
Topik: Ambang Keremajaan (Eps 1)
Berbicara tentang keremajaan, itu pasti sangat tidak asing bagi kita semua. Nah, apakah keremajaan? Secara dasar, menempuh keremajaan merupakan salah satu peringkat kehidupan yang sangat penting. Hal ini kerana, pada peringkat inilah perubahan dan peralihan dari remaja terjadi, fasa ke fasa sehingga pembentukkan keperibadian seseorang itu terjadi dan pastinya memberi impak besar terhadap kehidupan seterusnya.
Persoalan pertama; Tahukah anda berapakah usia remaja? Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, REMAJA terdiri dari dua kategori iaitu Remaja Awal yang berumur antara 10 -14 Tahun; Remaja Akhir yang berumur 15 - 20 Tahun.
Nah, di fasa keremajaan inilah seseorang itu mengalami masa krisis terutama dalam identiti dan kekeliruan tujuan kehidupan. Pastinya akan muncul segala macam pertanyaan yang seakan akan mencabar akal, sehingga mereka akan mencuba bermacam cara untuk membuktikan sesuatu yang diragui mereka. Saya juga remaja, punya fasa yang dimana saya ingin mencuba sesuatu yang baharu. Dan saya percaya juga anda pernah mengalaminya. Banyak "drama-drama" kehidupan seperti, percintaan, patah hati, ingin kebebasan, mahu penampilan yang bagus dan sebagainya...
Sebelum kita memasuki kedalaman, saya ada satu cerita yang saya fikir menarik untuk dikongsikan…
Cerita ini bermula dengan seorang anak muda bernama Alexis yang merupakan anak kepada Pajuan dan Monisa yang pada saat ini berumur 17 Tahun. Alexis sangat taat kepada ibu bapanya, bahkan dia seorang yang jujur dan sangat suka hadir ke gereja. Pajuan merupakan seorang Kristian sejak lahir tetapi dia merupakan Kristian suam kuku, manakala, Monisa dikatakan sebagai seorang Kristian yang taat dan merupakan pelayan gereja. Setiap minggu, keluarga ini akan pergi ke gereja. Monisa selalunya akan berada atas mimbar, Alexis pula selalu duduk di kerusi barisan hadapan, namun Pajuan selalu duduk kerusi paling belakang. Ketika ibadah raya berlansung, Pajuan akan focus dengan telefon pintarnya. Di rumah pula, Pajuan merupakan seorang yang panas baran sehingga satu kali dia pernah memukul Alexis sehingga lebam. Pajuan juga suka berjudi dan minum minuman keras. Hampir setiap malam Pajuan akan pergi ke tempat kawanya untuk berjudi. Jika kalah, maka dia akan meninggikan suara dan memarahi Alexis dan Monisa. Pada suatu hari, Ketika Alexis balik dari kelas tambahan, di telihat ayahnya dengan perempuan lain. Di situ, hatinya remuk dan sangat kecewa dengan sosok seorang ayah yang dia miliki. Dia berfikir bahawa ayahnya, Pajuan, sangat jijik dan dia mulai menternak perasaan benci terhadap ayahnya. Akibat dari hal ini, Alexis berubah. Dia pandai menipu Ibunya, dia mula bergaul dengan rakan yang negatif. Lama kelamaan, dia mulai pandai merokok secara diam dan selalu minum minuman keras……
bersambung......
mungkin rakan-rakan seiman pernah dengar orang kata: “we're not human making, but human being” atau lebih kurang maksudnya: “kita bukan pembuat manusia, tetapi membentuk sifat kemanusiaan / keperibadian”. peranan kita membentuk anak-anak sesuai dengan kehendak Tuhan. jangan hanya pandai berbangga gara-gara anak yang banyak, sedang anak-anak terpengaruh dengan tingkah laku negatif orang tua mereka. bapak borek anak rintik. baik, kita masih lagi menantikan kelanjutan ceritanya. ramai orang sedang berduyun-duyun / berpusu-pusu / berbondong-bondong menanti-nantikan cerita anda, terima kasih. stay bless, stay safe.
Ibu bapa .Tanggungjawab terhadap anak tinggi. Tuhan ampuni kecuaian kita sebagai ibubapa.
Tq. Can’t wait for Eps 2.