Markus 1 :29-34
Markus 128Dengan demikian, khabar tentang Yesus segera tersebar ke seluruh Galilea.” Orang ramai di Galilea sudah tahu tentang kebolehan Yesus mengajar dengan wibawa dan mengusir roh Iblis.
29Yesus dan murid-Nya, termasuk Yakobus dan Yohanes, keluar dari saumaah itu lalu ke rumah Simon dan Andreas. 30Ibu mertua Simon sedang demam terbaring di tempat tidur. Setibanya Yesus di situ, Dia diberitahu tentang hal itu. 31Yesus menghampiri ibu mertua Simon, memegang tangannya dan menolongnya bangun. Demam wanita itu hilang lalu dia melayan mereka.
32Apabila malam menjelang, semua orang sakit dan orang yang dirasuk roh iblis dibawa kepada Yesus. 33Semua penduduk kota berhimpun di hadapan pintu itu. 34Yesus menyembuhkan ramai orang daripada pelbagai penyakit. Dia juga menghalau roh-roh iblis sambil memerintahkan mereka diam kerana mereka tahu siapa Dia.
Apakah kesimpulan orang ramai yang dengar atau baca petikan di atas? 1. Murid Yesus sendiri dengan mata sendiri nampak kuasa Yesus menyembuh orang sakit iaitu ibu mertua Simon Petrus. 2) Reputasi Yesus sudah tersebar luas, maka tidak hairan ramai orang sakit datang untuk disembuh Yesus. 3) Yesus punya kuasa atas roh Iblis bukan satu kali sahaja, tetapi nampak nya mengusir roh Iblis ialah satu perbuatan yang dia buat selalu.
Sesiapa sahaja yang ada penyakit fizikal atau spiritual boleh disembuh oleh Yesus. Kita yang baca petikan ini harus tanya siapakah orang ini yang bernama Yesus Kristus? Mengapa Markus pilih peristiwa-peristiwa penyembuhan saperti ini untuk diceritakan?
Selain buat kita berfikir, petikan ini ada aplikasi untuk kita. Kalau kita ada sakit-penyakit, kita juga boleh datang ke Yesus Kristus. Di sini timbul dua soalan: bolehkah orang Christian pergi jumpa doctor? Adakah jumpa doctor itu satu indicator kita kurang percaya Yesus? Jawaban: Kita rujuk kepada Nehemiah bab 1 dan 2. Nehemiah orang yang beriman. Tetapi dia tidak keberatan minta surat dan perlindungan dari raja Parsi. Kalau Nehemiah boleh minta tolong dari raja, kita oleh minta tolong dari doktor. Sains medical adalah berkat Allah kepada kita. Juga kita boleh buat 2 perkara serentak – berdoa dan pergi jumpa doctor. Orang Christian mempunyai kelebihan – kita ada Penyembuh Yesus Kristus dan kita ada doktor. Saya ada kesaksian. Di satu kampong orang Asli pada tengah malam, seorang ibu tua tiba-tiba asthma. Macam mana pergi Semenyih tengah malam? Macam mana bawah ibunya naik motosikal? Mustahil. Mereka berdoa sahajalah. Tuhan baik. Ibu tua itu sembuh.
Kalau ada orang yang ajar kamu buang semua ubat dan berdoa sahaja, itu salah. Kalau kamu patah kaki, berdoalah dan cepat pergi hospital. Kalau barah(cancer) kamu sudah teruk dan doctor kata tak ada harapan lagi, berdoalah. Mana tahu Yesus boleh sembuhkan.
Kawan-kawan kalian, hari ini berfikirlah siapa orang ini Yesus Kristus? Dia boleh sembuh orang sakit dan ruh Iblis ikut arahannya. Ruh Iblis pun kenal dia. Dan kita dalam zaman modern ini boleh disembuh oleh Yesus. Siapa orang ini?
Tuhan berkati.
Tuhan yang menyembuh! Haleluya!
Amen.