Lagu ziarah. Dari jurang kesusahan, aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN. Jika Engkau terus mengingat dosa-dosa kami, siapakah yang dapat terlepas daripada hukuman? Tetapi Engkau mengampuni kami, supaya kami hormat dan taat kepada-Mu. Aku menanti-nantikan pertolongan TUHAN, dan berharap kepada firman-Nya. Aku menantikan Tuhan, lebih daripada penjaga malam menantikan subuh, lebih daripada penjaga malam menantikan fajar. Hai umat Tuhan, berharaplah kepada TUHAN, kerana Dia tetap mengasihi dan sentiasa bersedia menyelamatkan kamu. Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada segala dosa mereka.
MAZMUR 130:1, 3-8 BM