Renungan: Mazmur 107:28-31 “Dibuat-Nya badai itu diam, sehingga gelombang-gelombangnya tenang.” (ayat 29)
Sewaktu berumur 46 tahun dan sedang menikmati puncak kerjayanya, David Ng, jejaka Singapura dijangkiti penyakit yang melumpuhkan semua otot dalam tubuhnya. Ahli neurologinya mengatakan dia sedang menghidap ALS.
“Penyakit apakah itu? Adakah penyakit ini serius?” tanya Daud kepada doktornya.
Penyakit itu menyerang tubuhnya dan pita suaranya serta mematikan kemampuannya untuk bertutur. David Ng tidak suka menganggu orang lain atau meminta pertolongan tetapi kini dia bergantung sepenuhnya pada pertolongan keluarganya. Dia memerlukan bantuan mereka untuk menyuapkannya, memandikannya serta memakaikan pakaiannya; pokoknya bantuan untuk segala yang diperlukan untuk meneruskan keberadaannya. Membunuh seekor nyamuk pun dia tidak berdaya!
David Ng berkata bahawa dalam enam tahun kebelakangan itu, dia telah mempelajari banyak tentang Tuhan dibandingkan dengan yang dipelajari seumur hidupnya. Tuhan telah memberi saya harta dalam kegelapan dan kekayaan-Nya disimpan di tempat rahsia supaya saya mengetahui, “Aku akan memberikan kepadamu harta benda yang terpendam dan harta kekayaan supaya engkau tahu bahawa Akulah Tuhan...” (Yesaya 45:3).
Pada waktu kegelapan hidup ini, dia belajar mengenai kerendahan hati, kesabaran dan daya tahan menderita serta menikmati kedamaian-Nya di lembah kegelapan. Berlian yang diperolehnya boleh dirumuskan dalam Yakobus 1:4, “Dan biarkanlah ketekunan itu memperoleh buah yang matang, supaya kamu menjadi sempurna dan utuh dan tak kekurangan suatu apa pun.”
Hargailah saat kegelapan yang terjadi dalam kehidupanmu. Mutiara-mutiara ilahi yang bersinaran akan mengukuhkan keperibadian anda serta menambahkan cinta anda kepada Tuhan. Pelajaran yang kita terima jauh luarbiasa berbanding dengan pelajaran yang kita pelajari pada waktu kita sihat walafiat.
Waktu angin kencang menghembus
Badai sungguh mengganas
Hatiku yang beriman menyanyi
Aku tahu, ya Tuhan Engkau berada di badai itu bersamaku
Berkatku berkelimpahan Hartaku tersimpan
Di tengah-tengah kegelapan
Terang-Mu terpancar indah saat ini
Doa: Tuhan, aku menyerahkan keberadaanku kepada Engkau. Di lembah kegelapan, Engkaulah Gembala jiwaku.
Yang Terbaik Bagiku Bapa mengetahui yang terbaik bagiku
Jadi kenapakah aku perlu takut dan sedih
Aku selalu ingin pelangi dan bebunga
Tetapi Dia tahu aku perlukan hujan.
Aku suka menyambut gelak tawa dan pemberian indah
Aku menantikan sorak sorai kemenangan Tetapi bagaimana boleh aku fahami titisan airmata orang lain
Kalau tidak aku tidak pernah menitis airmata?
Bapaku sedang melatih aku
Dengan penderitaan dan kesedihan Dia sediakan ujian untuk melembutkan hatiku
Kesabaran hidupku jelas terbentuk