top of page

Cari

2690 results found with an empty search

  • Sembuh Dari Covid 19: Tan Boon

    Tan Boon Tan Boon digelar sebagai 'The Miracle Man' dalam suratkhabar. Setelah menghabiskan masa 53 hari dalam hospital, 16 hari daripadanya dalam keadaan tidak sedar diri dan 17 hari dengan penggunaan sokongan pernafasan, ia dianggap satu mukjizat yang dia dapat berjalan keluar dari hospital dengan sihat. "Kita ada Tuhan yang sangat berkuasa dalam hidup kita. Hanya kerana Tuhan Yesus yang memberikan kehidupan." Tontoni kesaksian Tan Boon yang sembuh dari Covid-19 di sini.

  • Kemenangan Ke Atas Ketagihan Dadah : Kenosis

    Kesaksian Pusat Pemulihan Dadah Kenosis. Memberikan mereka yang ketagihan peluang yang kedua.

  • Mujizat Tuhan : Mailson James

    Mailson James Kesaksian mujizat Tuhan di dalam kehidupan Mailson James. Jikalau saudara-saudari memerlukan doa, chat dengan kami di www.komuniti-digital.com. Team Komuniti Digital akan doakan untuk anda. Tuhan memberkati.

  • Tuhan Selamatkan Saya : Anthony Peru

    Kisah benar bagaimana Tuhan menyelamatkan Anthony.

  • Aku Sembuh Dari Kanser : Yannes Embuyang Tindin

    Berapa bulan lalu, saya bercerita panjang dengan seorang teman seperjuangan NPC stage 2 tentang pengalaman ketika dia melalui rawatan. Dua bulan lebih dia tinggal di hospital, oleh kerana tertekan, dia pernah mengamuk menghalau doktor ketika doktor datang ke katilnya. Hari yang ke-14 dia mahu balik, tidak mahu teruskan rawatan. Isterinya terpaksa ugut dia, jika tidak mahu teruskan rawatan mahu diceraikan(ugutan sayang). Oleh kerana tidak mampu menelan makanan atau minuman, 3 kali dia melalui proses memasukkan tiub(untuk minum susu) melalui hidung sampai berdarah-darah hidungnya. Oh.....tidak mudah‼️ Sebelum memulai rawatan, perkara yang paling saya takuti adalah kesan sampingan yang teruk. Terutamanya apabila mendengar pengalaman teman seperjuangan seperti terpaksa masuk tiub kerana tidak boleh menelan apapun(air liur pun susah ditelan) kerana kesan radiotherapy. Begitu juga ada mengalami tabiat tidur yang tidak normal, seperti terpaksa tidur duduk dan banyak lagi kesan sampingan yang membuat takut untuk melakukan rawatan. Apabila saya bandingkan dengan pengalaman dia, saya sangat bersyukur tidak seteruk seperti yangg teman-teman lalui. Saat melalui rawatan, semangat juang dari Roh Kudus sangat nyata. Mazmur 91:1-16 menjadi sandaran iman dalam doa, terutamanya...Walau seribu orang rebah di sisimu, dan sepuluh ribu di sebelah kananmu, tetapi itu tidak akan menimpamu. Hati saya dikuatan, Firman Tuhan ini akan berkerja, pengalaman orang yang membuat hati gentar tidak akan terjadi kepada saya. Begitu juga banyak lagi Firman Tuhan sangat nyata terjadi ketika melalui lembah kekelaman, kerana gada-Mu dan tongkat-Mu, itulah yang menghibur aku. Terima kasih semua untuk doa, support. Tuhan Pasti Memberkati.

  • Tuhan Berjalan Dengan Ku : Mira

    Pernahkah anda merasa hidup ini tidak adil? Mira yang berasal dari Gopeng, Perak dari suku kaum Semai pernah melalui suatu masa di mana dia ingin memberontak dengan Tuhan, ketika mak dan bapa dia menghadapi masalah perkahwinan dan ingin bercerai. Ikuti video ini untuk menyaksikan cerita bagaimana Tuhan berjalan dengan Mira dan memulihkan perhubungannya dengan Tuhan dan juga perhubungan ibu bapanya.

  • Mengatasi Keraguan : Jeffrey

    Saat kita menghadapi masalah hidup, adakah kita akan meragukan kehadiran Tuhan dalam hidup kita? Mari tonton kesaksian Jeff, bagaimanakah dia dapat mengatasi keraguannya tentang kehadiran dan pertolongan Tuhan dalam hidupnya.

  • Aku Sembuh : Ibu Majah

    "AKU SEMBUH" Itu kata-kata yang paling memberi impak kepada sesiapa yang mendengarnya. Saksikan bagaimana Ibu Manjah mengalami kesembuhan daripada Tuhan Yesus setelah sekian lama sakit dan mencuba pelbagai cara termasuklah mencari bomoh. "Saya dapat rasakan mujizat Tuhan dalam hidup saya," kata Ibu Manjah.

  • Kemenangan Dalam Kristus : Pr. Faisa

    Pr Faiza merupakan Orang Asli dari suku Temuan. Pada tahun 2011, beliau mengalami sebuah penyakit misteri. Beliau berjumpa dengan doktor dan juga bomoh, namun penyakit beliau tidak dapat dikenalpasti dan tidak sembuh walaupun telah mencuba pelbagai jenis rawatan. Pada suatu hari, beliau teringat kata-kata pak ciknya bahawa "Gereja itu macam rumah sakit. Orang yang sakit, didoakan dan sembuh." Inilah permulaan perjalanan kemenangan Pr Faiza, setelah beliau menerima Tuhan Yesus, beliau bukan sahaja mengalami kesembuhan fizikal, tetapi juga kesembuhan iman.

  • Yesus "Bukan Tuhan" Menurut Siapa? (Episode 1)

    Adakah Markus 10:18 menafikan keilahian Yesus? Umat Kristian berpegang kepada kepercayaan bahawa Yesus itu Allah. Bahkan, kepercayaan ini adalah kepercayaan yang paling penting bagi Kristian. Tetapi, keilahian Yesus sering dipersoalkan, dan salah satu hujah yang sering kita dengar untuk menafikan keilahian Yesus Kristus ialah bahawa Yesus sendiri menafikan dirinya Allah. Mereka akan merujuk kepada injil Markus 10:17-18 dan berkata, "Hah! Inilah buktinya Yesus sendiri menafikan keilahiannya!" Jadi, Betulkah Markus 10:18 menafikan keilahian Yesus? Mari kita kaji sama-sama. Markus 10: 17-18 (AVB) Ketika Dia sedang melangkah ke jalan, seorang datang berlari-lari, berlutut kepada-Nya dan bertanya, "Wahai Guru yang baik, apakah yang harus aku buat untuk mewarisi hidup yang kekal?" Yesus berkata kepadanya, "Mengapa kamu mengatakan Aku baik? Tiada siapa yang baik kecuali Allah. Dari ayat injil yang kita bacakan tadi, sesetengah orang akan menyatakan kata-kata Yesus seperti “Mengapa kamu mengatakan aku baik?” dan “Tiada seorang pun yang baik kecuali Allah sahaja” itu adalah satu indikator jelas yang menunjukkan kehambaan dirinya, hakikat dirinya sebagai seorang manusia yang kerdil di hadapan Allah yang Maha Esa. Kononnya, Yesus melepaskan diri daripada sebarang bentuk penghormatan kepada dirinya dan bahkan mengalihkan pula penghormatan tersebut kepada yang benar-benar berhak iaitu Allah, Sang Pencipta Alam. Ini kononnya sekaligus juga membezakan dirinya dengan Allah. Secara ringkas, logiknya begini: 1. Yesus menafikan dirinya baik. 2. Satu-satunya yang baik hanyalah Allah. 3. Yesus bukanlah Allah. Akan tetapi, adakah Yesus betul-betul menafikan dirinya "baik"? Sebenarnya tidak! Yesus tidak katakan "Saya bukan guru yang baik" atau "Jangan panggil saya guru yang baik". Apabila Yesus berbalas demikian, Yesus sebenarnya ingin mencetuskan pemikiran remaja itu melalui soalan, supaya remaja itu merenungkan atas maksud dan implikasi panggilan "guru yang baik". Pada zaman Yesus dulu, gelaran ‘baik’ itu hanya digunakan oleh guru-guru agama khas untuk Allah sahaja kerana ‘baik’ itu membawa maksud ‘tanpa dosa’ pada masa itu. Jadi, jelaslah Yesus dari injil Markus 10:18 tidak menafikan dirinya baik. Bukan itu sahaja, dalam ayat-ayat Al-Kitab yang lain, Yesus Kristus sendiri menggelarkan dirinya "baik". Dalam Yohanes 10:11 (AVB) Yesus berkata "Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik mengorbankan nyawanya untuk kawanan dombanya." Kita imbas balik logik di atas: 1. Satu-satunya yang baik hanyalah Allah, 2. Yesus menyatakan bahawa dia adalah baik, 3. Yesus ialah Allah. Jadi, menurut logik di atas Markus 10:18 sebenarnya mengesahkan bahawa Yesus adalah Allah, bukannya membuktikan Yesus bukan Allah! Memang benar Yesus itu gembala yang baik, dan Dialah Tuhan dan gembala kepada kita sepertimana yang dinyatakan di Mazmur 23. "Tuhan ialah gembalaku, aku tidak akan kekurangan apa-apa pun......" Selanjutnya, kalau ada orang mempersoalkan keilahian Yesus menggunakan Markus 10:18, haruslah kita mengajak dia untuk membaca injil Markus 2:3-11 juga, kerana petikan ini jelas menunjukkan bahawa Yesus mengaku dirinya Allah. Markus 2:3-11 (AVB) Datanglah empat orang mengusung seorang yang lumpuh. Mereka tidak dapat membawanya kepada Yesus kerana orang ramai itu. Oleh itu, mereka membuka bumbung rumah betul-betul di atas tempat Yesus berada lalu menurunkan orang lumpuh yang terbaring di atas tikar. Ketika Yesus melihat iman mereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, "Anak-Ku, dosamu telah diampunkan." Ahli-ahli Taurat yang duduk di situ berkata dalam hati, "Lancangnya orang ini mengkufuri Allah! Tiada siapa boleh mengampunkan dosa kecuali Allah!" Tetapi Yesus segera mengetahui dalam roh-Nya bahawa mereka berfikir demikian lalu berkata, "Mengapa kamu berfikir begitu dalam hatimu? Manakah yang lebih mudah dikatakan kepada orang lumpuh itu: 'Dosamu telah diampunkan,' atau, 'Bangun, angkat tikarmu dan berjalan'? Tetapi supaya kamu tahu bahawa di bumi ini Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa..." Dia berkata kepada orang lumpuh itu, "Aku berkata kepadamu, bangun, angkat tikarmu, dan pulanglah." Di hadapan mata mereka semua, orang lumpuh itu pun bangun, mengangkat tikarnya lalu segera berjalan ke luar. Semua orang di situ tercengang lalu memuji Allah. Mereka berkata, "Belum pernah kami lihat kejadian begini!" Jadi, dari Markus 2:3-11, kita dapat lihat bahawa: 1) Hanya Allah sahaja yang boleh mengampunkan dosa. 2) Yesus berkuasa mengampunkan dosa. Seringkali, sebelum Yesus sembuhkan orang yg sakit, beliau telah mengampuni dosa-dosa secara terbuka di muka umum. 3) Yesus memiliki kuasa Allah kerana Dia adalah kalimat dan firman Allah yang telah turun dari Syurga. Ini cukup jelas dari Yohanes 3:13, Yohanes 6:33-35, 41-42, 48-51, Lukas 10:22 dan lain-lain. Bukan itu sahaja, Yesus juga menggelarkan dirinya Anak Manusia. Siapakah Anak Manusia itu? Amat penting untuk kita memahami mengapa Yesus menggelar dirinya Anak Manusia. Umat Yahudi pada zaman itu memahami dengan jelas bahawa Yesus mengaku dirinya sebagai yang Ilahi. Apabila Yesus memanggil diri-Nya Anak Manusia, sebenarnya Yesus merujuk kepada nubuat yang telah dibawa oleh Nabi Daniel, beratusan tahun sebelum itu:- Daniel 7:13-14 (AVB) Aku terus memperhatikan dalam penglihatan pada malam hari itu. Tampaklah seorang seperti Anak Manusia datang dengan awan-awan langit. Dia sampai kepada Yang Abadi dan dibawa ke hadirat-Nya. Lalu dikurniakan kepada-Nya kekuasaan, kemuliaan, dan kedaulatan, sehingga semua orang daripada segala suku, bangsa, dan bahasa beribadat kepada-Nya. Kekuasaan-Nya ialah kekuasaan kekal yang tidak akan lenyap dan kerajaan-Nya tidak akan binasa. Bukankah hanya Allah sahaja yang mempunyai kekuasaan yang kekal dan kerajaan yang tidak akan binasa? Bukankah hanya Allah yang layak kami sembah dan beribadat? Hal-hal ini membuktikan bahawa Anak Manusia adalah ilahi dan sesungguhnya mempunyai sifat-sifat keilahian, sebagai Kalimat Allah yang murni. Oleh yang demikian, bila Yesus memanggil diriNya ‘Anak Manusia’, Yesus dengan jelas menunjukkan Dia ialah Allah! Jadi, jikalau ayat-ayat Kitab Suci ini dipetik sesuka hati tanpa memahami secara keseluruhan konteksnya, maka ia akan diputar-belitkan dan disalah-tafsir oleh orang. Tidaklah memadai untuk memetik cebisan-cebisan ayat Injil yang sokong teori dan dakyah sendiri sambil mengabaikan ayat-ayat yang lain seperti dari Markus 2, Yohanes 6, Lukas 10, dan lain-lain di atas. Haruslah kita membaca keseluruhan kandungan Al-Kitab dan bersikap lebih jujur dengan kandungannya! Berhati-hatilah dan janganlah terpedaya dengan tafsiran ayat-ayat Al-Kitab yang salah. Yakinlah bahawa iman anda dalam Al-Kitab mempunyai asas yang kukuh. Jika anda mempunyai soalan selanjutnya, sila tulis kepada yohanes@komuniti-digital.com atau chat bersama kami dengan menekan ikon chat di bawah. https://www.komuniti-digital.com/post/salah-faham-jesus-bukan-tuhan-berdasarkan-bible Nota Tambahan: ayat-ayat lain yang boleh digunakan. Yohanes‬ ‭1:1-3‬ ‭(AVB‬‬) Pada permulaan sudah wujud Firman, dan Firman itu bersama Allah dan Firman itu ialah Allah. Dia bersama Allah pada permulaan. Segala-galanya diciptakan melalui Dia. Daripada segala yang wujud, tiada suatu pun yang dicipta tanpa-Nya. Yohanes 1:14 (AVB) Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita. Kita telah melihat kemuliaan-Nya sebagai Anak Tunggal yang datang daripada Bapa, penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran. Yohanes 13:12-14 Setelah membasuh kaki murid-murid-Nya, Yesus memakai semula jubah-Nya dan kembali ke tempat-Nya di meja. Lalu Dia berkata kepada mereka, "Fahamkah kamu apa yang Kulakukan untukmu? Kamu memanggil-Ku Guru dan Tuhan. Tepatlah panggilanmu itu, kerana Aku memang Guru dan Tuhan. Jika Aku sebagai Tuhan dan Gurumu sanggup membasuh kaki kamu, maka haruslah kamu saling membasuh kaki sesama sendiri.

  • Yesus "Bukan Tuhan" Menurut Siapa? (Episode 2)

    Adakah Yohanes 17:3 menafikan keilahian Yesus? Keilahian Yesus seringkali dipersoalkan oleh golongan unitarian. Mereka mengatakan hanya ada satu Allah dalam hakikat dan peribadi (bukan dua atau tiga), dan tiada peribadi lain boleh dijadikan satu-satunya Allah yang benar. Mereka cuba membuktikan bahawa Yesus bukan Allah dengan memutar-belitkan ayat-ayat Alkitab. Dalam tulisan ini, kita akan mengkaji usul mereka bahawa Yesus bukanlah Tuhan berdasarkan Injil Yohanes 17:3. Yohanes 17:3 (AVB) “Inilah hidup kekal, iaitu mereka mengenal-Mu sebagai satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang Kau utus.” Fahaman Golongan Unitarian Menurut fahaman golongan ini : (1) Yesus sendiri mengiktirafkan Bapa, (dan bukan dirinya sendiri), sebagai “satu-satunya Allah yang benar”. (2) seandainya Yesus diutus oleh Allah, maka pastinya dia bukan Allah kerana seseorang yang diutus tidaklah sama dengan yang mengutus. Sebagai rumusan, logik golongan unitarian adalah begini: Hanya ada satu Allah yang benar; jika ada peribadi lain dijadikan Allah, maka itu tidak benar. Yesus dengan Bapa adalah peribadi yang berbeza, dan Yesus Kristus diutus oleh Allah. Jadi, Yesus bukan Allah. Maka golongan ini menyimpulkan bahawa dalam Yohannes 17:3, Yesus sebenarnya menegakkan “Tiada Tuhan selain Allah”. Perlunya Membaca Alkitab dalam Konteks Adakah hujah mereka benar mengikut ajaran Alkitab? Titik permulaan mereka adalah andaian mereka sendiri. Mereka memetik ayat-ayat Alkitab sana sini tetapi mengabaikan konteksnya secara menyeluruh. Mereka bukannya ingin memahami Alkitab secara jujur, tetapi lebih berminat memaksa tafsiran mereka ke atas ayat-ayat yang dipetik. Tetapi ingat, Alkitab harus dibaca dan difahamkan dalam konteksnya. Jika tidak, kesalah-fahaman dan kesalah-tafsiran akan berlaku. Jadi, untuk memahami ayat ini dengan wajar, bacalah Yohanes 17:1-26. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat: (1) masalah hujah mereka dan membetulkan kesalah-fahaman mereka. (2) konteks ayat Yohanes 17:3, terutamanya Yohanes 17:1-5, dan ayat-ayat lain untuk membuktikan keilahian Yesus Kristus. Masalah Kekeliruan Hujah Unitarian Unitarian seringkali keliru dengan zat atau hakikat dan keperibadian Allah. Mereka percaya bahawa Allah hanya boleh mempunyai satu zat dan juga satu peribadi. Mereka telah mengabungkan zat-Nya dengan peribadi-Nya. Jadi, menurut mereka, apabila Yesus dengan Allah Bapa mempunyai peribadi yang berbeza, mereka juga mempunyai zat yang berbeza. Hal ini adalah tidak benar sama sekali. Mengikut Alkitab, Allah itu tritunggal secara kewujudan-Nya. Maksudnya, Allah itu esa, mempunyai hanya satu zat yang tidak terbahagi, tetapi ada tiga peribadi, iaitu Bapa, Anak dan Roh Allah. Mungkin anda bertanya, bukankah itu satu yang bercanggah atau bertentangan: Allah itu tiga, tapi esa? Hal ini tidak bertentangan, apabila anda memahami bahawa ke-esaan itu merujuk kepada zat atau hakikat Allah, manakala tiga itu merujuk kepada tiga peribadi yang dapat diperbezakan. Kita boleh memahami konsep ini melalui satu ibarat. Bayangkan di dunia ini cuma ada satu kewarganegaraan negara Malaysia, tapi jutaan peribadi boleh bergelar diri mereka warganegara Malaysia. Hal ini tidak bertentangan. Kewarganegaraan Malaysia itu ibarat zat atau hakikat Allah manakala setiap warganegara Malaysia itu ibarat peribadi yang walaupun berbeza sesama diri, adalah sama-sama warganegara Malaysia. Selain itu, kita juga perlu faham maksud perkataan "esa", yang berasal dari bahasa ibrani, iaitu "echad" (אֶחָד). Perkataan ini menunjukkan kesatuan majmuk ataupun majmuk tunggal. Ulangan 6:4 (AVB) “Dengarlah, wahai Israel! Tuhan ialah Allah kita. Tuhan itu esa.” (echad). Untuk memahami perkataan ini, mari kita lihat cara Alkitab menggunakan perkataan ini. Kejadian 2:24 (AVB) “Itulah maka seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka berdua menjadi satu.” (echad) Jadi, walaupun mereka berdua (suami dan isteri), namun mereka bersatu dan menjadi kesatuan (esa/ yang tunggal). Allah maha mengetahui. Jikalau Allah ingin menyatakan bahawa Allah adalah satu dalam zat dan juga peribadi, maka Allah akan menggunakan perkataan lain yang lebih sesuai, iaitu "yachid" (יָחִיד) yang bermaksud tunggal mutlak (hanya suatu angka unit sahaja). (Untuk memahami doktrin tritunggal dengan lebih lanjut, sila baca petikan ini: www.komuniti-digital.com/post/doktrin-tritunggal) Jadi, dari penjelasan di atas, jelaslah unitarian membuat kesimpulan yang salah kerana telah membaca dan mentafsir ayat Yohanes 17:3 dengan andaian teori unitarianisme. Sebagai rumusan ajaran Alkitab: Hanya ada satu Allah yang benar dan esa (zat atau hakikatNya) Allah Bapa adalah Allah yang benar dan Anak Allah (Yesus) bukan Allah Bapa (secara keperibadian), Jadi, tidak berkontradiksi kalau Anak Allah (Yesus) juga adalah ilahi seperti-Nya Allah. Kalau Allah mempunyai lebih dari satu peribadi, maka tidak sukar memahami yang Allah Bapa telah mengutus Anak Allah, iaitu Yesus Kristus. Sebenarnya, jika ada orang yang ingin membuktikan bahawa Yesus Kristus bukanlah Allah atau Firman-Nya, mereka harus membuktikan bahawa Yesus tidak memiliki zat Allah. Jadi soalan seterusnya ialah adakah Yesus memiliki zat Allah? Marilah kita membaca Yohanes 17:1-5 untuk jawapannya. Yesus Kristus dalam Yohanes 17:1-5, ialah Allah Yohanes 17:1-5 (AVB) “1 Setelah itu, Yesus menengadah ke langit lalu berkata, "Bapa, sudah sampailah saatnya. Muliakanlah Anak-Mu, supaya Anak-Mu dapat memuliakan Bapa. 2 Engkau telah memberi Anak-Mu kekuasaan ke atas umat manusia, supaya Dia pun memberikan hidup kekal kepada setiap orang yang telah Kau serahkan kepada-Nya. 3 Inilah hidup kekal, iaitu mereka mengenal-Mu sebagai satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang Kauutus. 4 Aku telah memuliakan-Mu di bumi ini dengan menyempurnakan kerja yang Kauamanahkan kepada-Ku. 5 Bapa, muliakanlah Aku sekarang dengan kemuliaan yang Kumiliki bersama-Mu SEBELUM DUNIA INI DIWUJUDKAN.” A. Yesus Kristus mempunyai kekuasaan dan hak ke atas umat manusia. Dari Injil Yohanes 17:2 kita dapat lihat bahawa Yesus ada kekuasaan ke atas umat manusia. Hal ini sejajar dengan nubuat Nabi Daniel (Daniel 7:13-14). Yesus adalah Anak Manusia (Yohanes 3:13; Markus 2, dll) yang dinubuatkan, yang mempunyai kekuasaan dan kerajaan yang kekal abadi dan tidak akan binasa. Memanglah Yesus itu ilahi kerana hanya Allah mempunyai kekuasaan dan kerajaan yang kekal dan tidak dapat dibinasakan. B. Yesus Kristus mampu memberi hidup yang kekal kepada orang. Dari Injil Yohanes 17:2, Yesus Kristus berkuasa memberi hidup yang kekal kepada orang. Perkara ini adalah hak mutlak yang hanya dimiliki Allah sahaja. Bukan itu sahaja, Yesus Kristus juga merupakan sumber segala hidup (Yohanes 1:3; 5:21, 25-29; 6:39-40; 10:24-33). Bahkan, Yesus Kristus sendiri merupakan Hidup (Yohanes 1:4; 14:6), sesuatu kemampuan dan sifat yang hanya dimiliki Allah (Ulangan 32:39; 1 Samuel 2:6; Mazmur 95:6-8; Isaiah 43:10-13; Yehezkiel 37:12-14). C. Yesus Kristus mempunyai kemuliaan yang dimiliki Allah. Dalam Yohanes 17:5, Yesus meminta Allah Bapa memuliakanNya dengan kemuliaan yang telah Yesus miliki bersama Allah Bapa. Tidak ada satu pun ciptaan Allah yang memiliki atau mampu memiliki kemuliaan Allah. Jadi, apabila Yesus Kristus menyatakan bahawa dia mempunyai kemuliaan yang dimiliki Allah, maka sebenarnya Allah menjadi manusia. D. Yesus Kristus wujud sebelum segala diciptakan. Dalam Yohanes 17:5, Yesus memiliki kemuliaan yang sama dengan Allah sebelum dunia diwujudkan. Dengan kata lain, Yesus Kristus telah pun wujud sebelum dunia ini diwujudkan. Itu juga bermakna, Yesus bukan ciptaan, kerana dia tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran. Jadi, sebagai rumusannya: Yesus Kristus mempunyai kekuasaan ke atas umat manusia. Yesus Kristus mampu memberi hidup yang kekal kepada orang. Yesus Kristus mempunyai kemuliaan yang dimiliki Allah. Yesus Kristus wujud sebelum segalanya diciptakan. Yesus Kristus adalah Allah sendiri. Kalau golongan unitarian percaya Yohanes 17:3, haruslah mereka percaya pada Yohanes 17:1-5 juga kerana ayat-ayat ini juga telah keluar daripada mulut Yesus sendiri. Jika mereka tidak ingin mempercayainya, maka mereka hanya suka mendustakan orang dengan memetik cebisan-cebisan ayat Injil di sana sini dan sengaja memutar-belitkan ayat-ayat tersebut untuk menyokong hujah yang kosong dan yang tidak berasas. Konteks Yohanes 17 amat jelas menunjukkan bahawa Yesus Kristus itu ialah Anak Allah serta Ilahi. Jadi, haruslah kita membaca keseluruhan kandungan Alkitab dan bersikap jujur dengan isi kandungannya! Berhati-hatilah dan janganlah terpedaya dengan tafsiran ayat-ayat Alkitab yang salah. Yakinlah bahawa iman anda dalam Alkitab mempunyai asas yang kukuh. Jika anda mempunyai soalan selanjutnya, sila tulis kepada yohanes@komuniti-digital.com atau chat bersama kami dengan menekan ikon chat di bawah. https://www.komuniti-digital.com/post/salah-faham-jesus-bukan-tuhan-berdasarkan-bible-episode-2

1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page