Markus 3: 31-35. Saudara Mara Yesus Kristus.
31Apabila ibu dan saudara-saudara Yesus tiba, mereka menanti di luar dan menyuruh orang memanggil-Nya. 32Pada waktu itu, orang ramai duduk di sekeliling Yesus berkata kepada-Nya, "Lihatlah! Ibu dan saudara-saudara-Mu ada di luar. Mereka hendak bertemu dengan-Mu."
33Yesus menjawab, "Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?" 34Dia memandang semua orang yang duduk di sekeliling-Nya lalu berkata, "Lihat, inilah ibu dan saudara-saudara-Ku! 35Sesiapa yang melakukan kehendak Allah, dialah saudara lelaki, saudara perempuan, dan ibu-Ku."
Penantian di luar menyebabkan mesej dihantar ke Yesus. Peristiswa ini ialah perlakuan yang biasa, tetapi Yesus mengunakannya untuk ajar sesuatu. Apakah ajaran itu? Ajaran itu ialah: 35Sesiapa yang melakukan kehendak Allah, dialah saudara lelaki, saudara perempuan, dan ibu-Ku."
Soalan yang penting yang timbul dari kata Yesus ialah apa itu kehendak Allah? Kehendak Allah ialah apa yang difirmankan oleh Allah. Allah ialah Allah yang berucap dengan ciptaanNya. Kita, manusia, ialah kemuncak ciptaanNya. Manusia, dicipta ikut rupa Allah boleh faham dan laku kehendak Allah. Sebelum Adam dan Hawa memberontak, mereka boleh berbual dengan Allah. Hari ini Allah bercakap dengan kita melalui Alkitab iaitu firman Allah. Dia juga bisik kepada kita melalui Ruh Kudus yang tinggal dalam setiap orang yang percaya. Orang yang mengkufuri Ruh Kudus kehilangan satu cara untuk Allah bercakap dengan dia. Bahkan dia tidak diampuni. (Lihat Renungan sebelum)
Laku kehendak Allah ialah laku baik, laku adil, laku kasih. Tetapi kehendak Allah yang paling penting sekali ialah ini: 40Demikianlah kehendak Bapa-Ku, iaitu setiap orang yang melihat Anak-Nya dan percaya kepada-Nya akan mendapat hidup yang kekal, dan Aku akan membangkitkannya pada hari akhir." (Yohanes 6:40). Sebenarnya percaya dalam Yesus ialah asas untuk kita laku kehendak Allah. Tanpa Yesus didalam kamu, kamu punya laku baik, laku adil, laku kasih diibaratkan sebagai kain kotor. (Yesaya 64:6)
Kamu mahu laku baik? Percaya Yesus dahulu. Dan kamu akan menjadi saudara mara Yesus. Kamu akan menjadi anak Allah.
Tuhan berkati.