top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Buli, Remaja Dan Tanggungjawab
Apabila saya membaca bahawa ibu bapa kini juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Antibuli 2026 sekiranya anak mereka terbukti melakukan buli, saya teringat kembali zaman remaja dan belia saya. Sejujurnya, ketika usia muda, ramai antara kita mungkin pernah melihat, mendengar atau berada dalam situasi buli. Ada yang menjadi mangsa, ada yang menjadi pemerhati, dan ada juga yang tanpa sedar pernah menjadi pelaku melalui kata-kata, ejekan, penghinaan atau tindakan yang menyak


Bukan Sekadar Diperbaiki, Tetapi Diciptakan Semula
"Salvation is not a patching up of the old person—it is a new creation." Semakin lama saya melayani semakin saya menyedari bahawa ramai orang datang kepada Tuhan dengan harapan agar hidup mereka hanya "dibaiki". Mereka mahu masalah mereka diperbetulkan, kegagalan mereka ditutupi, luka mereka dipulihkan, atau keadaan hidup mereka menjadi lebih baik. Namun Injil menawarkan sesuatu yang jauh lebih besar daripada itu. Keselamatan yang diberikan oleh Kristus bukan sekadar membaiki


Jika Saya Boleh Kembali Ke Umur 15 Tahun…
Perkongsian Peribadi: Beberapa hari yang lalu saya menonton sebuah siri drama sekolah Korea yang mengisahkan tentang kehidupan remaja, disiplin, persahabatan, kesilapan, tekanan hidup dan pilihan-pilihan yang akhirnya membentuk masa depan seseorang. Drama itu mengingatkan saya kembali kepada zaman sekolah rendah, sekolah menengah dan perjalanan hidup saya antara umur 15 hingga 30 tahun. Drama tersebut juga menyentuh isu disiplin sekolah, hubungan guru dan pelajar serta bagaim


Pelayanan, Kepimpinan dan Kerisauan Menuju Gereja 2050
Perkongsian Peribadi Apabila saya merenungkan tentang Gereja menjelang 2050, saya tidak melihatnya sekadar sebagai satu perbincangan akademik atau ramalan masa depan. Bagi saya, ia adalah satu panggilan yang sangat peribadi kerana setiap kali saya turun ke lapangan pelayanan sama ada ke Pulau Banggi, Nabawan, Pensyangan, Kaingaran, Malinsau, Ulu Lingkabau mahupun kawasan-kawasan pedalaman lain, saya sering bertanya kepada diri sendiri: "Apakah rupa gereja yang akan diwarisi o


Benih Yang Pernah Ditabur
Ada satu perkara yang Tuhan ajarkan kepada saya sepanjang perjalanan dalam pelayanan dan kepimpinan: tidak semua hasil yang kita usahakan akan kita nikmati sendiri, dan tidak semua benih yang kita tabur akan berbunga di hadapan mata kita. Sebagai seorang yang terlibat dalam pelayanan, saya tahu anda pernah melalui musim di mana usaha yang dilakukan seolah-olah tidak menghasilkan apa-apa. Ada perjalanan berjam-jam ke kawasan pedalaman, mesyuarat yang panjang, perancangan yang


Kenapa Bangga?
Bulan Jun sering dikaitkan dengan Pride Month. Istilah ini bukan lagi sesuatu yang asing dalam dunia hari ini, khususnya di negara-negara Barat. Seiring dengan perkembangan idea hak asasi manusia, pelbagai perkara yang suatu ketika dahulu dianggap bertentangan dengan norma masyarakat kini semakin diterima dan diraikan secara terbuka. Isu seperti hubungan sejenis, perkahwinan sejenis, pertukaran jantina, dan pelbagai identiti lain kini dihimpunkan di bawah istilah LGBTQ+. Jika


Alkitab Tidak Pernah Lapuk Ditelan Zaman
Perkongsian Peribadi Dalam Pelayanan & Kepimpinan Sepanjang lebih sedekad saya melayani dalam pelayanan penginjilan dan kepimpinan gereja, saya telah melihat banyak perkara berubah. Kaedah pelayanan berubah. Teknologi berubah. Generasi berubah. Cara komunikasi berubah. Bahkan cabaran yang dihadapi gereja hari ini jauh berbeza berbanding beberapa tahun yang lalu. Namun ada satu perkara yang saya dapati tidak pernah berubah iaitu Firman Tuhan. Alkitab adalah kitab janji-janji T


Apa Yang Kita Pandang, Itulah Yang Akan Kita Pancarkan
Sebagai seorang yang telah terlibat dalam pelayanan dan kepimpinan, saya belajar satu kebenaran yang sangat mendalam: apa yang paling banyak memenuhi fikiran kita akhirnya akan membentuk kehidupan kita. Tuhan mengingatkan saya melalui firman-Nya: "Dan kita semua mencerminkan kemuliaan Tuhan dengan muka yang tidak berselubung. Dan karena kemuliaan itu datangnya dari Tuhan yang adalah Roh, maka kita diubah menjadi serupa dengan gambar-Nya, dalam kemuliaan yang semakin besar." (


Sikap Menghadapi Penolakan Dan Ejekan
Baru-baru ini saya melihat gambar sebuah billboard yang memaparkan kata-kata: “Jesus Is Not God” dan “Jesus Did Not Pre-Exist in Heaven.” Bagi sesetengah orang percaya, kata-kata seperti ini mungkin menimbulkan rasa sedih, kecewa, atau bahkan marah. Namun apabila saya merenungkannya, saya teringat bahawa perkara seperti ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Sejak zaman para nabi, zaman Yesus, zaman para rasul, sehingga ke hari ini, sentiasa ada orang yang mempertikaikan, me


Berkat Atau Jerat?
Sewaktu saya membaca Alkitab dari kitab Kejadian, Hakim-Hakim, sehingga kepada zaman raja-raja Israel dan Yehuda, ada satu perkara yang sering membuat saya termenung dan merasa pelik. Generasi Israel pernah melihat laut terbelah, manna turun dari langit, tiang awan memimpin pada siang hari, dan tiang api menerangi malam mereka. Mereka melihat sendiri kuasa Tuhan di Mesir dan pemeliharaan-Nya di padang gurun. Namun setelah mereka masuk ke tanah perjanjian, menikmati kelimpahan
bottom of page
