Support Us
Support Us

Acara oleh Komuniti Digital
Acara ialah halaman utama bagi semua acara dan aktiviti anjuran Komuniti Digital di seluruh Malaysia. Di sini, anda boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai konferensi, latihan, pelancaran filem pendek dan dokumentari, serta pelbagai program lain oleh Komuniti Digital yang bertujuan untuk memperkasa komuniti melalui kandungan digital dan pembangunan rohani.

28 - 30 Mac 2025
Konvensyen Digital
Generasi muda hari ini adalah pemacu masa depan. Mereka adalah generasi yang akan membawa berita tentang HARAPAN dan KASIH dalam dunia yang semakin mencabar.
​
Kami menjemput semua anak muda dari generasi Millenial dan Generasi Z untuk menghadiri Konvensyen Digital anjuran TCF Lawas, Komuniti Digital dan PPP BEM Sarawak, yang julung kali diadakan di Lawas, Sarawak.
18 April 2025
Tayangan Filem Pendek Paskah
Masa: 8:30 PM
Tempat: Hall 4, Dream Centre (Terbuka)
Saksikan tayangan khas filem pendek sempena Paskah yang mengangkat kisah perubahan, kesembuhan dan pemulihan dalam Kristus. Sertai kami menghayati makna perubahan dan kuasa penebusan Sang Raja kita Yesus Kristus.


25 April 2025
Pelancaran Dokumentari "Kebangunan Rohani Ba' Kelalan" Episode 4.2 & 5
​Dokumentari ini, lengkap dengan sari kata dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, mengangkat kisah gelombang kebangkitan rohani yang melanda Ba' Kelalan, Sarawak.
​
31 Ogos - 1 September 2025
Konferensi Akademi Worship
Konferensi Akademi Worship oleh Irama Malaysia Komuniti Digital ialah inisiatif pembelajaran dan pemerkasaan bagi pemimpin pujian, pemuzik, dan penyembah dari gereja-gereja di Malaysia. Melalui sesi pengajaran, bengkel interaktif, dan perkongsian pengalaman, program ini bertujuan membentuk pemuzik serta penyembah yang berdedikasi dalam melayani Tuhan dan komuniti.
​
Maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
