Bacaan Alkitab Hari Ini : Kejadian 41-50
Tuhan adalah pemain catur yang pakar yang mengatur dan merancang checkmate terakhir; kesempurnaan semua perkara. Goncangan dan perubahan global akan meningkat. Pertarungan terakhir akan tiba, dan Dia mengajak kita untuk melihat Dia bekerja, membawa kehancuran kepada bangsa-bangsa dan menghancurkan senjata musuh.
Tidak ada yang terjadi tanpa izin Tuhan. Semasa goncangan, tujuan utama Tuhan adalah mempersiapkan Pengantin-Nya yang mulia dengan menyaring; memisahkan, mereka yang mempunyai isi yang dangkal, yang saleh daripada yang fasik, dan yang berkompromi daripada yang teguh. Dia sedang mempersiapkan pasukan yang tidak dicemari, yang satu fikiran untuk mempersiapkan jalan untuk kedatangan- Nya yang mulia.. Selain itu, Dia sedang menyiapkan jalan untuk penuaian terbesar sepanjang zaman sebelum kedatangan-Nya kembali. Akan ada jatuhnya orang-orang yang beriman dan bahkan beberapa orang pilihan akan tertipu.
Oleh itu, asingkanlah diri dengan gaya hidup tanpa kompromi! Seperti Yusuf, yang dipakai oleh Tuhan pada masa kritikal pada zaman Kuno Dekat Timur. Dia memegang teguh prinsip-prinsip Tuhan dengan setia tanpa menyerah kepada godaan, dan dia berpegang pada Tuhan di penjara bawah tanah. Melalui saat-saat getir dalam hidupnya Tuhan mempersiapkannya untuk menjadi bejana penyelamat dan pembebasan di tengah- tengah kebuluran yang teruk!
Marilah kita bersiap sedia, berakar teguh dalam Dia untuk berjaga dan berdoa tanpa henti. Bergabung dengan Dia dalam mempersiapkan jalan, menyingkirkan batu- batu dan rintangan-rintangan, membawa masuk kesempurnaan kerajaan-Nya yang dirasmikan oleh-Nya! DIAMLAH, Tuhan semesta alam, Tuhan Yakub, telah, sedang, dan akan menjadi tempat perlindungan kita; dan akan menyertai kita. Dia dimuliakan di atas bumi!
Doa Hari Ini :
Berdoa agar, di tengah-tengah pekerjaan Tuhan yang menggoncangkan dan menyaring, kita akan bersedia untuk dipisahkan dan menjalani gaya hidup tanpa kompromi, dan tidak mengikuti dengan arus dunia tetapi, sebaliknya, bijaksana, berjaga dan memandang karya Tuhan.
Berdoa agar lebih ramai pemimpin yang dipenuhi Roh serta pemimpin dengan visi dan kesedaran akan tujuan kerajaan Allah akan mengambil peranan kepemimpinan di semua institusi, termasuk yang ada dalam kerajaan dan gereja, dan agar mereka bekerja dan melayani dengan kebijaksanaan Tuhan untuk membawa berkat kepada semua.
Berdoa agar lebih banyak rumah-rumah kos rendah dapat dibina untuk memenuhi keperluan masyarakat Orang Asli dan Orang Asal.
terima kasih Tuhan, kami percaya segala yang berlaku di dunia ini bukannya kebetulan, segala yang berlaku, di balik semuanya itu, ada tangan yang berkuasa yang menguasainya, yakni Engkau yang berdaulat. kami siap siaga untuk disucikan sehingga kami benar-benar seperti Enggkau. kami akui bahawa kami sering berkompromi dengan keadaan dunia ini, walhal kami dinasihatkan supaya kami tidak seperti dunia ini, (Roma 12:2)
Amen kami akan sentiasa tinggal di tempat rahsia Yang Maha Tinggi dan akan menetap di bawah bayang-bayang Yang Maha Kuasa. (Mazmur 91).
Tuhan, dalam goncangan goncangan yang ada di sekeliling, bantulah kami untuk tetap teguh sehingga kedatangan-Mu yang kedua kali. Kami juga rindu untuk bergabung dengan Tuhan dalam segala perkara kerana kami tidak dapat berjalan sendiri..