Semalam, saya menghadiri latihan menari di gereja tempat saya beribadah. Salah satu tarian tersebut menggunakan alkitab sebagai prop tarian. Alkitab berada dalam keadaan terbuka sepanjang sesi tarian tersebut. Pada hujung sesi latihan, mata saya tertuju kepada ayat di kanan bawah pada bahagian terbuka di Hosea 2:18-20 (BM)
Hai Israel, Aku akan menjadikan engkau isteri-Ku;
Aku akan berlaku jujur dan setia;
Aku akan menunjukkan kasih dan belas kasihan kepadamu, serta menjadikan engkau milik-Ku selama-lamanya.
Aku akan menepati janji-Ku dan menjadikan engkau milik-Ku, dan engkau akan mengakui Aku sebagai TUHAN.
Pada masa itu, Aku akan menjawab doa-doa umat-Ku Israel.
Setelah melalui badai yang kuat di dalam hidup saya dalam beberapa tahun ini, Tuhan menyatakan isi hati-Nya melalui firman tersebut. Betapa Dia memujuk seorang Lizawati yang dihancurkan oleh dunia. Sedikit di atas ayat tersebut, ada ditulis “Aku akan membawa dia ke padang gurun lagi. Di sana, Aku akan memujuk dia dengan kata-kata cinta." (Hosea 2:13)
Terkadang cara Tuhan menyampaikan cinta-Nya itu sedikit mengelikan hati namun membuat hati berbunga-bunga.
Dalam diam seorang penari yang masih tertatih-tatih mengejar pattern tarian, tersenyum lebar menerima "surat cinta" dari sang Kekasih Hati.
Tuhan memberkati.
*Nama Israel di ubah menjadi namamu di ayat alkitab tersebut

🙏
Amen!!