Markus 3:1-6.
1Kemudian Yesus masuk semula ke saumaah.i Di situ ada seorang yang lumpuh sebelah tangannya. 2Ada beberapa orang cuba mencari alasan untuk menuduh Yesus. Oleh itu, mereka mengawasi Yesus sama ada Dia menyembuhkan orang itu pada hari Sabat. 3Yesus berkata kepada orang yang lumpuh sebelah tangannya itu, "Berdiri, marilah ke depan." 4Kemudian Dia menyoal orang di situ, "Manakah yang boleh kita lakukan pada hari Sabat: berbuat baik atau berbuat jahat? Menyelamatkan atau membinasakan nyawa?" Tetapi semuanya berdiam diri.
5Yesus memandang orang di sekeliling-Nya dengan rasa marah dan amat dukacita dengan mereka yang begitu keras hati. Lalu Dia berkata kepada orang yang lumpuh sebelah tangannya itu, "Hulurkan tanganmu." Orang itu pun menghulurkan tangannya yang lumpuh, lalu tangan itu terus sembuh. 6Orang Farisi keluar dari situ lalu segera berpakat dengan beberapa anggota golongan Herodes untuk membunuh Yesus.
Pembangkang terhadap Yesus kian bertambah. Ada orang mengawasi Yesus untuk mencari sebab untuk menuduh dia. Kebetulan ada seorang cacat di saumaah pada hari Sabat itu. Orang ramai sudah tahu bahawa menyelamatkan nyawa dibenarkan pada hari Sabat. Juga orang tahu Yesus, Anak manusia adalah Tuhan atas hari Sabat. Sekarang ada peluang untuk mendalami ajaran mengenai Sabat.
Maka Yesus tanya soalan : "Manakah yang boleh kita lakukan pada hari Sabat: berbuat baik atau berbuat jahat? Menyelamatkan atau membinasakan nyawa?”(ayat 4) Untuk faham soalan ini, kita rujuk balik ke contoh Yesus mengenai Raja Daud makan roti persembahan. Di sini, tidak makan ialah ikut hukum (baik) dan makan ialah ingkar hukum (jahat). Waktu makan roti larangan itu, makan menyelamatkan nyawa orang lapar (baik) dan tidak makan mudaratkan nyawa (jahat). Soalan Yesus tepat sekali. Jawaban jelas sekali ialah buat baik. Kita bukan sahaja kena pilih antara baik dan jahat pada hari Sabat. Tiap-tiap hari kita mesti pilih untuk buat baik.
Orang ramai tidak menjawab. Tidak menjawab sebenarnya adalah satu pilihan. Mereka tidak menjawab oleh kerana jawaban mereka (buat baik) bukan bahan untuk menuduh Yesus. Apa yang didalam hati mereka sudah nyata. Mereka bukan mahu belajar kebenaran tetapi niat mereka ialah mahu cari alasan untuk menuduh Yesus. Teguran Yesus tepat untuk orang ramai di situ hari itu di saumaah itu.
Maka Yesus sembuh orang itu. Dan kebencian orang Farisi terhadap Yesus bertambah.
Apakah aplikasi untuk kita? 1. Sabat diwujudkan untuk manusia dan bukan manusia untuk Sabat. Kita dibenarkan laku baik pada hari Sabat. 2. Jaga hati kita dengan baik. Kadang-kadang apa yang kita harapkan Tuhan jawab, tidak dijawab. Bersuykur, terima saja jawaban Tuhan. Jawaban itu walaupun tidak ikut spesifikasi kita, ialah untuk kebaikkan kita. Jangan keras hati saperti orang ramai dalam peristiwa ini.
Tuhan berkati.