top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Bertaubat untuk Kembali Kepada Allah
Petrus pun keluar lalu menangis dengan amat kesalnya. Lukas 22:62 AVB Ketika Petrus menyangkal Yesus untuk kali ketiga dengan berkata, “Aku tidak memahami apa yang kaukatakan. Biarlah Allah menghukum aku jika aku berdusta! Aku tidak kenal akan orang itu!” Pada ketika itu juga, sedang Petrus berkata-kata, ayam berkokok. Tuhan Yesus berpaling dan memandang kepada Petrus lalu Petrus pun teringat akan apa yang dikatakan Tuhan kepadanya bahawa, “Sebelum ayam berkokok pada hari i


Berdalih Memberikan Jawapan
Tetapi Petrus berkata, “Aku tidak memahami apa yang kaukatakan!” Lukas 22:60 AVB Sewaktu Petrus berada di halaman rumah Imam Besar Kayafas, dia ditemui oleh beberapa orang yang mengenal dirinya sebagai salah seorang pengikut Yesus. Dengan serta-merta Petrus menjadi cemas dan takut terhadap dakwaan mereka mengenai identiti dirinya. Buat kali pertama, seorang hamba perempuan melihat Petrus duduk berdiang memanaskan tubuhnya berdekatan dengan api unggun. Dia memandang kepada


Petrus Menyangkal Yesus
Apabila seorang hamba perempuan melihat Petrus duduk berdekatan dengan api unggun, dia memandang kepadanya dan berkata, “Orang ini juga bersama Dia.” Lukas 22:56 AVB Setelah ketua-ketua imam, ketua-ketua pengawal Bait Suci dan tua-tua datang menangkap dan mengikat Yesus, mula-mula mereka membawa-Nya ke hadapan Hanas, bapa mentua Kayafas dan mantan imam besar yang masih sangat berpengaruh dalam kalangan orang Yahudi. Kemudian mereka membawa Yesus ke rumah Kayafas yang bert


Dengan Ciuman Yudas Mengkhianati Yesus
Yesus berkata kepadanya, “Yudas, adakah dengan ciuman, engkau mengkhianati Anak Manusia?” Lukas 22:48 AVB Yesus bangun daripada berdoa, dan kembali kepada murid-murid-Nya. Dia mendapati mereka tertidur kerana sangat sedih. Dia berkata kepada mereka, “Mengapakah kamu tidur? Bangunlah dan berdoa supaya kamu tidak tergoda.” Ketika Yesus masih berkata-kata, sekumpulan orang datang. Yudas, seorang daripada dua belas murid-Nya memimpin mereka. Dia menghampiri Yesus untuk menciu


Yesus Ditangkap Pada Waktu Gelap
Kemudian Yesus berkata kepada ketua-ketua imam, ketua-ketua pengawal Bait Suci dan tua-tua yang telah datang untuk menangkap-Nya, “Perlukah kamu datang dengan pedang dan belantan untuk menangkap Aku seolah-olah Aku ini seorang penyamun?” Lukas 22:52 AVB Setelah itu, Yesus berkata kepada semua ketua imam, ketua pengawal Bait Suci dan para pemimpin masyarakat Yahudi yang datang ke situ untuk menangkap-Nya, “Adakah Aku ini penjahat sehingga kamu harus datang dengan membawa p


Semakin Sengsara, Semakin Tekun Yesus Berdoa
Dalam kesengsaraan Dia berdoa, peluh-Nya seperti darah menitik ke tanah. Lukas 22:44 AVB Oleh kerana kesengsaraan yang dipikul oleh Yesus semakin berat, maka Dia semakin bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah Bapa demi melaksanakan kehendak Bapa-Nya. Peluh-Nya yang menitis ke tanah pun seperti titik-titik darah yang menitis. Fenomena jasmani yang luar biasa ini berlaku apabila seseorang menghadapi tekanan yang teramat sangat, khususnya kesengsaraan rohani dan emosi yang b


Biarlah Kehendak Allah Yang Dilaksanakan
“Ya Bapa, jika berkenan kepada-Mu, jauhkanlah kiranya cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi bukannya kehendak-Ku melainkan kehendak-Mu yang dilaksanakan .” Lukas 22:42 AVB Sesampai Tuhan Yesus dan para murid-Nya di sebuah taman di Bukit Zaitun itu, Dia berkata kepada mereka, “Berdoalah kamu supaya kamu tidak tergoda.” Yesus pergi jauh sedikit daripada mereka, iaitu sepelempar batu jauhnya lalu berlutut untuk berdoa. “Ya Bapa, jika berkenan kepada-Mu, jauhkanlah kiranya


Berdoa Supaya Tidak Tergoda
Sesampainya ke tempat itu, Dia (Yesus) berkata kepada mereka, “Berdoalah kamu supaya kamu tidak tergoda.” Lukas 22:40 AVB Selepas itu, Tuhan Yesus meninggalkan kota Yerusalem lalu pergi ke Bukit Zaitun seperti kebiasaan-Nya. Murid-murid-Nya pergi bersama-sama. Sesampainya di sebuah taman di Bukit Zaitun, Dia berkata kepada mereka, “Berdoalah kamu supaya kamu tidak tergoda.” Yesus pergi jauh sedikit daripada mereka, iaitu sepelempar batu jauhnya lalu berlutut untuk berdoa.


Bergantung Sepenuhnya Pada Pemeliharaan Allah
Yesus berkata kepada mereka, “Ketika Aku mengutus kamu keluar tanpa dompet atau beg atau kasut, adakah kamu kekurangan apa-apa?” Mereka menjawab, “Satu pun tidak.” Lukas 23:35 AVB Yesus sekali lagi memperingatkan murid-murid-Nya tentang apa yang telah dialami mereka sejak mereka mengikut-Nya dalam pelayanan. Dia bertanya kepada mereka sama ada mereka pernah mengalami kekurangan apa-apa sewaktu Dia mengutus mereka untuk mengkhabarkan kerajaan Allah dari kampung ke kampung de


Mendoakan Kekuatan Iman Saudara Kita
“Tetapi Aku telah berdoa untukmu supaya imanmu tidak goyah. Apabila kamu kembali kepada-Ku, kuatkanlah saudara-saudaramu.” Lukas 22:32 AVB Tuhan Yesus secara peribadi meyakinkan diri Petrus bahawa Dia sudah berdoa untuk dirinya supaya imannya tidak akan goyah sewaktu dia melalui berbagai-bagai cubaan. Yesus sudah sedia maklum bahawa Petrus akan menyangkal bahawa dia mengenal-Nya sebanyak tiga kali sebelum ayam berkokok pada hari itu. Walaupun Petrus terkandas pada ketika
bottom of page
