Bacaan Alkitab Hari Ini: Keluaran 1-10
Khamis, 12 Ogos 2021
Dengan memberitakan pertaubatan dan kedatangan Kerajaan, Yesus memanggil kita untuk menjalani kehidupan yang di luar budaya kita di mana kita berada. Kita sering mendengar istilah, “Di dunia, tetapi bukan dari dunia.” Namun, ini tidak dapat dijelaskan atau dijangkakan kecuali dengan iman. Yohanes Pembaptis, menggemakan Yesaya, menyatakan, “ Persiapkanlah di padang gurun jalan untuk TUHAN, luruskanlah di padang belantara jalan raya bagi Allah kita “ (Yes 40:1-11, Mrk 1: 1-8).
Panggilan pertaubatan, “luruskanlah di padang belantara jalan raya bagi Allah kita” adalah tentang:
Panggilan untuk suatu proses, amalan, cara, gaya hidup, tindakan - dan bukan peristiwa tunggal, sekali peristiwa. Ini adalah persiapan untuk perjalanan panjang, bukan hanya ke tujuan tertentu.
Fokus baharu dalam hidup kita; dan langkah pertama, yang bermula di hati kita, adalah pilihan kita
Mengenal Tuhan tidak dengan cara yang sama kita mengenal orang lain atau apa pun.
Orientasi semula motivasi, hasrat, keinginan, keasyikan dan tujuan kita yang tersalah tempatnya.
Kerinduan yang terdalam kita tidak boleh pada keuntungan material dan Tuhan pada masa yang sama. (Mat 6:24). Perjalanan ke mana Yesus mengajak kita lebih cenderung membawa kita di antara yang ditolak oleh masyarakat.
Ini adalah perjalanan hati yang panjang yang mengizinkan Kristus untuk memancarkan terang-Nya dengan kuat di dalam dan melalui kita, jauh daripada cahaya kemasyhuran, kekayaan, kedudukan, dan perangkap duniawi yang mempesona. Kristus dilahirkan bukan di sebuah penginapan Betlehem yang terang, tetapi dalam kesederhanaan dan keadaan telanjang di kandang. Musa tidak bertemu Tuhan di istana agung Mesir, tetapi di padang gurun yang paling jarang dikunjungi manusia.
Bertaubat bererti mengubah keutamaan kita - kurang fokus pada diri kita sendiri dan lebih banyak pada orang lain. Keutaman kita beralih daripada kejayaan kepada makna. Ketika kita memalingkan wajah kita ke arah Tuhan, kita secara semula jadi tertarik ke arah yang berbeza, arah di mana ‘manusia lama’ kita akan hindari.
Doa Hari Ini:
Berdoa agar, sebagai umat Tuhan, kita akan cepat bertaubat dan berpaling daripada dosa atau kesalahan kita setelah diyakinkan oleh Roh Kudus dan kesaksian Firman-Nya yang hidup.
Berdoa agar, ketika terang Kristus bersinar, banyak orang akan menemukan harapan mereka di dalam Dia dan diterangi oleh pekerjaan Roh Kudus, hati mereka dilembutkan oleh kuasa Tuhan, dan akhirnya memberikan hati mereka kepada Yesus.
Berdoa agar kerajaan Malaysia perhatikan dengan saksama dan bertanggungjawab atas masalah pencemaran dan gangguan alam sekitar yang mengancam kesihatan dan keselamatan kebanyakan perkampungan Orang Asli dan Orang Asal dan memberikan mereka bantuan yang mereka perlukan.
Pertaubatan : Satu seruan agung untuk setiap lapisan umat Tuhan pada hari ini untuk mempersiapkan diri menanti kedatangan Tuhan.
Lagu selidiki aku .. Nikita.
Selidiki aku Lihat hatiku Apakah ku sungguh mengasihi-Mu Yesus?
Kau yang Maha Tau Dan menilai hidupku Tak ada yang tersembunyi bagi-Mu
T'lah kulihat kebaikan-Mu Yang tak pernah habis di hidupku Ku berjuang sampai akhirnya Kau dapati aku tetap setia
Roma 2:4 (AVB) Atau adakah kamu memperkecil kebaikan, kemurahan serta kesabaran Allah yang amat besar, dan tidak tahu bahawa kebaikan Allah membawamu ke pintu taubat? Mazmur 139:23-24 (AVB ) Telitilah aku, ya Allah, dan kenallah hatiku; dugalah aku dan ketahuilah kebimbanganku. Lihatlah jika ada kecenderungan durjana di dalamku, dan pimpinlah aku ke jalan yang kekal selama-lamanya.