top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Yesus Membuka Pintu Pemahaman Mereka
Lalu Dia [Yesus] membuka pintu pemahaman mereka supaya mereka mengerti maksud Kitab Suci. Lukas 24:45 AVB Apabila Yesus menampakkan diri-Nya kepada para murid-Nya yang sedang berkumpul di Yerusalem, mereka terkejut dan berasa sangat takut kerana menyangka mereka melihat hantu. Dia pun meminta mereka untuk menyentuh-Nya dan melihat tangan dan kaki-Nya yang pernah dipaku. Kemudian Dia makan ikan di hadapan mereka untuk membuktikan bahawa Dia sesungguhnya Yesus dan bukan han


Mengapa Kamu Takut Dan Hati Kamu Ragu-Ragu?
Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Apakah sebabnya kamu takut? Mengapakah hatimu ragu-ragu?” Lukas 24:38 AVB Kedua-dua orang murid Yesus itu kembali ke Yerusalem dari Emaus. Mereka pun menceritakan kepada sebelas rasul dan pengikut yang lain apa yang telah berlaku dalam perjalanan mereka dan bagaimana mereka telah mengenali Yesus semasa Dia membahagikan roti. Semasa mereka berkata-kata tentang segala perkara ini, Yesus sendiri berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata


Yakin Kerana Pengalaman Langsung Bersama Yesus
Mereka berkata, “Sesungguhnya, Tuhan telah bangkit. Dia menampakkan diri-Nya kepada Simon!” Lukas 24:34 AVB Pada mulanya dua orang murid yang dalam perjalanan ke Emaus nampak Yesus tetapi mereka langsung tidak perasan siapa Dia itu. Setelah mereka mengenal Peribadi unggul yang bersama mereka dalam perjalanan sebenarnya Yesus, mereka terus bangkit untuk balik ke Yerusalem. Di sana mereka mendapati sebelas orang rasul Yesus sedang berkumpul dengan pengikut yang lain. Mereka mem


Apakah Yang Kamu Percakapkan?
Yesus berkata kepada mereka, “Apakah perkara-perkara yang sedang kamu bincangkan dalam perjalanan kamu ini?” Lukas 24:17 AVB Pada hari itu juga dua orang antara murid Yesus sedang dalam perjalanan ke sebuah kampung yang bernama Emmaus, kira-kira sebelas kilometer jauhnya dari Yerusalem. Sambil kedua-duanya berjalan, mereka berbual-bual dan berbincang tentang segala yang terjadi. Ketika itulah, Yesus sendiri menghampiri mereka lalu berjalan bersama-sama dengan mereka. Wala


Jangan Khuatir Kiranya Pemberitaan Kita Tidak Diterima
Tetapi mereka itu menganggap apa yang dikatakan oleh perempuan-perempuan itu sebagai karut lalu tidak percaya kepada mereka. Lukas 24:11 AVB Setelah perempuan-perempuan tersebut menerima pemberitahuan daripada dua malaikat itu tentang apa yang terjadi kepada jenazah Yesus, mereka pun segara pulang untuk bertemu dengan sebelas orang rasul dan semua pengikut Yesus yang lain untuk menyampaikan berita yang disampaikan oleh malaikat Tuhan kepada mereka. Mereka, iaitu Maria ora


Dulu Tidak Mengerti, Sekarang Mengerti
“ Dia tiada di sini. Dia sudah bangkit! Ingatlah apa yang telah dikatakan oleh-Nya kepadamu ketika Dia di Galilea:” Lukas 24:6 AVB Ketika didapati jenazah Tuhan Yesus tiada lagi, mereka berdiri di situ dan berasa kebingungan tentang perkara ini. Tiba-tiba ada dua orang yang berpakaian berkilau-kilauan, berdiri di sisi mereka. Perempuan-perempuan itu sangat takut lalu menundukkan muka ke tanah. Kedua-dua orang itu muncul untuk memberitahu mereka apa yang terjadi kepada jen


Dalam Kebingungan Mereka, Malaikat Muncul
Mereka berdiri di situ dan berasa kebingungan tentang perkara ini. Tiba-tiba ada dua orang yang berpakaian berkilau-kilauan, berdiri di sisi mereka. Lukas 24:4 AVB Pada hari pertama minggu itu, iaitu pada hari Ahad, perempuan-perempuan yang datang bersama Yesus dari Galilea pergi ke makam-Nya ketika masih awal pagi lagi dengan membawa ramuan rempah yang telah disediakan mereka. Merempahi jenazah merupakan adat pengebumian orang Yahudi. Amalan merempahi jenazah biasa dilak


Tetap Setia Dalam Segala Keadaan
Perempuan-perempuan yang telah mengikut Yesus dari Galilea pergi bersama Yusuf untuk melihat makam itu dan bagaimana jenazah Yesus diletakkan di dalamnya. Lukas 23:55 AVB Setelah Tuhan Yesus menyerahkan roh-Nya ke dalam tangan Allah Bapa, Dia pun menghembus nafas-Nya yang terakhir. Terdapat seorang hartawan bernama Yusuf yang berasal dari kota Arimatea di negeri Yudea. Dia seorang yang baik dan benar. Walaupun dia seorang anggota Majlis Agama, dia tidak bersetuju dengan k


Tirai Pemisah Diruntuhkan
Tirai yang tergantung di dalam Bait Suci pun terbelah dua. Lukas 23:45 AVB Para askar menyalib Tuhan Yesus di Golgota yang bermaksud Tempat Tengkorak pada pukul sembilan pagi. Kira-kira dari pukul dua belas tengah hari hingga pukul tiga petang seluruh negeri itu diselubungi kegelapan kerana matahari berhenti bersinar. Tirai yang tergantung di dalam Bait Suci pun terbelah dua dari atas ke bawah. Yesus berseru dengan kuat, “Ya Bapa, Aku menyerahkan roh-Ku ke dalam tangan-Mu


Kita Diselamatkan Saat Kita Percaya dan Bertaubat
Yesus menjawab, “Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, pada hari ini juga engkau akan bersama-Ku dalam Firdaus.” Lukas 23:43 AVB Penjahat kedua menegur penjahat pertama yang menghina Yesus. Dia bertanya sama ada penjahat pertama itu takut akan Allah. Baginya, hukuman mereka itu adil kerana mereka menerima balasan yang setimpal selepas melakukan jenayah. Dia mengesahkan bahawa Yesus pula tidak melakukan kesalahan apa-apa. Lalu dia berkata kepada Yesus, “Ya Yesus, ingatilah ak
bottom of page
