top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Selidikilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain
Tetapi seorang penjahat lagi menegurnya, “Tidakkah kamu takut akan Allah? Kita sama-sama dihukum mati. Bagi kita, hukuman ini adil kerana kita menerima balasan yang setimpal; tetapi orang ini tidak melakukan kesalahan apa-apa.” Lukas 23:40-41 AVB Apabila sampai di tempat yang bernama, “Tengkorak”, Tuhan Yesus disalib bersama dua orang penjahat, seorang di sebelah kanan dan seorang di sebelah kiri-Nya. Dengan demikian, terlaksanalah apa yang tersurat dalam Kitab Suci: “Dan


Berdoa untuk Mereka yang Membenci Kita
Yesus berkata, “Ya Bapa, ampunilah mereka kerana mereka tidak tahu apa yang dilakukan mereka” Lukas 23:34 AVB Ada dua orang lain, iaitu kedua-duanya penjahat, yang akan disalib bersama Tuhan Yesus. Setelah mereka sampai di tempat yang bernama, “Tengkorak,” mereka pun menyalib Yesus dan kedua-dua orang penjahat itu, seorang di sebelah kanan dan seorang di sebelah kiri-Nya. Semasa Yesus di atas kayu salib, para aska mengambil pakaian-Nya lalu mereka membahagi-bahagikan pak


Tangisilah Diri Kita Sendiri
Yesus berpaling kepada mereka lalu berkata, “Kaum perempuan Yerusalem, janganlah tangisi Aku melainkan tangisilah dirimu dan anak-anakmu sendiri. ” Lukas 23:28 AVB Ketika para askar membawa Tuhan Yesus ke Golgota, iaitu tempat orang disalib, ramai orang mengikut Yesus. Pelaksanaan hukuman mati disalib dalam khalayak ramai pasti akan menarik perhatian banyak orang. Apa lagi orang yang dijatuhi hukuman ialah Yesus! Mereka teringat apa yang pernah dilakukan Yesus untuk mereka


Dipaksa atau Rela Memikul Salib
Ketika askar-askar membawa Yesus ke tempat orang disalib, mereka berjumpa dengan seorang lelaki yang bernama Simon. Dia berasal dari Kirene dan sedang dalam perjalanan ke kota. Askar-askar menangkapnya, memaksanya memikul salib Yesus dan berjalan di belakang-Nya. Lukas 23:26 AVB Orang ramai itu terus-menerus berteriak dengan kuat supaya Yesus disalib. Teriakan mereka yang tidak terkawal berjaya memaksa Pilatus membuat keputusan supaya tuntutan mereka itu dilaksanakan. Dia


Kerana Takut, Ikut Telunjuk Orang Ramai
Pilatus memutuskan supaya tuntutan orang ramai itu dilaksanakan. Lukas 23:24 AVB Pilatus memanggil ketua-ketua imam, para pemimpin masyarakat dan orang ramai lalu berkata kepada mereka bahawa dia telah menyoal Yesus di hadapan mereka dan tidak mendapati Yesus bersalah atas satu pun tuduhan mereka. Pilatus menyambung bahawa Herodes pun tidak mendapati Yesus bersalah kerana Yesus dihantar kembali kepadanya. Tiada apa-apa yang dilakukan Yesus sehingga Dia patut dijatuhi huku


Kerana Yesus Permusuhan Terlerai
Semenjak hari itu, Herodes dan Pilatus bersahabat; mereka bermusuhan sebelum itu . Lukas 23:12 AVB Apabila Herodes bertemu dengan Yesus, dia mengemukakan banyak soalan kepada Yesus tetapi Yesus tidak menjawab sepatah kata pun. Ketua-ketua imam dan ahli-ahli Taurat tampil ke hadapan dan melemparkan tuduhan terhadap Yesus. Di samping itu, Herodes dan askar-askarnya menghina Yesus dan sebagai ejekan mengenakan pakaian indah pada-Nya lalu menghantar Yesus kembali kepada Pilatus


Sebab Herodes Mengemukakan Banyak Pertanyaan
Jadi, Herodes mengemukakan banyak soalan kepada Yesus tetapi Yesus tidak menjawab sepatah kata pun. Lukas 23:9 AVB Apabila Herodes melihat Yesus, dia sangat gembira. Sudah lama dia hendak bertemu dengan Yesus kerana dia telah mendengar banyak hal tentang Yesus. Lagipun, dia berharap dapat menyaksikan Yesus melakukan mukjizat. Jadi, Herodes mengemukakan banyak soalan kepada Yesus tetapi Yesus tidak menjawab sepatah kata. Yesus tidak menjawab semua pertanyaan Herodes ker


Rasa Ingin Tahu Herodes yang Meleset Terhadap Yesus
Apabila Herodes melihat Yesus, dia sangat gembira. Sudah lama dia hendak bertemu dengan Yesus kerana dia telah mendengar banyak hal tentang Yesus. Lagipun, dia berharap dapat menyaksikan Yesus melakukan mukjizat. Lukas 23:8 AVB Setelah Tuhan Yesus disoal siasat oleh Pilatus, dia berkata kepada ketua-ketua imam dan orang ramai itu bahawa dia tidak mendapati Yesus bersalah. Akan tetapi, mereka semakin mendesak bahawa Yesus menghasut orang di seluruh Yudea supaya memberontak d


Yesus Tenang Menghadapi Tuduhan Terhadap-Nya
Mereka mula menuduh Dia, “Kami telah mendapati orang ini menyesatkan bangsa kami, menghasut orang supaya tidak membayar cukai kepada Kaisar dan mengaku diri-Nya Kristus, seorang raja!” Lukas 23:2 AVB Awal-awal pagi lagi ketua-ketua imam segera bermesyuarat dengan para tua-tua, ahli Taurat dan seluruh Majlis Agama. Mereka berpakat untuk membunuh Yesus. Oleh itu, mereka menyuruh orang mengikat-Nya dan membawa-Nya untuk menghadap Pontius Pilatus, gabenor negeri Yudea pada ma


Hadapilah Segala Perkara dengan Tenang
Orang yang mengawal Yesus mengejek dan memukul Dia. Lukas 22:63 AVB Tuhan Yesus ditangkap oleh sepasukan askar dengan sebilangan pegawai, ketua-ketua imam, ahli-ahli Taurat dan tua-tua. Orang yang mengawal Yesus mengambil kesempatan untuk menganiayai dan mempermainkan-Nya. Lalu mereka mengejek dan memukul Yesus, menutupi mata-Nya dan bertanya, "Siapakah yang memukul Engkau? Buatlah nubuat!” Sebab orang ramai selama ini sentiasa mengatakan banyak perkara yang luar biasa tent
bottom of page
