terbesar dalam perkahwinan. 4. Sikap anda penting. Mengubah tingkah laku itu penting, tetapi begitu juga pengubahan sikap. Sikap buruk sering menimbulkan perasaan dan tindakan buruk. 5. Ubah fikiran, ubah perkahwinan anda. Bagaimana suami isteri berfikir dan apa yang mereka percayai mengenai pasangan mereka mempengaruhi tanggapan mereka terhadap satu sama lain. Apa yang mereka harapkan dan bagaimana mereka melayan pasangan mereka sangat penting. 6. Rumput paling hijau di mana anda menyiramnya. Pasangan-pasangan yang berjaya telah belajar menolak mitos tentang rumput yang lebih hijau di tempat lain, iaitu orang lain akan membuat saya bahagia. Mereka telah belajar menumpukan tenaga untuk menjadikan diri dan perkahwinan mereka lebih baik. 7. Anda boleh mengubah perkahwinan anda dengan mengubah diri anda. Suami isteri yang berpengalaman telah belajar bahawa cubaan menukar pasangan mereka adalah seperti cubaan menolak seutas tali - hampir mustahil. Selalunya, satu-satunya orang yang boleh kita ubah dalam perkahwinan kita adalah diri kita sendiri. 8. Cinta adalah kata kerja, bukan sekadar perasaan. Kehidupan harian melenyapkan "perasaan baik dalam perkahwinan." Perasaan, seperti kebahagiaan, akan berubah-ubah. Tetapi, cinta sejati adalah berlandaskan ikrar komitmen pasangan: "Untuk lebih baik atau lebih buruk" – ketika anda berasa baik dan sebaliknya. 9. Perkahwinan sering berkaitan pergelutan dalam minda. Pasangan-pasangan yang berjaya telah belajar untuk menolak perasaan dendam, membangkitkan perkara masa lalu yang kurang menyenangkan dan menyedari bahawa mereka berkahwin dengan orang yang tidak sempurna – dan pasangan mereka juga mengahwini orang yang tidak sempurna. 10. Krisis tidak bermaksud perkahwinan sudah berakhir. Krisis seperti ribut: kuat, menakutkan dan berbahaya. Tetapi untuk melalui ribut, anda harus terus mara ke depan. Krisis boleh menjadi permulaan baru. Akibat kesakitan, manusia dan perkahwinan hebat dapat dihasilkan. Hak Cipta © 2009, Mitch Temple. Hak cipta terpelihara. Hak cipta antarabangsa diperolehi. Digunakan dengan izin.
- Tanda-tanda Amaran Hubungan Sulit
oleh Beth J. Lueders Walaupun hubungan sulit selalunya tidak dijangka, ada gejala yang dapat dikenali dalam suatu perkahwinan yang bermasalah. Elena mendapati bahawa suaminya bukan hanya membeli-belah dalam talian sepanjang malam di komputer. Steve secara kebetulan melihat isterinya mencium jurulatih senaman di tempat letak kereta gimnasium. Kebanyakan hubungan luar nikah tidak bermula dengan pengakuan yang jujur: "suami saya pergi ke luar bandar" atau "isteri saya tidak akan mengesyaki apa-apa." Biasanya ada sesuatu yang tidak beres dalam perkahwinan sebelum pasangan yang tidak berpuas hati mengucapkan perkataan-perkataan menggoda ini. Berikut adalah faktor-faktor yang boleh mencetuskan kecurangan dalam perkahwinan: Mencari peningkatan ego di luar perkahwinan anda. Lelaki cenderung terjerumus dalam hubungan luar nikah untuk membina imej diri atau harga diri seksual mereka. Wanita disyaki mengadakan hubungan sulit untuk memuaskan keperluan mendalam mereka untuk cinta, penghargaan dan kasih sayang. Berhati-hatilah terhadap kebergantungan pada orang lain di luar perkahwinan sebagai sumber utama cinta, nilai diri dan kehormatan. Mengabaikan amalan bercakap secara terbuka antara satu sama lain. Sekiranya anda hanya bercakap dengan pasangan anda mengenai bil-bil dan kerja rumah, anda mungkin akan menghadapi masalah. Menahan pemikiran dan perasaan tidak akan meningkatkan ketelusan dalam hubungan anda. Berlatihlah bagaimana berbual tentang perkara kecil dan ini boleh membuka pintu untuk perkongsian yang lebih mendalam. Keengganan menyelesaikan konflik. Setiap pasangan akan mengalami tempoh di mana komunikasi menjadi sukar. Adalah penting untuk tidak “membina tembok” antara anda dan pasangan anda. Setengah orang menyembunyikan luka mereka sementara yang lain menunjukkan emosi mereka secara tidak wajar. Kedua-dua tingkah laku ini tidak konstruktif. Kedua-dua cara ini mewujudkan sekatan emosi. Konflik yang tidak diselesaikan boleh mencetuskan pengasingan diri dan membuat anda cenderung untuk melarikan diri dari perkahwinan anda. Pengurangan amalan berseronok dan bersantai bersama. Ingatlah kali terakhir anda dan pasangan menikmati temujanji atau percutian hujung minggu bersama. Seperti pepatah lama, "Pasangan yang bermain bersama, tetap bersama." Sekiranya tanggungjawab kerjaya, keluarga dan rumah tangga mengatasi gelak ketawa dan persahabatan dengan pasangan anda, anda perlu memperuntukkan masa untuk percutian bersantai supaya dapat meluangkan masa bersama. Masa perpisahan yang semakin bertambah. Tuntutan perjalanan kerja, anak-anak yang sakit atau minat dan hobi yang berbeza adalah masalah biasa yang dapat memisahkan pasangan. Semakin banyak masa yang anda habiskan berasingan dari pasangan, semakin besar godaan untuk menjauhkan diri dalam hubungan anda. Membiarkan tekanan dan keletihan setiap hari menjejaskan hubungan intim anda. Jadual masa yang penuh dan proses membesarkan anak adalah dua sebab biasa suami dan isteri berasa jemu atau letih dalam hubungan intim mereka. Keadaan romantik, dalam sekelip mata, dapat mengingatkan anda tentang sebab anda saling mencintai. Semua perkahwinan memerlukan masa pembaharuan dan penilaian secara mendalam faktor-faktor yang menjejaskan hubungan intim. Membiarkan kehidupan cinta anda menjadi hambar dan bukannya mengujakan. Keakraban dan kebosanan boleh muncul perlahan-lahan dalam mana-mana perkahwinan. Berhati-hatilah sebelum anda memutuskan untuk merangsangkan kehidupan seks anda dengan meninggalkan pasangan anda untuk kekasih yang lebih menarik. Sekiranya anda atau pasangan anda tiba-tiba tidak berminat untuk melakukan hubungan seks antara satu sama lain, pastikan anda mengkaji sebab sebenarnya. Menyerah kepada hidup harian yang menjemukan. Sedikit misteri dapat menyebabkan perkahwinan anda menjadi lebih menarik. Banyak pasangan terjebak dalam hubungan sulit kerana minat yang berkurangan terhadap pasangan mereka. Salah satu cara untuk meneruskan kebahagiaan perkahwinan adalah dengan mengejutkan pasangan anda dengan nota cinta atau percutian atau hadiah yang tidak dijangka. Hidup dalam keengganan menghadapi kenyataan. Berpura-pura bahawa masalah tidak wujud dalam perkahwinan hanya akan menambahkan jurang antara anda dan pasangan. Banyak hubungan luar nikah bermula apabila pasangan yang kecewa menghadapi realiti dalam perkahwinan dengan meminta rakan sekerja atau rakan jantina berlainan untuk sokongan. Anda harus berani menghadapi kebenaran tentang pergumulan dalam perkahwinan anda. Melupakan komitmen antara satu sama lain. Lama kelamaan pasangan cenderung lupa mengapa mereka jatuh cinta. Dalam budaya yang permisif, kita memerlukan keberanian dan tekad untuk menghormati komitmen dan bukannya mencari cara mudah. Gagal menentang serangan dan godaan. Dalam dunia kita yang taksub tentang seks, suami atau isteri yang paling tidak bersalah boleh menjadi mangsa godaan seksual. Sebelum anda atau pasangan terjebak dalam situasi yang mencurigakan, kamu berdua harus berbincang tentang langkah-langkah melindungi perkahwinan anda. Anda mungkin perlu mengelakkan pertemuan selepas waktu kerja, hotel tertentu dalam perjalanan perniagaan dan majalah, filem atau media yang memberahikan. Memikirkan "Kali ini sahaja," boleh menyebabkan penyesalan seumur hidup. Banyak faktor yang mendorong perkahwinan kepada kegagalan. Pastikanlah hubungan anda kaya sepanjang hayat dengan bertindak pada hari ini juga untuk menjaga kesetiaan perkahwinan anda. Salah satu cadangan terbaik untuk perkahwinan bermasalah adalah meminta bantuan kaunselor. Selalunya, melibatkan pihak ketiga - terutama pihak yang terlatih untuk memberi nasihat - dapat mendedahkan masalah yang asas dan membimbing anda dan pasangan ke jalan penyembuhan. Hak Cipta © 2005 Beth J. Lueders, bethlueders.com. Hak cipta terpelihara. Hak cipta antarabangsa dijamin. Digunakan dengan izin.
- Di Ambang Maut (Pengalaman Seorang Pesakit Covid-19) : Hannah Siew
Hannah Siew Bagaimanakah jangkitan Covid-19 saya bermula Pada hari ketiga selepas disuntik vaksin di sebuah pusat pemberian vaksin, saya mula berasa tidak sihat. Saya percaya saya telah dijangkiti di situ sebab saya kemudiannya mendapat tahu bahawa empat orang yang lain di pusat itu juga didapati positif. Tambahan pula, saya tidak pergi ke mana-mana selepas disuntik vaksin. Simptom-simptom yang mulai muncul termasuklah suhu badan yang semakin meningkat, batuk kering yang berterusan dan pening kepala yang teruk dengan kehilangan deria merasa dan bau, kelelahan dan kesakitan otot-otot. Saya semakin lemah sambil saya kehilangan selera dan hanya makan sedikit. Saya hampir rebah di bilik mandi dan terpaksa bergegas ke katil dengan rambut dan badan yang basah kuyup. Saya tinggal berseorangan di rumah. Suami saya berada di luar negara dan tidak dapat kembali selama setahun setengah kerana kawalan perjalanan. Oleh itu, saya terpaksa memohon pertolongan jiran saya, seorang doktor perubatan. Dia terkejut mendengar keadaan saya yang tenat sekali dan menegaskan bahawa saya harus memandu ke hospitalnya untuk ujian swab. Pada 1 pagi pada 13 Julai, hospital menelefon untuk melaporkan ujian saya menunjukkan saya dijangkiti dengan sejumlah besar virus itu, disyaki varian Delta. Saya dinasihati memasuki hospital serta-merta. Dengan itu bermula siri menelefon. Beberapa kawan saya dari kalangan doktor berusaha membantu saya mendapatkan tempat katil di hospital di Selangor. Tetapi setiap hospital yang kami telefon menjawab, “Maaf, wad kami sudah penuh.” Oleh itu, suami saya mengatur dari luar negeri sebuah ambulan untuk menghantar saya ke hospital di Ipoh, Perak pada awal- awal pagi. Akan tetapi, beberapa peraturan yang harus diikuti kerana SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya tidak jadi berangkat ke Ipoh. Sementara itu, suhu tubuh saya meningkat dan badan kedinginan sampai menggigil. Kemudian pertolongan Tuhan muncul. Seorang doktor di sebuah hospital swasta berkata, “Saya kenal nama Puan Siew. Kami ada satu katil kosong. Kami akan sediakan untuknya.” Jiran saya seorang doktor memberitahu saya bahawa jika saya dibiarkan keseorangan di rumah, kemungkinan besar, saya akan termasuk 700 orang dalam 3 bulan ini dibawa ke hospital dalam keadaan maut. Perjalanan ke ambang maut Di hospital, keadaan saya melarat dengan cepat. Percakapan menjadi sukar disebabkan demam panas yang kuat. Setiap kali saya cuba bercakap, tulang-tulang rusuk saya bergetar dengan sakit. Menarik nafas pun sukar kerana menyebabkan kesakitan amat perit pada otot-otot di dada. Tulang-tulang rusuk saya yang lembut menghalang saya daripada bernafas, namun saya begitu terdesak untuk mendapatkan udara ke dalam paru-paru saya. Saya merasa seperti sedang lemas di dalam air. Saya sedar kehadiran para jururawat dan para doktor yang berbincang dengan bisikan khuatir, "Tahap oksigennya rendah dan bahaya pada 88. Tahap keradangan darahnya semakin meningkat". Saya menanya pakar penyakit berjangkit itu adakah saya perlu rawatan ICU. Dia menjawab, "Kemungkinan, apapun boleh terjadi. Kami tidak tahu bagaimana teruknya serangan virus itu. Kami sedang memantau keadaan kamu dengan rapi." Saya mula membayangkan sama ada saya masih dapat bertahan kerana sebilangan kawan Kristian saya sudah pun meninggal kerana jangkitan Covid itu. Saya berasa sedih atas kehilangan kawan-kawan ini. Selama seminggu saya berbaring di hospital dengan hanya tiga penambahan kecil pada tahap oksigen saya. Pada suatu malam, suhu badan saya mencapai 39.9 °C . Saya berasa benar-benar sakit dengan serius sekali. Bilik di sekeliling saya berputar. Saya mulai bimbang bahawa saya akan meninggal dan merupakan satu tambahan statistik kiraan maut Covid-19. Fikiran saya yang bermacam-macam Begitu banyak fikiran bercampur-aduk dalam otak saya. Akan tetapi sungguh menakjubkan, saya berasa tenang. Saya berdoa, "Tuhan, saya tidak takut mati sebab saya tidak lama lagi akan bersama-sama-Mu di rumah syurgawi saya. Lagipun, kami semua akan mati satu hari nanti. Apa yang penting ialah untuk bersama-sama-Mu dalam kekekalan seperti yang dijanjikan oleh Engkau." Kemudian timbul pula satu fikiran lain, "Tetapi saya belum siap untuk pergi dari dunia ini." Saya berdoa dengan sungguh-sungguh, "Begitu banyak tugasan-Mu yang belum saya selesaikan. Saya ingin selesaikannya. Lagipun Tuhan, saya tidak dapat berjumpa dengan suami dan anak-anak saya sejak setahun setengah yang lalu kerana larangan pergerakan. Tuhan, izinklah saya melihat mereka". Saya kemudian mengangkat kedua-dua lengan saya yang lemah ke atas sambil merayu berkali-kali, "Tuhan, tolong curahkan penyembuhan-Mu ke atas wanita yang kasihan ini.... saya belum siap untuk mati.... tolonglah sembuhkan saya. " Suatu lawatan daripada Ilahi Dengan tiba-tiba saya merasakan suatu tiupan angin meniup menerusi saya, menyentuh kedua-dua lengan saya yang terangkat sehinggalah ke tubuh saya. Secara perlahan-lahan saya berasa kekuatan mula meresapi ke dalam seluruh tubuh saya. Saya tahu Tuhan sedang menyembuhkan saya. Saya dapat bernafas. Kemudian saya tertidur dengan nyenyak. Saya dikejutkan dari tidur oleh suara amat teruja seorang jururawat yang telah datang untuk mengalihkan tiub oksigen saya untuk memeriksa tahap oksigen saya. "Tahap oksigen kamu telah hampir kembali kepada normal! Perubahan yang begitu mendadak, daripada 80+ ke 96. Itu menakjubkan!" Saya mulai duduk. Saya dapat bernafas. Saya dapat berkata-kata. Saya tahu Tuhan sedang menyembuhkan saya ketika saya merasakan angin itu dan kehadiran-Nya secara dekat. Selepas sepuluh hari di hospital, saya dibenarkan pulang dengan tiada kesan luka di paru-paru dan tiada kesan sampingan di bahagian lain tubuh saya. Walaupun saya masih belum sihat sepenuhnya dan mengambil masa dua minggu lagi untuk memulihkan kekuatan setelah kehilangan 7 kg, pengalaman itu telah mengajar saya banyak pelajaran yang amat berharga. Saya lebih sedar bahawa Tuhan dekat dengan saya ketika saya berseru kepada-Nya. Dialah penyembuh saya, kota benteng saya, kubu pertahanan saya dan Tuhan saya yang benar dan hidup. Saya tidak mengerti mengapa sesuatu hal berlaku, tetapi saya akan menyerahkan diri saya ke dalam tangan-Nya apa jua yang terjadi. (Diterjemahkan oleh domba2domba daripada artikel Asian Beacon bertajuk, "From The Brink Of Death A Covid 19 Victim's Experience" yang ditulis oleh Hannah Siew)
- Bagaimana Menghadapi Ketakutan?
Yohanes 5:1–18 Tujuan : Supaya berani menghadapi Ketakutan itu sendiri Shalom selamat Pagi semua, hari ini saya mahu membawa kita mengatasi Ketakutan yang ada pada diri kita masing-masing. Adapun teks yang akan kita baca terambil dari Yoh 5 : 1 – 18, cerita tentang seorang yang Lumpuh selama 38 tahun di kolam Betesda. Ketakutan apakah yang dialami oleh orang Lumpuh ini memberi gambaran tentang 3 perkara kepada kita diantaranya ialah : A. Ketakutannya adalah “Takut Gagal” (ayat 7) ❖ Orang lumpuh ini tidak dapat sembuh oleh karena dia dibayang-bayangi rasa takut, didahului oleh orang lain untuk masuk ke dalam kolam itu. ❖ Ketakutan yang speerti ini bukanlah untuk dihindari, tetapi harus dihadapi . Selama kita menghindari ketakutan itu selama itulah kita akan terus gagal . Bahkan tidak sahaja mampu menghantui dirinya, tetapi membunuh potensi dan kekuatan yang dimiliki. ❖ Kegagalannya untuk menjadi orang yang pertama masuk kedalam kolam itu telah menghabiskan usianya selama 38 tahun tinggal ditempat di pinggir Kolam Betesda. Takut dengan kegagalan dapat membunuh keberanian kita untuk mencuba sesuatu. Inilah pembelajaran yang dapat kita timba dari seorang yang sakit lumpuh ini. B. Ketakutannya adalah Kurangnya Rasa Percaya ❖ Ketakutannya tidak sahaja “takut gagal” tetapi rasa Percaya dirinya juga semakin lemah. Saya katakan demikian oleh karena terbukti ketika Tuhan Yesus berkata kepadanya : “Mahukah engkau sembuh”, apa yang menjadi jawabannya ?. Dia berkata : “ Tidak ada orang yang menurunkan aku kedalam kolam itu” (ayat 7) Inilah suatu jawaban seorang yang kurang percaya ❖ Ketakutannya membuat dirinya tidak percaya bahawa Tuhan Yesus mampu untuk menyembuhkan lumpuhnya. ❖ Apa yang Tuhan lakukan kepadanya. Tuhan Yesus bukan sahaja menyembuhkan lumpuhnya tetapi juga rasa percaya dirinya, sehingga Yesus berkata : Bangunlah, angkatlah tilammu dan berjalanlah. JIka kita mahu mengalami Kesembuhan batin dan kesembuhan Illahi, maka kita harus “Memiliki Rasa Percaya”. Perkara yang sama Tuhan Tanya kepada kita : “ Mahukah engkau Sembuh”? C. Ketakutannya membawa penderitaan yang berkepanjangan ❖ Jangan biarkan ketakutan menjadi bagian kehidupan kita . Karena itu akan membawa penderitaan yang panjang. ❖ Hadapilah Ketakutan itu dan jangan menghindarinya. Bangunlah ditempat anda jatuh. Bangkitlah ditempat anda gagal, berdirilah ditempat anda sedang mengalami kemunduran Karena Dia akan menolong kita dari ketakutan, kejatuhan dan kemunduran yang kita alami TUHAN MEMBERKATI KITA SEMUA #solideogloria# Pr. Datin Rosmaida S Justin
- Apakah Boleh Memiliki Pengharapan di Masa yang Sukar?
Teks: Tematis Tema: Memiliki Pengharapan di Masa yang Sukar Tujuan : Supaya kita tetap berharap kepadaNya diatas segala musim yang kita hadapi Shalom selamat pagi, kita jumpa lagi pagi ini dengan tema Rhema kita iaitu tentang : Memiliki Pengharapan dimasa sukar”, adalah merupakan suatu syarat yang penting bagi meneruskan perjalanan hidup. Dari Pembacaan kita hari ini ada 3 perkara yang dapat menjadi pembelajaran bagi kita diantaranya ialah : A. Kita perlu mendasarkan Pengharapan kita hanya kepada Tuhan Yesus Kristus. Mengapa ? • Karena ketika kita meletakkan pengharapan di luar “Kristus Yesus” itu adalah sesuatu kesia-siaan (PKh 1 : 2) • Oleh sebab itu kita diminta supaya kita tetap teguh berpegang kepada Yesus Kristus yang adalah pengharapan kiya , sebab Ia yang menjanjikanNya setia (Ibrani 10 : 23) • Apakah kamu masih tetap memiliki pengharapan kepadaNya ditengah Masa Pandemik ini ? B. Standard Pengharapan itu kita temukan dalam Alkitab yang adalah Firman Allah • Alkitab menghajarkan kita supaya kita memiliki standard yang benar dalam menteapkan pengharapan kita iaitu dengan “Membaca FirmanNya”. • Karena Allah telah menetapkan bahawa “Alkitab ini dituliskan untuk menjadi pelajaran bagi kita , supaya kita berpegang tegih dan bertekun untuk membaca Kitab Suci (Rom 15 : 4). • Bersediakah anda untuk membacanya setiap hari. Masih belum terlambat untuk memulakannya pada hari ini C. Pengharapan itu ada supaya kita boleh menghidupinya • Panggilan kita adalah supaya kita menghidupi “pengharapan” itu. Itulah sebabnya Paulus mengatakan : “ Janganlah mahu digeser dari pengharapan yang telah kita terima. • Karena Pengharapan kepada Yesus Kristus tidak akan pernah Mencewakan kita (Rom 5 : 5) • Jadi ketika kita sedang berhadapan dengan Masa yang sukar, Tuhan menghendaki kita untuk terus memiliki Pengharapan karena kita akan menikmati kebahagiaan memiliki Allah yang setia seperti Dia (Rom 8 : 24 – 25) TUHAN MEMBERKATI KITA SEMUA #solideogloria# #Pr Datin Rosmaida S Justin #