Pada malam sebelum kematiannya, Yesus memerintahkan para pengikutnya, "Tetaplah di dalam-Ku seperti Aku di dalammu. Ranting tidak dapat berbuah jika terpisah dari pokok anggur. Demikian jugalah kamu: Kamu dapat berbuah hanya jika kamu tetap di dalam-Ku." (Yohanes 15:4 AVB)
Yesus mengatakan bahawa perhubungan kita dengan Tuhan secara rohani adalah seperti ranting yang melekat pada pokok anggur. Kita tidak akan mempunyai hasil atau produktiviti dalam hidup kita jikalau kita berada di luar sana daripada perhubungan dengan Tuhan secara sendirian. Kita mesti terus berhubung dengan tubuh Kristus.
Untuk pokok, cabang yang terputus tidak akan berbuah. Sama untuk kita. Apabila kita tidak berhubung secara rohani, kita bukan sahaja mula reput dan mati, tetapi kita juga tidak mempunyai produktiviti yang baik di dalam hidup kita.
Jadi saudara-saudari, buah apa yang harus kita hasilkan semasa kita bersama dengan tubuh Kristus?
Galatia 5:22-23 (AVB) 22 Sebaliknya, buah Roh ialah kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, 23 lemah lembut dan penguasaan diri. Tiada hukum yang menentang segala ini.
Buah Roh adalah bukti bahawa kita terhubung secara rohani. Sekiranya anda tidak melihat diri anda berkembang dalam semua perkara di atas, ia bermaksud kita tidak berhubung secara rohani.
Tuhan mengatakan bahawa hubungan rohani adalah sangat penting. Sebenarnya, kita tidak akan mempunyai hasil atau produktiviti dalam hidup kita jika kita berada di luar perhubungan dengan Yesus.. Kita mesti dihubungkan dengan tubuh Kristus.
Mari kita sama-sama renungkan hari ini .. apakah kita tetap bersama dengan Yesus?