Support Us
Support Us
Cari
2689 results found with an empty search
- Pelayanan Pendamaian
Oleh Pr Sam Surendran
- Khabarkanlah Segala yang Dilakukan Tuhan dalam Hidupmu
“Pulanglah ke rumahmu dan khabarkanlah segala yang dilakukan Allah untukmu.” Orang itu pergi menyebarkan segala yang dilakukan Yesus untuknya di seluruh bandar itu. Lukas 8:39 AVB Lelaki yang telah dibebaskan daripada roh-roh iblis meminta Yesus untuk membenarkan dirinya mengikut bersama-Nya, tetapi Yesus memberitahu dia untuk pulang ke rumahnya dan mengkhabarkan apa yang telah dilakukan oleh Allah bagi dirinya. Setelah lelaki itu mendengar pesan Tuhan Yesus kepadanya supaya pulang dan mengkhabarkan semua yang terjadi dalam hidupnya, dia pun pulang ke rumahnya dan pergi menyebarkan segala yang dilakukan Yesus untuknya di seluruh bandar tersebut. Banyak orang tersentuh dengan kesaksiannya sungguhpun mereka ketakutan kerana mereka mengenal siapa lelaki itu sebelum dia disembuhkan oleh Yesus. Kesaksian kita adalah sangat berkuasa. Iblis takut mendengar kesaksian kita kerana kita mengisytiharkan keagungan Tuhan dan kekuasaan-Nya melalui kesaksian kita. Oleh itu, iblis tidak ingin mendengar kita menceritakan pekerjaan Tuhan. Bagaimanakah dengan diri kita pada hari ini? Apakah respons kita terhadap segala yang telah dilakukan Tuhan dalam hidup kita selama ini? Apakah kita bersedia dan juga bersemangat mengkhabarkan segala perbuatan Tuhan dalam hidup kita kepada semua orang yang di sekeliling kita hari ini? Marilah kita ceritakan perbuatan Tuhan Yesus kepada orang lain selagi ada kesempatan. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu dan memohon Engkau mengajar diriku untuk terus bersemangat menceritakan pekerjaan-Mu dalam hidupku kepada orang yang ada di sekelilingku, agar lebih banyak orang akan mengenal Engkau sebagai Tuhan yang maha berkuasa lagi menakjubkan. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Bersaksi Untuk Kristus
Oleh Pr Logesvaran
- Sebab Kita Kurang Percaya kepada Yesus
'Yesus berkata kepada mereka, “Di manakah kepercayaanmu?..." (Lukas 8:25) AVB Pada suatu hari, Yesus mengajak para pengikut-Nya untuk menyeberangi tasik dengan menaiki perahu. Maka mereka pun bertolak bersama-Nya. Namun semasa dalam perjalanan, Yesus tertidur. Ketika itulah tiba-tiba angin ribut melanda tasik dan air mula memenuhi perahu mereka hingga membahayakan keselamatan mereka. Oleh itu, mereka segera datang kepada Yesus untuk membangunkan-Nya kerana perahu mereka sedang dilanda angin ribut dan ombak yang besar. Mereka berkata, “Tuan, Tuan, kita hampir karam!” Yesus bangun lalu menegur angin dan ombak yang bergelora itu. Ribut itu pun berhenti dan segalanya tenang. ' Selepas itu, 'Yesus berkata kepada mereka, "Mengapakah kamu tidak percaya kepada-Ku" atau “Di manakah kepercayaanmu?" Mereka telah lama bersama Yesus dan telah menyaksikan segala mukjizat serta pekerjaan luar biasa yang dilakukan-Nya. Namun apabila berhadapan dengan situasi yang sukar dan mencemaskan, mereka masih “kurang percaya”. Bagaimana pula dengan kita hari ini? Adakah kita juga masih kurang percaya kepada kuasa Tuhan Yesus untuk menolong kita ketika berhadapan dengan “angin ribut atau ombak kehidupan”? Adakah ribut kehidupan sedang menggoncang hidup anda? Percayalah kepada Tuhan Yesus, Dia mampu menolong kita. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu, memohon bimbingan-Mu agar aku tidak goyah dengan "angin ribut atau ombak kehidupan" yang sedang mengancam hidupku. Kuatkan dan teguhkanku agar aku dapat mengatasinya dengan iman kepada-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Orang yang Terdekat dengan Tuhan Yesus
'Yesus menjawab kepada mereka, “Ibu-Ku dan saudara-saudara-Ku ialah mereka yang mendengar firman Allah dan melaksanakannya.” ' (Lukas 8:21) AVB Sewaktu Yesus sedang berkata-kata kepada orang ramai, ibu dan saudara-saudara-Nya datang untuk bercakao dengan-Nya. Namun, disebabkan orang ramai yang mengerumuni Yesus, mereka tidak dapat mendekati-Nya dan terpaksa berdiri di luar. Salah seorang yang mendengar Yesus mengajar ketika itu memberitahu-Nya bahawa “…ibu dan saudara-saudara-Nya sedang berada di luar dan ingin berjumpa dengan-Nya.” Mendengar hal itu, Yesus menjawab bahawa “…ibu-Nya dan saudara-saudara-Nya ialah mereka yang mendengar firman Allah dan melaksanakannya.” Hal ini bukan bermaksud Yesus tidak mengasihi ibu dan saudara-saudara-Nya, tetapi Yesus ingin menegaskan bahawa sesiapa yang mendengar dan mentaati firman Allah adalah orang yang paling dekat dengan-Nya. Bagi Yesus, melakukan kehendak Allah adalah keutamaan tertinggi. Oleh itu, untuk menjadi orang yang terdekat kepada Tuhan Yesus, kita mestilah menjadi orang yang mendengarkan firman Allah dan mentaatinya. Adakah anda salah seorang yang terdekat kepada Tuhan Yesus hari ini? Marilah kita menjadikan diri kita orang yang setia mendengar dan melakukan firman Allah setiap hari. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu, memohon pengampunan sekiranya aku belum menjadi peribadi yang setia mendengar dan melakukan firman-Mu. Ampuni aku, dan ubahkanlah aku agar menjadi seorang yang sentiasa dekat dengan-Mu sepanjang hidupku. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Jadikanlah Hidup Kita Berkat
' “Tiada seorang pun memasang pelita lalu menutupinya dengan sebuah pasu atau meletakkannya di bawah katil. Tetapi dia meletakkannya di atas kaki pelita supaya orang yang masuk dapat melihat cahayanya. ' (Lukas 8:16) AVB Tuhan Yesus menjelaskan bahawa seseorang yang sungguh-sungguh percaya kepada-Nya haruslah melaksanakan kebenaran firman Tuhan dalam kehidupannya. Kehidupan yang diubah oleh kebenaran itu akan menelanjangkan segala kejahatan mereka yang hidup dalam kegelapan. Dengan demikian, kehadirannya di tengah-tengah orang yang masih hidup dalam kegelapan akan dirasakan, dan ini akan memimpin mereka kepada perubahan dan kebaikan. Seorang yang percaya kepada Tuhan Yesus seharusnya menjadi seperti pelita yang menyala yang diletakkan di atas kaki pelita, supaya semua orang yang masuk ke dalam rumah dapat melihat cahayanya. Demikianlah kehidupan setiap orang yang sesungguhnya telah menerima anugerah daripada Tuhan Yesus. Mereka haruslah melayani sesama, agar orang yang belum percaya dapat menerima berkat melalui kebenaran firman Tuhan. Bagaimanakah kehidupan kita pada hari ini? Adakah hidup kita benar-benar memimpin orang lain untuk melihat kebenaran firman Tuhan melalui perbuatan kita? Adakah orang di sekeliling kita telah menerima berkat melalui kehidupan kita yang telah diubahkan oleh Tuhan Yesus? Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu dan menyerahkan seluruh kehidupanku kepada-Mu. Pakailah hidupku, ya Tuhan, untuk menjadi saksi-Mu, supaya orang sekelilingku akan mengenal Engkau dan menerima berkat daripada-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Rahsia Melayani Sebagai Pemenang
Oleh Pr Sam Surendran
- Booster Shot: Episode 2 Iman Bundle
Oleh Pr Wagner Daniel
- Booster Shot : Episode 4 Membuat Ketetapan
Oleh Pr Wagner Daniel
- Booster Shot : Episode 2 Iman Bundle
Oleh Pr Wagner Daniel
- Booster Shot: Episode 1 Iman
Oleh Pr Wagner Daniel
- Booster Shot : Ep 05 Berbuah Lebat
Tekan icon untuk mendengar di aplikasi anda: