Injil Markus di tulis oleh John Mark, pengiring Paulus waktu dia mulai misinya ke Asia Minor. Tujuan Markus tulis cerita ini bertujuan memperkenalkan Yesus Kristus. Cerita ini ialah usaha satu orang , John Mark, untuk beritahu pembaca- pembaca siapa dia Yesus Kristus.
Dari 8 ayat ini kita dapat tahu Yesus Kristus didahului oleh Yohanes Pembaptis. Peranan Yohanes Pembaptis ialah sediakan jalan untuk Yesus Kristus. Kadang kadang di highway, sedang kita memandu, tiba-tiba bunyi siren dan polis atas motosikal datang dan panggil kereta pergi tepi dan jalan perlahan. Beberapa minit kemudian, datang kereta VIP.
Yohanes ialah polis itu. Tetapi dia bukan suruh orang ke tepi. Dia seru kepada orang bertaubat dan membaptis mereka. Yohanes sediakan jalan untuk seorang VIP. VIP itu ialah Yesus Kristus, Anak Allah, iaitu Allah menjadi manusia.
Yesus Kristus manusia tetapi dia bukan manusia yang biasa. Dia mengenapi nubuat oleh Nabi Yesaya. (Markus 1: 2 , 3) Yohanes ialah nabi Perjanjian Lama yang akhir. Dia maklum kepada kita 2021 tahun dahulu bahawa Allah sebagai Yesus Kristus sudah pijak tanah Israel. Ada applikasi untuk kita. Orang Kristian mempunyai satu Alkitab. Dan satu Alkitab itu mempunyai dua perjanjian - Perjanjian Lama (PL) dan Perjanjian Baru (PB). Apa yang dinubuatkan dalam PL digenapi dalam PB. Jadi kita mesti tahu PL dan PB. Jangan baca PB sahaja. Banyak ajaran PB datang dari PL. Ini tidak hairan kerana penulis buku-buku PB seperti Yohanes, Paulus dan Petrus ialah orang Yahudi. Dan mereka punya Alkitab ialah PL. Misalannya Markus 12: 30,31 berasal dari Ulangan 6 :4, 5 Dengarlah, wahai Israel! Tuhan ialah Allah kita. Tuhan itu esa. 5 Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dan dengan sepenuh kekuatanmu. Dan Imamat 19:18 Jangan membalas dendam ataupun berdendam kepada sesiapa antara umat sebangsamu, tetapi sebaliknya, kasihilah sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri. Akulah Tuhan.
Yesus sememangnya adalah VIP bahkan dia adalah Anak Allah - Allah menjadi manusia. Kita harus tahu bahawa timeline sejarah dunia di bahagi kepada dua zaman , iaitu zaman sebelum Yesus Kristus dan zaman lepas Yesus atau tahun-tahun Masihi. Dalam Bahasa Inggeris BCE (Before Common Era) dan CE (Common Era). Dahulu kita pakai BC (Before Christ) dan AD. (Anno Domini = In the Year of our Lord). 2021 tahun dahulu Yesus Kristus pijak tanah Israel. Yesus Kristus lebih dari VIP - dia adalah Anak Allah.
Yohanes maklum kita dalam ayat 8 bahawa Yesus Kristus akan membaptis kita dengan Ruh Kudus. Ini maklumat penting. Applikasi kepada kita hari ini ialah kita harus tahu kita ialah orang yang di liputi olek Roh Kudus. Dalam PL, Ruhu Kudus hanya mengurapi orang- orang tertentu saperti Nabi dan Hakim. (Gideon, Othniel, Yezekiel dll). Hari ini umat Keristian ialah orang yang bertaubat dan menerima Yesus Kristus punya kematian atas salib sebagai bayaran untuk dosa mereka. Yesus Kristus bukan sahaja mati untuk kita punya dosa dan bangkit dari maut, dia juga memberi Roh Kudus kepada kita. Kita orang yang percaya diberi Roh Kudus hidup dalam diri kita. Ruh Kudus lah yang transformasi hati dan jiwa dan minda kita kita supaya kita menjadi manusia yang baru. Kalau seorang tidak mempunyai Ruh Kudus, dia bukan milik Kristus (Roma 8: 9Tetapi kamu dikawal bukan oleh sifat tabii yang berdosa tetapi oleh Roh, jika Roh Allah hidup dalam dirimu. Dan jika seseorang tidak ada Roh Kristus, dia bukanlah milik Kristus.) Aplikasi untuk kita ialah kita harus hidup menurut Roh Kudus.
Sekian renungan harian.
Amen..Amen
🙌🙌
puji Tuhan, kedatangan Yesus ke dunia ini bukanlah merupakan kebetulan. kedatangan Yesus sudah awal-awal lagi telah dinubuatkan oleh para nabi-nabi Tuhan di dalam Perjanjian Lama lagi. justeru, baik Perjanjian Lama mahupun Perjanjian Baru, semuanya saling berkait. kita tidak boleh menolaknya. bahkan Yesus telah berpesan bahawa Dia datang untuk menggenapisemua yang telah tertulis. luar biasa Yesus, tidak seperti pengajar-pengajar agama dunia ini. hallelujah.
Thank you untuk renungannya! God bless!
amen
Amen & amen
Puji Tuhan
amen
Wow Pujian Tuhan