Support Us
Support Us
Cari
2692 results found with an empty search
- Terdapatkah pengampunan?
Terdapatkah pengampunan? Bagaimanakah saya menerima pengampunan daripada Tuhan? Kisah Rasul-Rasul 13:38 mengatakan, “Oleh itu, saudara-saudara, ketahuilah bahawa melalui Yesus berita tentang pengampunan dosa sudah disampaikan kepada saudara semua.” Apakah itu pengampunan dan mengapakah saya memerlukannya? Perkataan “ampun” bermakna melupakan segala yang lepas, memaafkan, membatalkan hutang. Apabila kita melakukan kesalahan ke atas orang, kita meminta maaf supaya hubungan dengannya dapat dipulihkan. Pengampunan bukan diberikan atas sebab seseorang itu berhak untuk dimaafkan. Tiada sesiapa pun berhak untuk dimaafkan. Pengampunan adalah satu tindakan kasih sayang, belas kasihan dan rahmat. Pengampunan adalah satu keputusan untuk tidak berdendam terhadap seseorang, tanpa mengambil kira apa yang mereka telah lakukan terhadap anda. Alkitab memberitahu kita bahawa kita semua memerlukan pengampunan daripada Tuhan. Kita semua telah berdosa. Pengkhutbah 7:20 menyatakan, “Di bumi tiada seorang pun yang selalu berbuat baik dan tidak pernah melakukan kesalahan.” 1 Yohanes 1:8 menyatakan, “Jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa, kita menipu diri sendiri dan Allah tidak ada di dalam kita.” Semua dosa adalah perbuatan menentang Tuhan (Mazmur 51:4). Akibatnya, kita amat memerlukan pengampunan Tuhan. Jika dosa kita tidak diampuni, kita akan menderita selama-lamanya disebabkan oleh dosa kita (Matius 25:46; Yohanes 3:36). Pengampunan – Bagaimanakah saya mendapatnya? Bersyukurlah, Tuhan yang penyayang dan pemurah – ingin sekali mengampuni dosa kita! 2 Petrus 3:9 memberitahu kita, “Tuhan tidak terlambat untuk melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya, meskipun beberapa orang berfikir demikian. Sebaliknya, Dia sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa.” Tuhan berhasrat untuk memaafkan kita, oleh itu Dia menyediakan pengampunan untuk kita. Hanya satu hukuman yang adil ke atas dosa kita iaitu kematian. Bahagian separuh pertama Roma 6:23 menyatakan, “Kematian adalah upah dosa…” Kematian abadi adalah upah yang kita terima akibat daripada dosa kita. Tuhan, di dalam rancangan sempurna-Nya, menjadi seorang manusia –Yesus Kristus (Yohanes 1:1,14). Yesus mati di atas salib, memikul hukuman mati bagi pihak kita. 2 Korintus 5 :21 mengajar kita, “Kristus tidak berdosa, tetapi demi kebaikan kita, Allah meletakkan dosa kita pada Dia. Dengan demikian kita berbaik semula dengan Allah, apabila kita bersatu dengan Kristus.” Yesus mati di atas salib, memikul hukuman kita yang sepatutnya kita terima! Sebagai Tuhan, kematian Yesus memberikan pengampunan dosa bagi seluruh dunia. 1 Yohanes 2:2 memaklumkan, “Melalui Kristuslah dosa kita diampunkan, dan bukannya dosa kita sahaja, tetapi juga dosa semua orang.” Yesus bangkit daripada kematian, mengumumkan kemenangan-Nya mengatasi dosa dan kematian (1 Korintus 15:1-28). Puji Tuhan, melalui kematian dan kebangkitan Yesus Kristus, bahagian separuh kedua Roma 6:23 adalah benar, “…tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.” Adakah anda inginkan dosa anda diampuni? Adakah anda sentiasa mempunyai rasa bersalah yang tidak dapat diatasi? Pengampunan bagi dosa anda tersedia jika anda meletakkan kepercayaan anda kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat anda. Efesus 1:7 menyatakan, “Hal itu demikian, kerana dengan kematian Kristus kita dibebaskan; maknanya Allah sudah mengampunkan dosa kita. Alangkah mulianya rahmat Allah.” Yesus telah membayar hutang kita supaya kita dapat diampuni. Apa yang anda perlu buat adalah meminta Tuhan untuk mengampuni anda melalui Yesus, percaya Yesus mati untuk membayar harga pengampunan bagi anda – maka Tuhan akan mengampuni anda! Yohanes 3:16-17 mengandungi berita yang mengagumkan ini, “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. Allah mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya.” Pengampunan – Betulkah begitu senang sahaja? Ya, begitu senang sahaja! Anda tidak dapat melakukan apa-apa untuk mendapatkan pengampunan daripada Tuhan. Anda tidak dapat membayar untuk mendapatkan pengampunan daripada Tuhan. Anda hanya boleh menerimanya, dengan iman, melalui rahmat dan belas kasihan Tuhan. Jika anda hendak menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat anda dan menerima pengampunan daripada Tuhan, berikut adalah doa yang anda boleh lafazkan. Melafazkan doa ini atau doa-doa lain tidak dapat menyelamatkan anda. Hanya kepercayaan kepada Yesus Kristus yang boleh memberikan pengampunan dosa. Doa ini hanyalah satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepada Tuhan bahawa anda percaya kepada-Nya dan berterima kasih kepada-Nya kerana menyediakan pengampunan kepada anda. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui kepercayaan ke atas Dia. Saya meletakkan kepercayaan saya kepada Kamu untuk mendapat penyelamatan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu yang mengagumkan! Amin!" Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah. petikan dari www.gotquestions.com
- Apakah Melancap Itu Dosa?
Kitab Injil tidak menerangkan dengan jelas tentang melancap dan juga tidak mengatakan bahawa melancap ialah satu dosa. Bukan susah untuk kita mempertimbangkan samada melancap itu suatu dosa. Melancap adalah akibat fikiran yang lucah, stimulasi seks dan/atau imej lucah. Semua ini adalah masalah yang patut diselesaikan. Jika masalah nafsu lucah dan pornografi dapat diselesaikan, maka masalah melancap akan dapat diatasi juga. Kitab Injil menasihati kita supaya mengelakkan kejatuhan akhlak yang berkaitan dengan seks (Efesus 5:3). Tidak mungkin melancap boleh lulus ujian itu. Adakah sesuatu perbuatan itu merupakan dosa atau tidak boleh diketahui apabila kamu bertanya kepada diri sendiri samada kamu sudi memberitahu orang lain bahawa kamu telah melakukannya? Jika kamu berasa malu maka perbuatan itu besar kemungkinan ialah dosa. Satu cara lain yang boleh menentukan jawapan ini adalah apabila kamu bertanya dengan jujur samada Tuhan akan bersetuju dengan perbuatan kamu itu? Tidak mungkin melancap ialah suatu perbuatan yang boleh kita banggakan dan berterima kasih kepada Tuhan kerananya. Kitab Injil mengajar kita, “Apa sahaja yang kamu lakukan, sama ada makan ataupun minum, lakukanlah semuanya untuk memuliakan Allah.”(1 Korintus 10:31). Jika tiada alasan menunjukkan sesuatu perbuatan itu boleh memuaskan Tuhan maka perbuatan itu patut dihentikan. Melancap dengan ketara tidak memberi kemuliaan kepada Tuhan. “Perbuatan orang itu tidak berdasarkan keyakinan bahawa apa yang dilakukannya itu benar. Perbuatan seperti itu dosa.” (Roma 14:23). Mengikut ajaran Kitab Injil, tidak ada alasan melancap boleh memuliakan Tuhan. Kita perlu ingat bahawa badan dan roh kita telah ditebus oleh Tuhan dan dimiliki oleh Tuhan. “Kamu tentu tahu bahawa tubuh kamu itu tempat kediaman Roh Allah. Roh itu tinggal di dalam kamu, dan Allah sendiri yang mengurniakan Roh itu kepada kamu. Diri kamu bukanlah milik kamu, tetapi milik Allah. Kamu sudah dibeli oleh Allah dan harganya sudah dibayar lunas. Oleh itu, gunakanlah tubuh kamu untuk memuliakan Allah.” (1 Korintus 6:19-20). Kebenaran ini harus menjadi panduan cara kita menggunakan badan kita. Jadi, mengikut prinsipal ini, dengan yakin saya katakan bahawa melancap ialah dosa. Saya tidak percaya melancap boleh memuliakan Tuhan ataupun tidak bercanggah dengan hukum akhlak atau lulus ujian Tuhan yang mempunyai ketuanan ke atas badan kita.
- Apakah maknanya menerima Yesus sebagai Penyelamat peribadi anda?
Sudahkah anda menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat peribadi anda? Untuk memahami soalan ini dengan tepat, pertama sekali anda mesti faham makna “Yesus Kristus”, “peribadi” dan “Penyelamat”. Siapanya Yesus Kristus? Ramai orang menganggap Yesus Kristus sebagai seorang manusia yang baik, seorang guru yang ulung, atau salah seorang Nabi Tuhan. Semua ini memang betul mengenai Yesus tetapi keterangan ini tidak menjelas secara lengkap siapa Dia sebenarnya. Alkitab memberitahu kita bahawa Yesus ialah Tuhan dalam badan manusia, Tuhan dalam bentuk manusia (lihat Yohanes 1:1,14). Tuhan datang ke dunia untuk mengajar kita, mengubati kita, memperbetulkan kita, mengampuni kita – dan mati untuk kita! Yesus Kristus ialah Tuhan, Pencipta, Tuhan yang berdaulat. Sudahkah anda menerima Yesus ini? Apakah itu Penyelamat dan mengapakah kita perlukan Penyelamat? Alkitab memberitahu kita bahawa kita semua telah berdosa, kita semua melakukan kejahatan (Roma 3:10-18). Akibat daripada dosa-dosa kita, kita patut menerima kemurkaan dan pengadilan Tuhan. Pengadilan yang sepadan dengan dosa yang dilakukan terhadap Tuhan yang tak terbatas dan abadi adalah hukuman yang tiada penghabisan (Roma 6:23; Wahyu 20:11-15). Inilah sebabnya kita memerlukan Penyelamat! Yesus Kristus datang ke dunia dan mati untuk kita. Kematian Yesus adalah tebusan tidak terhingga bagi dosa kita (2 Korintus 5:21). Yesus mati untuk menanggung dosa kita (Roma 5:8). Yesus membayar harga itu supaya kita tidak perlu membayar lagi. Kebangkitan Yesus daripada kematian membuktikan kematian-Nya cukup untuk membayar denda dosa kita. Oleh itu, Yesus ialah satu-satunya Penyelamat yang tunggal (Yohanes 14:6; Kisah Rasul-Rasul 4:12)! Adakah anda yakin terhadap Yesus sebagai Penyelamat anda? Adakah Yesus Penyelamat “peribadi” anda? Ramai orang menganggap agama Kristian adalah hanya menghadiri gereja, mengamalkan upacara agama, dan/atau tidak berbuat jahat. Semua ini bukan agama Kristian yang sebenar. Agama Kristian yang benar ialah hubungan peribadi dengan Yesus Kristus. Menerima Yesus sebagai Penyelamat anda bermakna meletakkan kepercayaan dan keyakinan anda pada Yesus. Tiada sesiapa yang boleh diselamatkan melalui kepercayaan seseorang. Tiada sesiapa boleh diampuni dengan melakukan sesuatu. Hanya terdapat satu cara anda boleh diselamatkan iaitu menerima Yesus sebagai Penyelamat peribadi anda, percaya bahawa kematian-Nya sebagai bayaran bagi dosa anda dan kebangkitan-Nya sebagai jaminan bagi hidup kekal anda (Yohanes 3:16). Adakah Yesus Penyelamat peribadi anda? Jika anda ingin menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat peribadi anda, lafazlah kata-kata di bawah kepada Tuhan. Ingatlah, melafazkan doa ini atau doa lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya kepercayaan kepada Yesus Kristus dan kerja yang telah Dia sempurnakan di atas salib demi anda dapat menyelamatkan anda daripada dosa. Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan anda kepada Tuhan dan berterima kasih kepada-Nya kerana rahmat penyelamatannya. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi saya percaya Yesus Kristus telah menggantikan saya bagi menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman dalam Kristus. Saya menerima tawaran pengampunan-Mu dan meletakkan kepercayaan saya kepada Kamu bagi penyelamatan. Saya menerima Yesus sebagai Penyelamat peribadi saya! Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu yang mengagumkan – iaitu hadiah kehidupan abadi! Amin!" Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah. petikan dari www.gotquestions.org
- Mengapakah Tuhan mengizinkan perkara buruk berlaku ke atas orang baik?
Mengapa perkara buruk berlaku ke atas orang baik? Soalan ini ialah salah satu pertanyaan yang susah dijawab antara semua soalan teologi. Tuhan itu kekal, maha tahu, maha hadir, maha kuasa dan sebagainya. Kenapa kita manusia (fana, terbatas, bukan maha tahu, bukan maha hadir dan bukan maha kuasa) menjangka akan dapat memahami kesemua rancangan Allah? Kitab Ayub menjawab persoalan ini. Tuhan telah mengizinkan Iblis untuk melakukan apa sahaja ke atas Ayub kecuali membunuhnya. Apakah reaksi Ayub? “Biarlah Allah membunuh aku kerana aku sudah putus asa, namun aku akan membela perkaraku di hadapan-Nya” (Ayub 13:15). “TUHAN yang memberikan dan sekarang TUHAN pula yang mengambil semula. Terpujilah nama TUHAN!” (Ayub 1:21). Ayub tidak mengerti mengapa Tuhan mengizinkan perkara-perkara yang telah diizinkan-Nya, tetapi Dia tahu Tuhan itu baik dan dia terus berharap pada Tuhan. Akhirnya, reaksi seperti ini yang perlu ada pada diri kita juga. Allah itu baik, benar, penyayang dan maha mengampuni. Seringkali perkara-perkara yang berlaku ke atas kita sama sekali kita tidak faham. Walau bagaimanapun, daripada meragui kebaikan Tuhan, reaksi yang harus ada pada kita adalah untuk terus berharap pada Dia. “Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung pada pengertianmu sendiri. Ingatlah akan Tuhan dalam segala perbuatanmu dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu” (Amsal 3: 5-6). Barangkali pertanyaan yang lebih baik adalah, “Mengapa perkara-perkara baik berlaku ke atas orang jahat?” Tuhan itu kudus (Yesaya 6:3; Wahyu 4:8). Manusia berdosa (Roma 3:23;6:23). Mahukah anda mengetahui bagaimana Allah melihat manusia? “Seperti yang tertulis di dalam Alkitab: Tidak seorang pun yang benar di sisi Allah, tidak seorang pun yang memahami apa yang benar, dan tidak seorang pun menyembah Allah. Semua orang sudah menjauhkan diri daripada Allah; semuanya sudah sesat. Tidak seorang pun berbuat benar; seorang pun tidak. Kata-kata dari mulut mereka menyebabkan kematian, tipu muslihat mengalir dari lidah mereka, dan fitnah seperti bisa ular tersembur dari bibir mereka; mulut mereka penuh dengan kutuk dan cerca. Mereka cepat mencederakan dan membunuh orang; mereka menyebabkan kebinasaan dan kehancuran di mana-mana. Mereka tidak mengikut jalan kedamaian, dan mereka pun tidak menghormati Allah."(Roma 3:10-18) Setiap manusia di atas muka bumi ini patut dibuang ke neraka pada saat ini juga. Setiap saat kita hidup hanyalah disebabkan oleh anugerah Tuhan. Walaupun kita mengalami kesedihan yang paling menderita di atas muka bumi ini, itu juga merupakan suatu kemurahan daripada Tuhan berbanding dengan segala yang kita patut terima iaitu api kekal di lautan api neraka. “Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa” (Roma 5:8). Walaupun dengan kejahatan dan sifat berdosa semua orang dalam dunia ini, Tuhan masih mengasihi kita. Dia sangat mengasihi kita sehingga sanggup mati untuk menanggung hukuman dosa-dosa kita ke atas diri-Nya sendiri (Roma 6:23). Apa yang kita perlu lakukan hanyalah percaya kepada Tuhan Yesus Kristus (Yohanes 3:16; Roma 10:9) supaya dapat diselamatkan dan menerima janji sebuah kediaman di syurga (Roma 8:1). Apa yang kita layak terima hanyalah neraka. Sebaliknya apa yang diberikan kepada kita ialah kehidupan kekal sekiranya kita mahu percaya. Pernah dikatakan bahawa dunia ini satu-satunya neraka yang dialami oleh mereka yang percaya, dan dunia ini satu-satunya syurga yang dinikmati oleh mereka yang tidak percaya. Lain kali apabila kita hendak bertanya, “Mengapa Tuhan mengizinkan perkara buruk berlaku ke atas orang baik?” barangkali kita perlu bertanya, “Mengapa Tuhan mengizinkan perkara-perkara baik berlaku ke atas orang jahat?” petikan dari www.gotquestions.org
- Apakah Alkitab Relevan Untuk Hari Ini?
Ibrani 4:12 berkata, “Sebab firman Allah hidup dan kuat dan lebih tajam dari pada pedang bermata dua mana pun; ia menusuk amat dalam sampai memisahkan jiwa dan roh, sendi-sendi dan sumsum; ia sanggup membedakan pertimbangan dan pikiran hati kita.” Walaupun Alkitab telah selesai ditulis lebih kurang 1900 tahun yang lalu, ketepatan dan kesesuaiannya untuk hari ini tetap tidak berubah. Alkitab merupakan satu-satunya sumber yang ada pada kita tentang wahyu Allah berhubung diri-Nya dan rancangan-Nya untuk umat manusia. Alkitab mempunyai banyak maklumat tentang alam semulajadi yang telah dibuktikan melalui pemerhatian dan penyelidikan saintifik. Beberapa daripada bahagian-bahagian Firman Tuhan itu termasuklah Imamat 17:11; Pengkhotbah 1:6-7; Ayub 36:27-29; Mazmur 102: 25-27 dan Kolose 1: 16-17. Dalam penyingkapan rancangan penyelamatan Allah bagi umat manusia, banyak watak-watak yang berbeza telah dihuraikan dengan sangat jelas dalam Alkitab. Dalam huraian itu Alkitab memberikan banyak maklumat tentang perilaku dan kencenderungan manusia. Pengalaman kita setiap hari memberitahu kita bahawa maklumat tentang manusia yang terdapat dalam Alkitab adalah lebih tepat berbanding buku-buku teks ilmu psikologi. Banyak fakta-fakta sejarah yang tertulis dalam Alkitab telah diteguhkan oleh maklumat-maklumat di luar Alkitab. Penyelidikan sejarah sering menunjukkan satu persamaan di antara peristiwa dalam Alkitab dengan apa yang terjadi di luar Alkitab. Bagaimanapun, Alkitab bukanlah satu buku sejarah, bukan juga buku psikologi atau satu jurnal saintifik. Alkitab merupakan tempat di mana Tuhan memberikan penjelasan tentang Siapa Dia, keinginan-keinginan-Nya dan rancangan-Nya untuk umat manusia. Bahagian yang paling penting dalam wahyu Tuhan adalah tentang terpisahnya kita daripada Tuhan akibat dosa dan jalan penyelesaian yang Tuhan berikan untuk memulihkan persekutuan dengan Dia melalui korban Anak-Nya, Yesus Kristus. Keperluan kita terhadap penebusan tidak berubah. Demikian juga dengan kerinduan Tuhan untuk memperdamaikan kita dengan diri-Nya juga tidak berubah. petikan dari www.gotquestions.org
- Apakah Rancangan Penyelamatan?
Adakah kamu lapar? Bukan kelaparan dari segi fizikal, tetapi adakah kamu mempunyai kelaparan yang luar biasa? Terdapatkah sesuatu di dalam kamu yang belum berpuas hati? Jika ada, maka Yesus ialah penyelesaiannya! “Akulah roti yang memberikan hidup,” kata Yesus kepada mereka. “Orang yang datang kepada-Ku tidak akan lapar dan orang yang percaya kepada-Ku tidak akan dahaga selama-lamanya.” (Yohanes 6:35). Adakah kamu keliru? Mungkin kamu belum dapat mencari satu jalan atau tujuan hidup? Nampaknya macam terdapat orang yang mematikan lampu supaya kamu tidak dapat mencari suis lampu? Jika begitu, Yesus ialah Jalan itu! Yesus berkata lagi kepada orang Farisi, "Akulah cahaya bagi dunia. Orang yang mengikut Aku tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi beroleh cahaya yang memberikan hidup." (Yohanes 8:12). Pernahkah kamu berasa hidup kamu bagai dikurung? Mungkin kamu telah cuba membuka banyak pintu, tetapi di belakang pintu-pintu itu hanya kekosongan dan tiada makna? Adakah kamu sedang mencari pintu masuk ke dalam hidup yang penuh bermakna? Jika ya, Yesus ialah Jalan itu! Yesus mengisytiharkan, “Akulah pintu. Sesiapa yang masuk melalui Aku akan diselamatkan. Dia boleh keluar masuk dan menjumpai padang rumput.” (Yohanes 10:9). Adakah orang lain menyinggung perasaan anda? Adakah hubungan anda dengan orang lain menjadi tidak rapat dan terputus? Kadangkala orang lain nampaknya seperti hendak mengambil kesempatan terhadap anda? Jika ya, maka Yesus ialah Jalan itu! Yesus berkata, “Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik mengorbankan nyawa untuk kawanan dombanya. Akulah gembala yang baik. Sebagaimana Bapa mengenal Aku dan Aku mengenal Bapa, begitu juga Aku mengenal domba-domba-Ku dan mereka pun mengenal Aku.” (Yohanes 10:11,14). Adakah anda bingung mengenai segala yang bakal terjadi selepas hidup ini? Adakah kamu cuba hidup untuk barang-barang yang boleh rosak dan reput? Adakah kamu kadangkala ragu dan percaya bahawa hidup tidak bermakna? Adakah kamu ingin meneruskan nyawa anda selepas mati? Jika ya, maka Yesus ialah Jalan itu! Yesus berkata kepada Marta, “Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. Orang yang hidup dan percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya. Adakah kamu percaya akan hal ini?” (Yohanes 11:25-26). Apakah Jalan itu? Apakah kebenaran? Apakah hidup? Yesus menjawab, "Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku” (Yohanes 14:6). Kelaparan yang kamu rasai ialah kelaparan dari segi rohani yang hanya boleh dipenuhi oleh Yesus. Hanya Yesus boleh menghapuskan kegelapan. Yesus ialah pintu masuk ke hidup yang memuaskan. Yesus ialah kawan dan gembala yang kamu cari. Yesus ialah Nyawa dan hidup – dalam kehidupan sekarang dan selepas mati. Yesus ialah Jalan untuk mendapat penyelamatan. Punca kamu berasa lapar, sesat dalam kegelapan dan tidak boleh melihat makna kehidupan adalah kerana kamu terpisah daripada Tuhan. Kitab Injil menyatakan kita semua telah berdosa dan dipisahkan daripada Tuhan (Pengkhotbah 7:20; Roma 3:23). Kekosongan yang kamu rasa dalam hati adalah akibat daripada ketidakhadiran Tuhan di dalam hidup kamu. Kita dicipta oleh Tuhan untuk mempunyai hubungan dengan-Nya. Oleh sebab dosa kita, maka hubungan kita dengan Tuhan telah terputus. Dan yang lebih buruk lagi ialah dosa kita akan menyebabkan kita terpisah daripada Tuhan selama-lamanya, dalam kehidupan sekarang dan juga selepas mati (Roma 6:23; Yohanes 3:36). Bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah ini? Yesus ialah Jalan itu! Yesus menanggung dosa kita (2 Korintus 5:21), Yesus mati untuk kita (Roma 5:8), menerima hukuman yang patut kita tanggung. Selepas tiga hari, Yesus bangkit daripada kematian dan membuktikan bahawa Dia telah mengalahkan dosa dan kematian (Roma 6:4-5). Mengapa Dia berbuat begitu? Yesus menjawab, “Tidak terdapat kasih yang lebih besar daripada kasih seseorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya.”(Yohanes 15:13). Yesus mati supaya kita boleh hidup. Jika kita percaya kepada Yesus, yakin bahawa kematiannya mampu membayar denda bagi dosa kita – maka semua dosa kita akan diampuni dan dibersihkan. Maka kelaparan rohani kita akan dipenuhi. Cahaya lampu akan dinyalakan. Kita akan mendapat hidup yang bermakna. Kita akan mengenal Yesus sebagai kawan dan gembala yang benar dan terbaik. Kita yakin bahawa kita akan mendapat hidup kekal selepas mati – hidup yang kekal selama-lamanya di syurga bersama Yesus. “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.” (Yohanes 3:16) Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah. petikan dari www.gotquestions.org
- Apakah Doa Orang Berdosa?
Doa orang berdosa ialah doa seseorang kepada Tuhan apabila dia menyedari bahawa dirinya ialah seorang yang berdosa dan perlukan Penyelamat. Melafazkan doa orang berdosa sahaja tidak akan mencapai apa-apa. Doa orang berdosa hanya akan berkesan jika orang itu sedar, faham dan percaya bahawa dia telah berdosa dan memerlukan penyelamatan. Aspek pertama doa orang berdosa ialah menyedari bahawa kita ialah orang berdosa. Roma 3:10 mengumumkan, “Tidak seorang pun yang benar di sisi Allah.” Kitab Injil menyatakan dengan jelas bahawa kita semua telah berdosa. Kita berdosa dan memerlukan rahmat dan pengampunan dosa daripada Tuhan (Titus 3:5-7). Kerana dosa, kita patut dihukum selama-lamanya (Matius 25:46). Doa orang berdosa ialah satu rayuan dan bukan pengadilan. Doa ini ialah permintaan untuk ampun dan bukannya kemarahan. Aspek kedua doa orang berdosa ialah mengetahui bahawa Tuhan telah melakukan sesuatu untuk mengubati kita dan menebus dosa kita. Tuhan menjadi manusia dalam bentuk Yesus Kristus (Yohanes 1:1,14). Yesus mengajar kita mengenai Tuhan dan menjalankan kehidupan yang sempurna tanpa dosa (Yohanes 8:46; 2 Korintus 5:21). Yesus kemudian mati di atas salib untuk kita, supaya kita tidak perlu menerima hukuman mati lagi (Roma 5:8). Yesus bangkit daripada kematian untuk membuktikan kemenangannya ke atas dosa, kematian dan neraka (Kolose 2:15; 1 Korintus bab 15). Oleh sebab itu, dosa kita akan diampuni dan kita dijanjikan satu kediaman kekal di syurga – asalkan kita percaya kepada Yesus. Apa yang perlu kita lakukan ialah percaya bahawa Yesus mati untuk kita dan bangkit daripada kematian (Roma 10:9-10). Kita boleh diselamatkan melalui rahmat sahaja, melalui iman sahaja, di dalam Yesus sahaja. Efesus 2:8 mengumumkan, “Oleh sebab kasih kurnia-Nya kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Tuhan.” Melafazkan doa orang berdosa hanya satu cara yang ringkas untuk memberitahu Tuhan bahawa kamu bergantung kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat anda. Tidak terdapat perkataan ajaib yang membawa penyelamatan. Hanya kepercayaan kepada kematian dan kebangkitan Yesus yang boleh menyelamatkan nyawa anda. Jika kamu sedar bahawa kamu ialah seorang yang berdosa dan perlukan penyelamatan melalui Yesus Kristus, kamu boleh berdoa kepada Tuhan: “Tuhan, saya tahu bahawa saya ialah seorang yang berdosa. Saya tahu bahawa saya akan menerima hukuman kerana berdosa. Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa Yesus ialah Penyelamat saya. Saya percaya bahawa kematian dan kebangkitan Yesus mampu mengampuni dosa saya. Saya percaya kepada Yesus dan hanya Yesus ialah Penyelamat dan Tuan peribadi saya. Terima kasih Tuhan, kerana sudi menyelamat dan mengampuni dosa saya. Amen.” Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah. petikan dari www.gotquestions.org
- Adakah anda memiliki hidup abadi?
Alkitab menunjukkan satu jalan jelas yang menuju ke hidup abadi. Pertama, kita perlu mengaku bahawa kita telah berdosa terhadap Tuhan: “Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.” (Roma 3:23). Kita semua pernah melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan hati Tuhan menyebabkan kita patut menerima hukuman. Oleh sebab pada dasarnya dosa-dosa kita adalah terhadap Tuhan yang abadi, maka hanya hukuman yang juga abadi baru mencukupi. “Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.” (Roma 6:23). Namun begitu, Kristus Yesus, yang tidak berdosa (1 Petrus 2:22), Anak Tuhan yang abadi menjadi seorang manusia (Yohanes 1:1,14) dan mati untuk menebus dosa kita. “Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa” (Roma 5:8). Kristus Yesus mati di atas salib (Yohanes 19:31-42), mangambil alih hukuman yang kita patut terima (2 Korintus 5:21). Selepas tiga hari, dia bangkit semula daripada kematian (1 Korintus 15:1-4), membuktikan Dia telah menewaskan dosa dan kematian. “Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana Dia sangat mengasihani kita, Dia mengurniai kita hidup yang baru, dengan membangkitkan Yesus Kristus daripada kematian. Hal ini memberikan harapan yang kukuh kepada kita” (1 Petrus 1:3). Dengan iman, kita mesti mengubah penetapan minda kita terhadap Kristus – siapa Dia, apa Dia buat dan mengapa – demi penyelamatan (Kisah Rasul-Rasul 3:19). Jika kita meletakkan kepercayaan kepada-Nya, percaya bahawa kematiannya di atas salib untuk menebus dosa kita, kita akan diampuni dan dijanji kehidupan abadi di syurga. “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal” (Yohanes 3:16). “Jika kamu mengaku di hadapan orang bahawa “Yesus itu Tuhan,” dan kamu sungguh-sungguh percaya bahawa Allah sudah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamatkan” (Roma 10:9). Hanya iman ke atas kerja yang telah dilakukan oleh Kristus di atas salib adalah jalan benar yang menuju ke hidup abadi! “Hal itu demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu” (Efesus 2:8-9). Jika anda ingin menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat anda, berikut adalah satu contoh doa. Ingatlah, melafazkan doa ini atau doa yang lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya kepercayaan ke atas Kristus yang dapat menyelamatkan anda daripada dosa. Doa ini hanya merupakan satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan anda kepada-Nya dan mengucapkan terima kasih kepada-Nya kerana Dia memberikan anda penyelamatan. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya telah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman di dalam Kristus. Saya meletakkan kepercayaan saya kepada Kristus untuk mendapat penyelamatan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu yang mengagumkan – iaitu hadiah kehidupan abadi! Amin!" Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah. Petikan dari gotquestions.org
- Apakah Yesus Satu-Satunya Jalan Ke Syurga?
“Asalkan saya seorang yang baik, saya akan pergi ke syurga.” “OK, mungkin saya melakukan kejahatan juga, tetapi kebaikan yang saya lakukan lebih banyak, oleh itu saya akan pergi ke syurga.” “Tuhan tidak akan menghantar saya ke neraka walaupun saya tidak hidup mengikut ajaran Kitab Injil. Zaman telah berubah!” “Hanya orang yang amat jahat seperti perogol kanak-kanak dan pembunuh yang akan pergi ke neraka.” Semua ini adalah fikiran logik kebanyakan orang, tetapi hakikatnya ialah, semua ini adalah pembohongan. Syaitan, pemerintah dunia ini, menanam fikiran seperti ini di dalam otak kita. Dia dan pengikut-pengikutnya adalah musuh Tuhan (1 Petrus 5:8). Syaitan selalu berpura-pura menjadi baik (2 Korintus 11:14), tetapi dia mengawal fikiran manusia yang tidak berpihak kepada Tuhan. “Mereka tidak mahu percaya kepada berita yang kami khabarkan, kerana Iblis yang menguasai dunia ini menjadikan fikiran mereka tertutup. Mereka tidak dapat melihat cahaya yang menyinari mereka. Cahaya itu daripada Berita Baik tentang kemuliaan Kristus, yang merupakan gambaran Tuhan.” (2 Korintus 4:4). Adalah satu pembohongan jika kita percaya bahawa Tuhan tidak mempedulikan dosa kecil, dan bahawa neraka adalah untuk “orang yang amat jahat”. Semua dosa memisahkan kita daripada Tuhan, walaupun satu pembohongan kecil yang tidak berniat jahat. Semua orang telah berdosa, tiada sesiapa pun yang cukup baik untuk pergi ke Syurga dengan usaha sendiri (Roma 3:23). Kemasukan ke Syurga tidak bergantung kepada kebaikan kamu yang melebihi kejahatan kamu; kita semua akan gagal jika hal ini ialah kriterianya. “Pilihan Tuhan itu tidak berdasarkan perbuatan mereka, tetapi berdasarkan rahmat Tuhan. Jika pilihan Tuhan itu berdasarkan perbuatan manusia, maka rahmat Tuhan itu bukanlah rahmat yang sejati” (Roma 11:6). Kita tidak dapat melakukan apa-apa pun untuk mendapatkan jalan ke syurga (Titus 3:5). “Masuklah melalui pintu yang sempit itu, kerana lebarlah pintu dan luaslah jalan menuju kepada kebinasaan, dan ramai orang yang masuk melaluinya” (Matius 7:13). Walaupun ramai orang hidup berdosa dan kepercayaan kepada Tuhan tidak popular, Tuhan tidak akan menerima alasan ini. “Kamu hidup di dalamnya, kerana kamu mengikut jalan dunia ini, kerana kamu mentaati penguasa kerajaan angkasa, iaitu roh yang sekarang sedang bekerja di antara orang durhaka” (Efesus 2:2). Semasa Tuhan mencipta dunia ini, dunia adalah sempurna. Setiap benda adalah baik. Kemudian Tuhan mencipta Adam dan Hawa dan memberi mereka fikiran bebas supaya mereka boleh membuat keputusan untuk mengikut dan mematuhi Tuhan atau tidak. Tetapi Adam dan Hawa, manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan, digoda oleh Syaitan dan mengkhianati Tuhan dengan berdosa. Hal ini memisahkan mereka (termasuk kita yang merupakan keturunan mereka) daripada Tuhan maka kita tidak akan mempunyai hubungan rapat dengan Tuhan. Tuhan adalah sempurna dan tidak akan berdekatan dengan dosa. Walau bagaimanapun, Tuhan menyediakan satu cara supaya kita dapat dihubungkan semula dengan-Nya di syurga. “Kerana Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia mengurniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal”.(Yohanes 3:16). “Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus, Tuhan kita adalah anugerah Tuhan.” (Roma 6:23). Yesus dilahirkan di dunia ini supaya Dia dapat mengajar kita cara hidup yang betul dan mati untuk kita, Tiga hari selepas kematianNya, Dia bangkit daripada kubur (Roma 4:25), membuktikan bahawa Dia telah memenangi kematian. Dia menjadi satu jambatan di antara Tuhan dan manusia supaya kita boleh mempunyai hubungan peribadi dengan-Nya asalkan kita percaya kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat Individu. “Inilah hidup yang kekal itu, iaitu bahawa mereka mengenal Kamu, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Kamu utus.”(Yohanes 17:3). Ramai orang yang percaya kepada Tuhan, begitu juga Syaitan. Tetapi untuk mendapat penyelamatan, kita perlu berpihak kepada Tuhan, mewujudkan satu hubungan peribadi, meninggalkan dosa dan mengikuti Tuhan. Kita mesti percaya kepada Yesus dengan segala yang kita ada dan kelakuan kita mesti berubah. “Kita dianggap betul oleh Tuhan apabila kita percaya bahawa Yesus Kristus akan membersihkan dosa kita. Kita semua boleh diselamatkan dengan cara ini, tidak kisah siapa kamu dan apa yang kamu telah lakukan dahulu” (Roma 3:22). Kitab Injil menyatakan tiada penyelamatan lain kecuali Yesus Kristus. Yesus berkata di Yohanes 14:6, “Sayalah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Saya.” Yesus ialah jalan tunggal penyelamatan kerana hanya Dia yang boleh membayar denda dosa kita (Roma 6:23). Tiada agama lain yang mengajar bahawa akibat dosa adalah amat buruk seperti yang dikatakan oleh agama Kristian. Tiada agama lain yang boleh membekalkan bayaran untuk denda dosa seperti Yesus Kristus. Tiada “pengasas agama” yang menyatakan Tuhan menjadi manusia (Yohanes 1:1,14) – cara tunggal dimana hutang dosa yang amat besar boleh dibayar. Yesus mesti merupakan Tuhan supaya Dia boleh membayar hutang kita. Yesus mesti merupakan manusia supaya Dia boleh mati. Penyelamatan hanya boleh diperolehi melalui kepercayaan kepada Yesus! “Dan keselamatan tidak ada di dalam sesiapa pun selain di dalam Dia, kerana di bawah langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan”(Kisah Para Rasul 4:12). Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah.
- Bagaimana saya bertaubat menurut Kekristianan?
Seseorang di kota Yunani bernama Filipi bertanya soalan yang serupa ini kepada Paulus dan Silas. Kita mengetahui cuma sedikit tentang orang ini: dia seorang Ketua Penjara, penyembah berhala dan putus harapan. Dia pernah ingin membunuh diri tetapi ditegah oleh Paulus. Orang ini kemudiannya bertanya, "Tuan-tuan apakah yang harus saya lakukan supaya diselamatkan?" (Kisah 16:30). Fakta bahawa orang ini bertanya menunjukkkan dia memerlukan penyelamatan-dia meramalkan kematiannya semata-mata dan dia memerlukan pertolongan Fakta bahawa dia bertanya Paulus dan Silas menunjukkan dia percaya bahawa mereka mengetahui jawapannya. Jawapan diperoleh dengan cepat dan memadai: "Percayalah kepada Tuhan Yesus, lalu kamu akan diselamatkan-kamu dan keluargamu" (Kisah 16:31). Kisah seterusnya memperlihatkan bagaimana orang tersebut percaya dan bertaubat. Sejak itu, hidupnya mula berubah. Lihatlah bahawa pertaubatan lelaki ini berdasarkan imannya (percaya). Dia haruslah mempercayai Yesus sahaja. Lelaki ini mempercayai Yesus adalah anak Allah (Allah) dan Mesias yang menggenapi Alkitab (Kristus). Imannya juga merangkumi kepercayaan bahawa Yesus mati bagi dosa dan bangkit lagi kerana itulah khutbah dari Paulus dan Silas (Rujuk Roma 10:9-10 dan 1Korintus 15:1-4). Harfiahnya "bertaubat" bermaksud "berbalik". Saat kita berbalik kepada sesuatu, saat itulah kita berbalik daripadanya. Saat kita berbalik kepada Yesus, kita berbalik daripada dosa. Alkitab menyatakan, berbalik daripada dosa merupakan "penyesalan" manakala berbalik kepada Kristus merupakan "iman". Disebabkan itu, penyesalan dan iman saling lengkap-melengkapi. Sama ada penyesalan mahupun iman diindikasikan dalam 1Tesalonika 1:9, "…bahawa kamu tidak mahu menyembah berhala lagi, tetapi datang kepada satu-satunya Allah yang hidup…" (1Tesalonika 1:9). Hasil daripada pertaubatan sejati Kekristianan ini, orang Kristian dapat meninggalkan gaya hidup dahulu dan kepercayaan yang salah. Semudah-mudah bertaubat secara Kekristianan, anda haruslah mempercayai Yesus anak Allah yang telah mati bagi dosa-dosa anda dan bangkit semula. Anda haruslah bersependapat dengan Allah bahawa anda orang berdosa yang memerlukan penyelamatan, dan anda haruslah mempercayai Yesus sahaja dapat menyelamatkan anda. Saat anda berbalik dari dosa kepada Kristus, Allah telah berjanji untuk menyelamatkan anda dan menganugerahkan Roh KudusNya yang menjadikan anda ciptaan baharu. Kekristianan dalam erti yang sejati bukanlah sebuah agama. Menurut Alkitab, Kekristianan merupakan hubungan peribadi dengan Yesus Kristus. Kekristianan merupakan Allah menawarkan penyelamatan kepada orang yang percaya dan mengakui pengorbanan Yesus Kristus. Seseorang yang bertaubat secara Kekristianan tidak meninggalkan satu agama kemudian menganut agama lain. Bertaubat secara Kekristianan bermaksud menerima anugerah yang ditawarkan oleh Allah dan memulakan hubungan peribadi dengan Yesus Kristuan yang menghasilkan pengampunan dosa dan hidup kekal di syurga setelah meninggal dunia. Adakah anda ingin bertaubat secara Kekristianan setelah membaca artikel ini? Jika menjawab YA, berikut adalah sebuah doa yang memadai dapat dipanjatkan ke hadirat Allah. Mengucapkan doa ini atau doa lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya jika mempercayai Yesus dapat menyelamatkan anda daripada dosa-dosa. Doa ini hanyalah jalan untuk menunjukkan iman kepada Allah dan bersyukur padaNya demi keselamatan yang disediakan buat anda. "Allahku, saya tahu saya telah berdosa terhadapMu dan layak dihukum. Namun, Yesus Kristus telah menanggung hukuman yang sepatutnya buat saya melalui iman kepadaNya maka saya diampun. Saya percaya padaMu demi keselamatanku. Terima kasih di atas anugerah dan pengampunanMu yang menakjubkan ini –anugerah hidup kekal abadi!Amin!" Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah "Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini". petikan dari www.gotquestions.org
- Siapakah Yesus Sebenarnya?
Banyak orang tertanya-tanya bagaimana Yesus (Isa-Almasih) boleh disamakan oleh Allah Bapanya. Mari sama-sama kita tonton keratan video yang memberikan penjelasan tersebut ... Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tekan butang chat di bawah untuk kita menjelaskan pertanyaan yang ada di dalam fikiran anda .. Team Komuniti Digital akan cuba menjawab sebaik mungkin. Tuhan memberkati ..
- Adakah Yesus Tuhan?
Yesus tidak pernah menyatakan dengan ketara di dalam Kitab Injil bahawa “Dia Adalah Tuhan”. Tetapi hal ini tidak bermakna Yesus tidak mengaku bahawa dirinya ialah Tuhan. Sebagai contoh, di Yohanes 10:30, “Bapa dan Aku satu”. Sekali imbas, hal ini nampaknya bukan satu pengisytiharan bahawa Dia ialah Tuhan. Tetapi, apabila melihat kepada reaksi orang Yahudi terhadap kata-kata Yesus, “Orang Yahudi di situ menjawab, ‘Kami mahu merejam kamu bukan kerana perbuatanmu yang baik, tetapi kerana kamu mengkufuri Tuhan! Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu menjadikan dirimu Tuhan!’”(Yohanes 10:33). Orang Yahudi faham bahawa percakapan Yesus itu telah menyamakan Dirinya dengan Tuhan. Dalam ayat berikutnya, Yesus tidak berkata, “Saya bukan Tuhan.” Hal ini menunjukkan bahawa Yesus benar-benar mengaku Dirinya Tuhan apabila berkata “Bapa dan Aku satu.” Yohanes 8:58 ialah contoh lain, Yesus menjawab, ‘Apa yang Aku katakan ini benar: Sebelum Abraham dilahirkan, Aku sudah ada’. Sekali lagi, reaksi orang Yahudi adalah hendak membalingkan batu pada Yesus untuk membunuhnya (Yohanes 8:59). Jika Yesus tidak menyatakan sesuatu yang dianggap kufur maka orang Yahudi tidak akan cuba membunuhnya. Yohanes 1:1 menyatakan, “Firman itu bersama-sama Allah dan Firman itu adalah Tuhan.” Yohanes 1:14 pula menyatakan, “Firman itu sudah menjadi Manusia dan tinggal antara kita.” Hal ini jelas menunjukkan bahawa Yesus ialah Tuhan dalam bentuk manusia. Kisah Para Rasul 20:28 menyatakan, “Hendaklah kamu menjaga diri serta menjaga jemaah yang sudah diserahkan kepada pemeliharaan kamu oleh Roh Allah. Jagalah jemaah Allah seperti gembala menjaga domba, kerana Allah sudah menjadikan jemaah milik-Nya sendiri melalui kematian Anak-Nya.” Kisah Para Rasul 20:28 mengumumkan bahawa Tuhan membeli jemaah Tuhan dengan darahnya sendiri. Oleh itu, Yesus ialah Tuhan. Tomas, murid Yesus berkata, “Tuan dan Tuhan saya.” (Yohanes 20:28). Yesus tidak menafikan kata-katanya. Titus 2:13 menggalakkan kita untuk menunggu Tuhan dan Penyelamat kita, iaitu Yesus Kristus (2 Petrus 1:1). Di Ibrani 1:8, Tuhan Bapa mengumumkan, “Takhta-Mu, ya Allah, akan kekal selama-lamanya! Engkau memerintah umat-Mu dengan keadilan”. Di Wahyu, seorang malaikat mengarahkan Yohanes supaya hanya menyembah Tuhan (Wahyu 19:10). Beberapa kali Yesus menerima penyembahan daripada orang (Matius 2:11; 14:33; 28:9,17; Lukas 24:52, Yohanes 9:38). Dia tidak menggertak orang yang menyembahnya. Jika Yesus bukan Tuhan, dia akan menghentikan orang daripada menyembahnya, seperti malaikat di Wahyu. Terdapat banyak ayat-ayat di dalam Kitab Injil yang menunjukkan ketuhanan Yesus. Alasan yang paling penting adalah jika Yesus bukan Tuhan, maka kematiannya tidak dapat membayar denda dosa manusia (1 Yohanes 2:2). Hanya Tuhan yang dapat membayar denda yang besar itu. Hanya Tuhan yang dapat menanggung dosa dunia ini (2 Korintus 5:21), mati dan bangkit semula – membuktikan Yesus memenangi dosa dan kematian.