Sementara menunggu waktu untuk berdoa bersama rakan rakan dari pasukan penari, saya berdiri di tepi tingkap gedung gereja. Menatap langit yang indah dengan kepulan awan yang menghiasi angkasa, tiba tiba sekawanan burung burung gagak datang berlegar legar di atas. Bersama dengan rakan sepasukan pelayanan saya, kami agak teruja melihat begitu ramai burung gagak berterbangan di langit dan dalam masa yang sama merasa agak geli kerana burung gagak tidak seperti burung burung yang lain. Ia suka makan makanan yang mati.
Sekembalinya saya ke rumah, saya melihat video ini sekali lagi dan saya terus diingatkan tentang bagaimana kehidupan kita sering berfokuskan hal hal yang merungsingkan kita. Seperti burung gagak. Hal hal yang membuat kita risau, ketakutan dan banyak hal hal duniawi yang berlegar legar dalam fikiran kita. Sehingga kita lupa tentang satu hal yang lebih besar dari kawanan burung gagak, iaitu angkasa. Langit yang terbentang luas. Itulah Tuhan, yang menciptakan dunia ini, Tuhan yang mengatur segala masa.
Bagaimana dengan anda? Apakah anda membiarkan hal hal seperti burung gagak menghalang anda melihat langit yang terbentang luas? Fokuskan pandangan kepada angkasa dan anda akan melihat betapa kecilnya burung gagak itu...