Mempunyai perkahwinan yang istimewa tidaklah sesukar seperti yang disangkakan.
Di sini saya mahu memberi anda satu cabaran. Cuba tanya diri anda 3 soalan kritikal ini sebelum anda tidur malam ini:
Apache perkara pertama yang anda katakan kepada pasangan anda ketika anda bangun pagi ini?
Semasa anda pergi bekerja, adakah anda memeluknya atau hanya melambai ketika anda keluar? (atau keluar tanpa berkata apa-apa pun?)
Semasa anda sampai di rumah selepas waktu kerja, adakah anda gembira untuk melihatnya atau hanya tertanya-tanya apakah hidangan untuk makan malam? (atau terus bermain dengan anak anda?)
Sikap dan tindakan kita setiap hari mempunyai kesan yang besar kepada keadaan perkahwinan kita. Tindakan kasih sayang dan hormat yang kecil, jika dilakukan secara konsisten merupakan asa penting dalam pembinaan perkahwinan yang luar biasa.
Apakah tindakan atau perbuatan kecil yang boleh anda amalkan hari ini untuk membawa kasih sayang Tuhan kepada pasangan anda? Pelukan kecil, kemanjaan, ucapan terima kasih, hubungan mata dan senyuman kepadanya…..
Amen. Satu tip yang sangat bagus untuk kita semua. Terima kasih ! “Suami, kasihilah isterimu, sebagaimana Kristus mengasihi jemaah dan menyerahkan diri-Nya untuk jemaah.” Efesus 5:25 AVB “Walau bagaimanapun, setiap orang daripada kamu hendaklah mengasihi isterinya seperti dirinya sendiri, dan isteri hendaklah menghormati suaminya.” Efesus 5:33 AVB