![](https://static.wixstatic.com/media/a27d24_340a46425b7041b699d2b9b558960896~mv2.jpg/v1/fill/w_147,h_66,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,blur_2,enc_auto/a27d24_340a46425b7041b699d2b9b558960896~mv2.jpg)
Oleh Ron Blue dan Jeremy L. White
Januari sudah sampai. Masa membuat azam tahun baru. Tetapi adakah anda perasan? Di sebalik semua perbincangan pada musim tahun baru tentang menurunkan berat badan, bersenam dengan lebih kerap, mengemaskan almari dan melunaskan hutang, hanya segelintir orang yang mengambil langkah pertama dan yang paling jelas ke arah mencapai objektif mereka – kita tidak menetapkan matlamat bertulis yang bermakna untuk diri kita sendiri. Akibatnya, keazaman kami cenderung lenyap apabila minggu pertama bulan Februari tiba.
Jika anda benar-benar mahu melaksanakan perubahan besar dalam hidup anda, anda perlu bersungguh-sungguh dan proaktif mengenainya. Pendekatan reaktif (iaitu tabiat biasa kami) tidak akan berjaya. Ini benar terutamanya apabila ia berkaitan dengan pengurusan kewangan.
Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab menguruskan rumah tangga tahu bahawa kedudukan kewangan yang baik adalah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan setiap keluarga.
Dalam erti kata lain, kewangan keluarga bukanlah sesuatu untuk dipermain-mainkan atau dibiarkan begitu sahaja. Jika kedudukan kewangan anda telah mencapai tahap di mana anda mendapati diri anda berasa cemas dengan ketibaan setiap bil baru – jika anda lazimnya berhutang dan tidak dapat tidur pada waktu malam dan tertanya-tanya bagaimana hendak menyara hidup – inilah masa untuk mengambil tindakan. Ingat, keputusan kita yang menentukan nasib kita. Jangan hanya risau tentang masalah dan kesulitan kewangan anda. Ambillah tindakan tegas dan hadapinya – sekarang juga, sebelum ilham tahun baru hilang!
Membuat Rancangan anda
Berikut ialah langkah-langkah yang perlu diikuti semasa anda membuat rancangan belanjawan yang boleh dilaksanakan.
1. Pertama, pastikan anda mengamalkan asas perancangan kewangan. Pengarang dan pakar perancangan kewangan Ron Blue mengatakan bahawa ia “semudah 4 - 5 – 6”:
a. Empat prinsip perancangan yang unggul untuk kejayaan kewangan:
• Berbelanja kurang daripada pendapatan anda.
• Elakkan hutang.
• Kekalkan kecairan (yakni sediakan simpanan kecemasan).
• Tetapkan matlamat jangka panjang.
b. Lima kegunaan asas wang:
• Membuat kebajikan.
• Cukai.
• Pembayaran balik hutang.
• Menyimpan/melabur.
• Memilih gaya hidup.
c. Enam matlamat kewangan jangka panjang yang biasa:
• Kebebasan kewangan.
• Menderma dengan maksimum.
• Penghapusan hutang.
• Pilihan gaya hidup.
• Keperluan keluarga.
• Memulakan perniagaan.
2. Berdasarkan garis panduan ini, luangkan sedikit masa bersama pasangan anda untuk menulis beberapa matlamat atau objektif kewangan khusus untuk tahun yang akan datang. Senarai anda mungkin termasuk “membiayai perbelanjaan perumahan kami,” “membuka akaun simpanan,” “lunaskan hutang kad kredit,” “menderma lebih kepada badan amal,” atau “membiayai yuran university untuk tahun pertama anak kami.” Proses ini amat penting untuk menjayakan sebarang penyediaan belanjawan. Anda tidak dapat mencapai tujuan anda tanpa matlamat yang ditentukan dengan terperinci.
3. Langkah seterusnya ialah merangkakan belanjawan anda. Langkah ketiga inilah yang menggerakkan proses ini ke arah yang lebih ketara dan praktikal. Anda boleh mulakannya dengan bertanya pada diri sendiri dua soalan mudah: “Apakah yang saya belanjakan sekarang?” dan “Apakah yang ingin saya belanjakan?” Tujuan soalan pertama ialah untuk membuat penilaian yang teliti terhadap amalan kewangan anda. Soalan kedua adalah tahap di mana rancangan perbelanjaan atau belanjawan baru anda benar-benar mula terbentuk.
4. Langkah keempat ialah penilaian semula. Sebaik sahaja anda merangka suatu belanjawan yang anda anggap sebagai realistik, laksanakannya, dan buat penyelarasan jika perlu, selama dua belas bulan. Pada penghujung masa itu, ambillah percutian hujung minggu untuk meneliti keputusan dan menentukan sama ada rancangan anda masih berkesan. Adakah ia memberi anda simpanan yang selesa – iaitu adakah anda mengakhiri tahun dengan wang tunai tambahan? Atau adakah anda gagal dan akhirnya terpaksa menanggung hutang? Jika anda mendapati diri anda berhutang, sudah tiba masanya untuk memperhalusi rancangan anda sekali lagi. Dalam erti kata lain, anda perlu memutuskan di mana anda boleh membuat potongan perbelanjaan. (Petunjuk: mulakan dengan perbelanjaan yang “tertakluk kepada budi bicara”, seperti hiburan dan belian barangan mewah.)
5. Kelima, adalah penting untuk memasukkan simpanan sebagai salah satu perbelanjaan bulanan. Dalam erti kata lain, kami menggalakkan anda untuk mendisiplinkan diri dengan mengekalkan kecairan kewangan. ‘Kecairan’ hanyalah istilah lain untuk tunai yang sedia ada.
6. Akhir sekali, jika hutang telah menjadi masalah, anda juga harus memasukkan beberapa jenis strategi pembayaran balik ke dalam pelan belanjawan bulanan anda. Ikuti strategi lima langkah ini untuk mengurus hutang dengan cekap dan mulakan penghapusan hutang sama sekali:
• Tentukan kedudukan anda dari segi kewangan. Dalam erti kata lain, tentukan jumlah hutang anda, termasuk gadai janji rumah dan sebarang pinjaman kereta.
• Berhenti menanggung lebih banyak berhutang. Jika perlu, potonglah kad kredit anda untuk mencapai matlamat ini.
• Berdasarkan aliran tunai dan perbelanjaan sara hidup anda, rangkakan pelan pembayaran balik. Tentukan berapa banyak wang yang anda boleh gunakan untuk membayar balik hutang setiap bulan. Cuba hapuskan hutang yang lebih kecil dahulu.
• Gunakan pelan ini sebagai sebahagian daripada belanjawan bulanan anda.
• Wujudkan akauntabiliti. Buat laporan tetap tentang kemajuan anda kepada rakan yang dipercayai atau penasihat kewangan.
• Beri ganjaran kepada diri anda apabila anda mencapai matlamat anda (tetapi jangan menanggung hutang apabila melakukannya!).
________________________________________
Dipetik daripada Complete Guide to Faith-Based Family Finances, diterbitkan oleh Tyndale House Publishers. Hak Cipta © 2008, Ron Blue dengan Jeremy L. White, CPA. Hak cipta terpelihara. Hak cipta antarabangsa diperolehi. Digunakan dengan izin.
Among these instruments, sukuk stands out as islamic car finance australia a prominent example. Sukuk, often referred to as Islamic bonds, represent ownership in tangible assets, projects, or services. Unlike conventional bonds that pay interest, sukuk holders receive a share of the profits generated by the underlying asset or project.