top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (5463)
KD Post (2685)
Other Pages (619)
Komuniti Online Post (2155)
Events (4)
Filter by
Type
Category
2155 results found with an empty search
- Aku telah berkelakuan bodoh tetapi ku mahu kau KembaliIn Keluarga·30 August 2024oleh David Clarke Perkahwinan anda belum berakhir sehingga hakim memutuskan bahawa anda berdua bercerai. Jika anda telah melakukan kesilapan dalam perkahwinan, pertimbangkanlah lima perkara yang tidak boleh dibuat dan enam perkara yang boleh dibuat bila cuba mendapati semula pasangan. “Saya telah kehilangannya, Doc,” Lucas berkata. “Saya telah berkelakuan bodoh. Saya menyakitinya dengan teruk …dan dia telah putus asa terhadap hubungan kami.” Semasa kami berbincang di pejabat kaunseling saya, Lucas bersandar ke depan dan berbisik, “Dia mahu bercerai. Apa yang aku boleh buat?” “Dia memang sudah putus asa,” saya berkata. “Tetapi perkahwinan belum berakhir sehingga hakim memerintah bahawa anda berdua sudah bercerai. Saya mempunyai pelan tindakan yang memberimu peluang terbaik untuk memenanginya kembali.” Sekiranya anda telah membuat kesilapan dalam perkahwinan, pertimbangkan lima perkara ini yang tidak boleh dilakukan dan enam perkara yang boleh dilakukan semasa cuba memenangi pasanganmu. Ini adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menyakinkan pasangan untuk menghentikan proses perceraian dan sebaliknya, berusaha membaiki perkahwinan anda berdua. Saya menulis senarai ini terutamanya untuk si- suami sebab keadaan yang kerap dilihat dalam amalan kaunseling saya (dan sebab wanita memulakan lebih daripada 65 peratus kes cerai di Amerika Syarikat), prisip-prinsip ini juga boleh digunakan oleh para isteri. Perkara yang tidak boleh dibuat 1. Jangan berhenti. Saya melihat ramai lelaki yang memulakan proses sini dengan kukuh, tetapi bila menghadapi kemarahan dan penolakan berterusan dari pasangan yang dilukai, menjadi tawar hati dan berhenti. Pemberhentian adalah penghinaan muktamad kepada pasanganmu: ia menunjukkan anda tidak cukup ambil berat untuk mencuba dan ia mengesahkan keputusannya untuk memutuskan hubungan anda berdua. Teruslah berusaha sehingga si-isteri menerimamu kembali atau hakim memberi perintah perceraian. 2. Jangan cakap kepada keluarga dan kawan-kawannnya. Dalam krisis ini, kamu fikir siapakah akan mereka sebelahi? Mereka juga membencimu kerana anda mencederakan orang yang sangat mereka sayangi. Bercakap kepada mereka akan membuatmu kelihatan seperti orang kecundang yang cuba mengawal dan memanipulasi mereka untuk mendapat sokongan. 3. Jangan mendesaknya dari segi kewangan. Ramai lelaki yang berbuat demikian untuk memberi tekanan dengan harapan isteri akan menghentikan proses perceraian. Kelakuan ini amatlah bodoh. Dengan mengancam keselamatan and keselesaannya, anda mengukuhkan perasaannya yang anda tidak mencintainya. Anda akan menyebabkannya memperhebatkan usaha menjauhi diri darimu. Berikannya akses lengkap dan tak bersyarat kepada akaun-akaun bank anda. Jangan cuba membatalkan kad-kad kreditnya atau mengurangkan had perbelanjaan kad tersebut. Bayar semua bil yang merupakan tanggungjawab anda – dan bil-bil lain juga. 4. Jangan ‘kejar’ dia. Jangan hantar bunga, manisan atau apa-apa hadiah. Jangan ajaknya berpacaran. Jangan kata, “Aku cinta padamu”(melainkan satu kali dalam surat yang akan dihuraikan di bawah rencana ini.) Jangan tanya, “Adakah kau cinta padaku?” Jangan sentuhnya. Jangan cuba memujuknya berbincang tentang hubungan anda berdua. Jangan mengajaknya berbincang tentang apa-apa! Anda telah hilang hak berbincang dengannya tentang apa-apa perkara melainkan anak-anak, isu kewangan dan kecemasan. Jika dia menghubungimu dan mahu berbincang, OK. Tetapi biarlah dia yang memulakan proses komunikasi. 5. Jangan mendesak mendapat kaunseling pasangan. Sebelum dia mempertimbangkan mendapat kaunseling pasangan, dia mesti melihat perubahan ketara dalam peribadi-mu. Anda sendiri akan berjumpa dengan kaunselor sekurang-kurangnya selama tiga bulan. Kamu perlu jadi sihat dari segi rohani dan emosi – dan buktikan kepadanya. Buat tawaran untuk membayar kos kaunseling perseorangan supaya dia dapat pulih dari luka yang disebabkan oleh tindakanmu. Jika dia percaya anda telah benar-benar berubah, dia mungkin bebas memilih untuk mendapat kaunseling pasangan. Perkara yang mesti dibuat Lima perkara pertama yang anda mesti lakukan terkandung dalam surat kepada pasanganmu. Surat ini mesti segera dihantar. Ia boleh ditulis dengan tangan atau dicetak, tetapi ia mesti dirakamkan atas kertas dan dihantar dengan pos biasa. Surat ini menggambarkan dengan jelas kerja yang akan anda lakukan dalam tempoh tiga bulan yang akan datang. Ia menyatakan lima pesanan utama (Perkara yang mesti dibuat): “Saya harus dipersalahkan”, “Saya akan memberi ruang kepadamu”, “Aku berusaha mencapai kemajuan dalam peribadi-ku”, “Saya akan merapatkan hubungan saya dengan Tuhan” dan “Saya merancang memenangi hatiku kembali”. Anda boleh membuat beberapa pindaan kepada contoh berikut supaya ia sesuai dengan keadaanmu (terutamanya jika anda merupakan si-isteri yang bersalah). Sayang ____[Nama]____ Pertama sekali, saya telah melakukan kesalahan terhadap anda dan anak-anak kita. Saya telah melukai-mu dengan teruk dan saya tiada alasan untuk perbuatan ini. Saya tidak menyalahkan kau kerana mahu memutuskan hubungan kita. Kedua, saya akan memberi ruang kepada anda. Kamu perlu masa untuk pulih dari luka yang diakibatkan perbuatanku. Kehadiranku hanya akan mendatangkan lebih banyak kepedihan kepadamu. Oleh demikian, saya akan berpindah keluar rumah secepat mungkin. Saya akan berhubung dengan anda tentang anak-anak, hal kewangan dan kecemasan. Saya minta bahawa kita membentuk jadual untuk saya melawat anak-anak. Saya akan cuba sedaya upaya menyokongmu dan anak-anak dari segi kewangan. Ketiga, saya akan secara rutin berjumpa dengan seorang kaunselor selama tempoh tiga bulan yang akan datang untuk berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan masalahku. Saya perlu tahu kenapa saya melayani-mu dengan buruk – dan menyelesaikan punca masalah. Tidak kira apa keputusan anda buat tentang hubungan kita, saya akan berubah. Saya akan berubah. Saya tahun anda tidak percaya. Ia akan memakan masa – masa yang lama – untuk membuktikannya. Keempat, saya akan merapatkan hubungan dengan Tuhan. Saya akan menghadiri suatu tempat beribadat setiap minggu. Saya hanya boleh berubah perangai dengan bantuan kuasa Tuhan. Akhir sekali, setelah saya sembuh dan menjalani proses pemulihan, saya akan cuba sedaya upaya memenangi hati anda kembali. Walau saya tidak menunjukkannya – perbuatanku menunjukkan keadaan sebaliknya – saya memang mencintaimu dan mahu bersama denganmu. Yang ikhlas ____[Nama Anda_____ 6. Hubungi Dia. Selepas tiga bulan memberi si-isteri ruang dan mendapat kaunseling, sudah sampai masanya untuk berhubung dengannya. Mintakan kawan baik, yang kenal anda berdua, menghubunginya. Orang ini akan melaporkan tentang kemajuan anda, dan berkongsi tentang perubahan yang anda lakukan, mendapat tahu tentang proses pemulihan si-isteri dan bertanya sama ada dia bersedia berbincang tentang kaunseling pasangan. Jika dia belum bersedia, kawan ini akan memintanya berhubung dengannya bila si-isteri bersedia. Terus berikan ruang kepada si-isteri dan berusaha mencapai kemajuan dalam proses perubahan anda. Berita buruk – anda sudah kehilangan pasang dan perlukan mukjizat untuk mendapatinya kembali. Berita baik – Tuhan melakukan mukjizat. Tiada jaminan rancangan saya akan berjaya. Tetapi, di depan Tuhan, si-isteri dan anak-anak, anda akan tahu bahawa anda telah cuba sedaya upaya menyelamatkan perkahwinan anda. © 2018 David E. Clarke Semua hak terpelihara. Digunakan dengan izin1311
- KeselamatanIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·23 April 20232233395
- SuccessIn Inspirasi & Renungan·11 August 2023244162
- The Lord’s PrayerIn Inspirasi & Renungan·10 May 2023233128
- Make room cover by Calvin EmanueelIn Pujian & Penyembahan·16 October 2023Actually lama jugak saya dalam bidang nyanyian dan selalu belajar kelas vocal tapi saya teringin sangat nak ada lagu sendiri tapi tak ada ideal nak tulis apa..32857
- Renungan Kisah Ular dan GergajiIn Inspirasi & Renungan·20 August 2021Seekor ular masuk ke kedai Pertukangan (Hardware). Ketika ia merayap ke hujung tepi ruangan, ular itu menyenggol sebuah gergaji dan sedikit melukai dirinya sendiri.Pada saat itu, dia berbalik lalu menggigit gergaji itu hingga mulutnya terluka. Kemudian, tanpa memahami apa yang terjadi padanya dan berfikir bahwa gergaji itu menyerangnya.Ular itu memutuskan untuk melilit gergaji, semakin kuat ia melilit, semakin ia terluka parah.. Saudaraku...!! Terkadang kita meluapkan amarah, berfikir untuk menyakiti orang yang telah menyakiti kita, tetapi sebenarnya kita menyakiti diri sendiri.Tak perlu menanggapi setiap ucapan yang menyakitkan, belajar sabar untuk tidak membalas. Bila kita berada pada posisi yang benar, orang yang memusuhi kita akan jatuh dan menelan kata-katanya sendiri, kerana pembalasan bukan MILIK kita tetapi milik Tuhan. Alkitab ada berkata dalam Roma 12 : 17 - Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan;j lakukanlah apa yang baik bagi semua orang! Tuhan Memberkati. #Berbagi berkatsetiap hari.717250
- Kristus di Pulau Carey 1In Kesaksian·11 July 2021Pada waktu mula-mulanya ke Pulau Carey, kami dijemput ke rumah pak Chita untuk belajar tentang Yesus. Rumahnya dibuat dari papan lapis terpakai, bertiang batang bakau dan beratap daun nipah. Belum adanya bekalan elektrik di kampong itu pada ketika itu. Kami menjamu Firman Tuhan di serambi rumah pak Chita bersama anak-anak,cucu dan cicitnya. Firman Tuhan yang kami dengar petang itu dari injil Markus 4:35-41; Yesus redakan badai. Saya memohon mereka hafal dan ingatkan kisah itu, kongsikan dengan yang lain, dan kami akan imbas kembali pelajaran tersebut dalam minggu yang akan datang. Pada hakikatnya, saya sangsi sama ada akan diperlakukan. Minggu kemudiannya apabila saya tanyakan sekiranya adakah mereka ingat lagi pelajaran minggu lepas, dan pak Chita dengan senyumnya berikan kesaksiannya. Kesaksian Chita: “Beberapa hari lepas, saya dengan isteri saya menaiki perahu dan ke laut untuk mencari rezeki dengan menjaring ikan. Cuma dua ekor ikan tak seberapa besar hasil titik peluh kami. Cuaca mulai mendung dengan angin dan ombak kuat melanda kami, hujan lebat mengisi perahu dan saya tak nampak lagi persisiran pantai untuk dapatkan teduh. Saya terfikir mungkin hari ini saya dan isteri saya sudah sampai ajal. Tapi saya teringat pelajaran minggu lepas dan saya berdoa pada Tuhan Yesus, lalu mengucapkan supaya dalam nama Yesus rebut badai akan reda. Dengan itu, Chita henti bercerita dan senyum. Saya : Apa yang berlaku selepas itu pak? ( Jantung saya laju berdegupan) Chita : Ribut tu redalah! Laut jadi tenang dan saya dapat nampak jeti kampong saya. Bila sampai ke jeti, peraih ikan Cina ada menunggu saya walaupun dah senja. Dia belikan dua ekor ikan kecil hasil tangkapan saya tu dengan harga RM100. Tuhan selamatkan kita serta sampaikan rezeki …. katanya bersenyum dengan kenampakan gusinya .” Saya teramat kagum sekali mendengarkan kesaksian firman Tuhan beraksi hidup zaman kini dan bukan setakat tertulis sahaja. Sewaktu kami semua bersekutu memuji Tuhan, Roh Kudus berbisik di hati saya dengan ayat penghujung pelajaran tersebut: Yesus berkata pada murid Nya “Mengapa kamu begitu takut/sangsi? Mengapa masih belum percaya? Tuhan Yesus adalah Firman hidup dahulu, kini dan selamanya…... tak akan berubah.9760
- Kesaksian di sebalik "Quill-flags"In Tarian Profetik & Seni Kreatif·22 July 2021Saya dilahirkan dalam keluarga Kristen di mana saya terlibat dalam pelayanan tarian sejak kecil lagi. Tapi, pada suatu hari ketika saya berdiam diri masa satu ibadah konfensi muda-mudi di Kuala Lumpur di mana satu mujizat telah terjadi kepada diri saya sendiri. Sebelum itu doktor telah memeriksa saya dan memberi masa dua minggu untuk persedian pembedahan dalam bahagian rahim saya. Tapi mujizat telah terjadi, Penyakit saya Di sembuhkan dan saya tidak perlu lagi melakukan pembedahan. Dan pada masa itu, ketika proses Pemulihan itu terjadi apa yang saya lihat ada lah satu pergerakan yang berwarna-warni seperti merah, hijau, biru, unggu, putih, oren, perak dan emas. Saya sangat teruja dan Saya pasti ini ada lah satu pergerakan.. Tapi apa kah bergerakan itu? Dan saya muka mengkaji tentang penglihatan itu. Saya mula belajar tentang pergerakan tarian secara spontan. Saya mula menyembah dan membiarkan tangan, badan dan kaki saya bergerak secara spontan tanpa mengikut corak-corak tarian yang saya pernah belajar. Saya belajar membiarkan Roh Kudus membimbing saya. Tapi asas tarian sangat penting untuk mendisplinkan pergerakan kita, saya selalu meningkatkan kawan sepelayanan saya.. "We can allow Holy Spirit to lead our movement, but Holy Spirit is always in control." Dia tidak akan membiarkan kan kita menari tanpa mengawal pergerakan kita. Tapi pergerakan tangan, badan tidak cukup. Dalam diri saya masih kosong apabila saya teringat penglihatan saya tentang warna-warni yang saya lihat apabila mujizat penyembuhan terjadi kepada diri saya. Saya mula mengangkat tangan saya dan saya dapat merasakan tidak cukup lagi. Saya betul-betul ingin kan sesuatu yang boleh panjang kan tangan saya supaya saya dapat merasakan kepuasan menyentuh hati Bapa. Dan masa itu saya terpegang satu selendang dan saya mula bergerak dan menari menyembah Bapa. Dan masa itu saya benar sudah masuk ke dalam ruang yang maha Kudus. Saya berhadapan dengan bapa dan menyembah Dia. Tuhan memberi inspirasi saya tentang panji-panji dan "Quill-flags". Pada masa itu, saya bertanya kepada Tuhan. Apa yang saya perlu buat? Saya merasakan Tuhan menyuruh saya membuka tangan saya. Dan komunikasi saya bersama dengan Dia pada masa itu kelihatan sangat lucu. Tuhan, saya seorang pereka grafik dan cuma boleh melukis di komputer. Mana mungkin saya boleh menjahit? Dan di mana saya boleh mencari bahan-bahan yang d perlukan? Dan Tuhan cuma berbicara dengan sangat biasa. Ikut saya dan saya akan pimpin. Dan Puji Tuhan saya boleh membentuk sebuah Alat tarian yang di panggil Quill-flags. Dan terus terang saya kata kan di sini. Saya cuma boleh menjahit bendera dan alat2 yang ada kaitan dengan tarian saja. Saya dapat merasakan bahawa Tuhan menghendaki umatNya menyembah Nya dengan cara keunikan kita sendiri. Dan saya juga dapat merasakan kekuatan dalam tarian megunakan Quill-flags adalah dalam bentuk bebas. Di mana semua sel-sel dalam badan kita bebas memuji Tuhan di saat kita bergerak dan menari dengan bendera atau pun Quill-flags. Iis NewMoveMyTeam114186
- Sebab Engkau BesertakuIn Kesaksian·20 July 2021Berapa bulan lalu, saya bercerita panjang dengan seorang teman seperjuangan NPC stage 2 tentang pengalaman ketika dia melalui rawatan. Dua bulan lebih dia tinggal di hospital, oleh kerana tertekan, dia pernah mengamuk menghalau doktor ketika doktor datang ke katilnya. Hari yang ke-14 dia mahu balik, tidak mahu teruskan rawatan. Isterinya terpaksa ugut dia, jika tidak mahu teruskan rawatan mahu diceraikan(ugutan sayang). Oleh kerana tidak mampu menelan makanan atau minuman, 3 kali dia melalui proses memasukkan tiub(untuk minum susu) melalui hidung sampai berdarah-darah hidungnya. Oh.....tidak mudah‼️ Sebelum memulai rawatan, perkara yang paling saya takuti adalah kesan sampingan yang teruk. Terutamanya apabila mendengar pengalaman teman seperjuangan seperti terpaksa masuk tiub kerana tidak boleh menelan apapun(air liur pun susah ditelan) kerana kesan radiotherapy. Begitu juga ada mengalami tabiat tidur yang tidak normal, seperti terpaksa tidur duduk dan banyak lagi kesan sampingan yang membuat takut untuk melakukan rawatan. Apabila saya bandingkan dengan pengalaman dia, saya sangat bersyukur tidak seteruk seperti yangg teman-teman lalui. Saat melalui rawatan, semangat juang dari Roh Kudus sangat nyata. Mazmur 91:1-16 menjadi sandaran iman dalam doa, terutamanya...Walau seribu orang rebah di sisimu, dan sepuluh ribu di sebelah kananmu, tetapi itu tidak akan menimpamu. Hati saya dikuatan, Firman Tuhan ini akan berkerja, pengalaman orang yang membuat hati gentar tidak akan terjadi kepada saya. Begitu juga banyak lagi Firman Tuhan sangat nyata terjadi ketika melalui lembah kekelaman, kerana gada-Mu dan tongkat-Mu, itulah yang menghibur aku. . Terima kasih semua untuk doa, support. Tuhan Pasti Memberkati.8785
- Kedahsyatan alat media bagi Tuhan.In Kesaksian·20 August 2021Puji Tuhan, 2 (Roslin Izzunuana & Rezaril Azrai) jiwa telah diselamatkan dan terima Yesus sebagai Juruselamat hanya dilakukan melalui media TELEGRAM secara online. Semua untuk kemuliaan Kristus.9426
- Markus 1: 1-8In Inspirasi & Renungan·18 July 2021Injil Markus di tulis oleh John Mark, pengiring Paulus waktu dia mulai misinya ke Asia Minor. Tujuan Markus tulis cerita ini bertujuan memperkenalkan Yesus Kristus. Cerita ini ialah usaha satu orang , John Mark, untuk beritahu pembaca- pembaca siapa dia Yesus Kristus. Dari 8 ayat ini kita dapat tahu Yesus Kristus didahului oleh Yohanes Pembaptis. Peranan Yohanes Pembaptis ialah sediakan jalan untuk Yesus Kristus. Kadang kadang di highway, sedang kita memandu, tiba-tiba bunyi siren dan polis atas motosikal datang dan panggil kereta pergi tepi dan jalan perlahan. Beberapa minit kemudian, datang kereta VIP. Yohanes ialah polis itu. Tetapi dia bukan suruh orang ke tepi. Dia seru kepada orang bertaubat dan membaptis mereka. Yohanes sediakan jalan untuk seorang VIP. VIP itu ialah Yesus Kristus, Anak Allah, iaitu Allah menjadi manusia. Yesus Kristus manusia tetapi dia bukan manusia yang biasa. Dia mengenapi nubuat oleh Nabi Yesaya. (Markus 1: 2 , 3) Yohanes ialah nabi Perjanjian Lama yang akhir. Dia maklum kepada kita 2021 tahun dahulu bahawa Allah sebagai Yesus Kristus sudah pijak tanah Israel. Ada applikasi untuk kita. Orang Kristian mempunyai satu Alkitab. Dan satu Alkitab itu mempunyai dua perjanjian - Perjanjian Lama (PL) dan Perjanjian Baru (PB). Apa yang dinubuatkan dalam PL digenapi dalam PB. Jadi kita mesti tahu PL dan PB. Jangan baca PB sahaja. Banyak ajaran PB datang dari PL. Ini tidak hairan kerana penulis buku-buku PB seperti Yohanes, Paulus dan Petrus ialah orang Yahudi. Dan mereka punya Alkitab ialah PL. Misalannya Markus 12: 30,31 berasal dari Ulangan 6 :4, 5 Dengarlah, wahai Israel! Tuhan ialah Allah kita. Tuhan itu esa. 5 Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dan dengan sepenuh kekuatanmu. Dan Imamat 19:18 Jangan membalas dendam ataupun berdendam kepada sesiapa antara umat sebangsamu, tetapi sebaliknya, kasihilah sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri. Akulah Tuhan. Yesus sememangnya adalah VIP bahkan dia adalah Anak Allah - Allah menjadi manusia. Kita harus tahu bahawa timeline sejarah dunia di bahagi kepada dua zaman , iaitu zaman sebelum Yesus Kristus dan zaman lepas Yesus atau tahun-tahun Masihi. Dalam Bahasa Inggeris BCE (Before Common Era) dan CE (Common Era). Dahulu kita pakai BC (Before Christ) dan AD. (Anno Domini = In the Year of our Lord). 2021 tahun dahulu Yesus Kristus pijak tanah Israel. Yesus Kristus lebih dari VIP - dia adalah Anak Allah. Yohanes maklum kita dalam ayat 8 bahawa Yesus Kristus akan membaptis kita dengan Ruh Kudus. Ini maklumat penting. Applikasi kepada kita hari ini ialah kita harus tahu kita ialah orang yang di liputi olek Roh Kudus. Dalam PL, Ruhu Kudus hanya mengurapi orang- orang tertentu saperti Nabi dan Hakim. (Gideon, Othniel, Yezekiel dll). Hari ini umat Keristian ialah orang yang bertaubat dan menerima Yesus Kristus punya kematian atas salib sebagai bayaran untuk dosa mereka. Yesus Kristus bukan sahaja mati untuk kita punya dosa dan bangkit dari maut, dia juga memberi Roh Kudus kepada kita. Kita orang yang percaya diberi Roh Kudus hidup dalam diri kita. Ruh Kudus lah yang transformasi hati dan jiwa dan minda kita kita supaya kita menjadi manusia yang baru. Kalau seorang tidak mempunyai Ruh Kudus, dia bukan milik Kristus (Roma 8: 9Tetapi kamu dikawal bukan oleh sifat tabii yang berdosa tetapi oleh Roh, jika Roh Allah hidup dalam dirimu. Dan jika seseorang tidak ada Roh Kristus, dia bukanlah milik Kristus.) Aplikasi untuk kita ialah kita harus hidup menurut Roh Kudus. Sekian renungan harian.610150
- TETAPLAH BERSYUKURIn Kehidupan Kristian·18 August 2021Mengingat kebaikan Tuhan sepanjang hari ini dengan mengucapkan SYUKUR dan sentiasa pegang janji Tuhan! Jiwa yang BERSYUKUR, akan tetap tenang bahkan di atas MASALAH DAN PENDERITAAN sekalipun.. Dan segala sesuatu yang kamu lakukan dengan perkataan atau perbuatan, lakukanlah semuanya itu dalam nama Tuhan Yesus, sambil mengucap syukur oleh Dia kepada Allah, Bapa kita. – Kolose 3:17 Mengucap syukurlah dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki Allah di dalam Kristus Yesus bagi kamu. – 1 Tesalonika 5:18 Ingat KasihNya ingat kebaikanNya Bersyukurlah karena kita masih dapat menghirup oksigen dengan percuma, sedang ada orang yg harus membayar mahal utk mendapatkannya, bersyukurlah kita dapat menang atas penyakit, sedang masih banyak yg masih terbaring menantikan pemulihannya. bersyukurlah untuk kesulitan dan pencobaan2 yg kita hadapi karena kita sdg dilatih untuk mengandalkan Tuhan, Mari kita belajar terus bersyukur untuk segala hal agar kita tetap kuat dan tegar💕🌺💪🙏🙏 Tuhan memberkati selalu!7763
bottom of page