Renungan Harian Markus 1: 14-20
Panggilan dan Jawapan
Apakah tujuan Markus dalam petikan ini? Dari awal, Markus sudah maklum kepada pembaca asal dan kepada kita bahawa cerita dia ialah berita baik mengenai Anak Allah, Yesus Kristus, yang mengenapi nubuat Yesaya. Yohanes Pembatis akui Yesus sebagai Anak Allah. Allah sendiri akui AnakNya. Markus maklum kita Yesus ialah ilahi dan dia punya tugas sudah mula.
Sekarang focus ialah Yesus Kristus Anak Allah, Messias Israel. Di Daerah Galilea, daerah dimana Yesus Kristus dibesarkan, Yesus panggil murid-murid yang pertama. Yang di pilih lalu di panggil ini ialah nelayan. Tetapi Yesus juga panggil pemungut cukai dan pencuri. Dan dia panggil seorang Farisee juga.
Semua yang dipanggil ini sudah tahu orang yang memanggil mereka ini ialah Anak Allah. Yohanes pembaptis sudah lakukan tugasnya.
Kita boleh belajar dari cara empat orang ini menyahut panggilan Yesus. Mereka segera tinggalkan kerja mereka dan ikut Yesus Messias mereka.
Peristiwa panggilan murid -murid Yesus yang pertama dan jawapan mereka ada aplikasi untuk kita. Aplikasi bukan waktu kita di panggil kita harus tinggalkan profession kita dan menjadi pastor atau missionary. Empat murid yang pertama ini dipanggil untuk menjadi penjala manusia (Matius 4:19) Penjala manusia ialah missionary. Tidak semestinya setiap orang yang dipanggil Yesus hari ini di panggil untuk jadi missionary. Kalau panggilan kamu ialah missionary lintas budaya, kamu kena tinggalkan kampong mu dan pergi lah ke ladang mu. Setiap orang yang dipanggil ada panggilan sendiri. Yang penting ialah kita jawap “Ya.”
Itu lah aplikasi peristiwa ini. Kalau dipanggil, kita harus jawab dengan “Ya, Tuhan saya datang.” Mengapa? Kerana yang panggil kita ialah Yesus Kristus sendiri, Raja segala Raja dan Tuan segala Tuan.(Wahyu 19:16) Kalau boss syarikat kamu panggil kamu kamu, macam mana kamu responi? Kalau Raja segala Raja dan Tuan segala Tuan panggil kamu macam mana kamu responi?
Kalau kamu bukan orang yang percaya Yesus Kristus , saya mahu kamu tahu bahawa Allah, Pencipta dan Mahakuasa yang hantar AnakNya Yesus Kristus untuk mati untuk dosa kita , memberi satu jemputan untuk kamu datang dan ikut Yesus Kristus. Apakah jawapan kamu?
Empat murid yang pertama dengar panggilan Yesus dan mereka punya jawapan ialah “Ya Tuhan saya datang”
Jawapan kamu?
Ya Tuhan, inilah aku 🙌🏼
Jika yang sayang sekali pada anda memanggil anda, apa jawapan anda? .......🤗🤗bila jawapannya ya kepada TUHAN, semoga sukacita dan kasih NYA berlimpah-limpah bagi anda.
🙌🏼