Seksualiti
Ramai lelaki Kristian mempunyai kehidupan seksual di luar perkahwinan baik di alam nyata, on-line atau pun di alam fantasi. Ramai wanita Kristian membenarkan fikiran mereka melantasi alam fantasi yang melebihi batas. Dan sayangnya, seperti Adam dan Hawa di Kejadian 3, ramai saudara-saudara seiman hidup dalam keadaan yang takut, sunyi dan malu.
Bagaimana dengan anda?
Dalam dunia yang amat seksual, Gereja Yesus Kristus mesti mengajar pengikut Kristus mengenai topik ini. Harapan biblical harus diberikan kepada semua pengikut Yesus. Lebih banyak perkahwinan perlu mengalami pengampunan, kebebasan, harapan dan keberanian Injil tentang seksualiti.
Berikut adalah beberapa pengajaran dari Alkitab untuk kita semua.
1) Seksualiti adalah sebahgian dari ciptaan Allah yang sempurna
Alkitab mengajar kita bahawa seks bukanlah masalah ataupun benda yang memalukan; sebaliknya ia adalah hadiah dari tuhan. Yesus tidak menderita dan mati di atas salib untuk membebaskan kita dari seks tetapi untuk membebaskan kita dari dosa seksual. Masalah kita bukan kerana kita adalah makhluk seksual. Masalah kita adalah kerana kita menyembah apa yang dicipta lebih daripada Pencipta (Roma 1:25) (we worship the creation more than the creator).
Seks adalah perkara yang baik dan indah, tetapi keberahian untuk perkara yang baik ini menjadi perkara yang buruk dan berbahaya apabila ia menjadi perkara terutama yang mengawal hati dan fikiran kita.
2) Peruntukan Salib adalah cukup untuk membersihkan kita dari segala dosa termasuk dosa seksual
Kita percaya bahwa Yesus mati untuk menebus semua dosa kita. Kebangkitannya membawa janji pengampunan dan kebebasan, tetapi ramai daripada kita mempunyai pemikiran yang salah iaitu kematian dan kebangkitan Yesus masih tidak mencukupi untuk menebus dosa seksual.
Alkitab tidak menyiifatkan dosa seksual sebagai sesuatu yang berbeza daripada dosa - dosa lain. Dosa seksual memang membawa akibat sosial dan peribadi yang berbeza dan lebih nyata, tetapi ia masih lagi dosa. Dalam Roma 1, Paulus menyenaraikan dosa seksual bersama dengan iri hati, sombong, gosip dan tipu daya. Ini tidak bererti kita mengecilkan dosa seksual tetapi kita perlu ingat bahawa peruntukan salib memang mencukupi.
Ingatlah, peruntukan salib bukan sahaja cukup untuk membersihkan kita dari dosa seksual malah ia pasti boleh membantu kita untuk mengatasi dosa-dosa seksual.
3) Anda tidak perlu menghadapi pertempuran ini sendiri.
Kerahsiaan gelap dosa seksual boleh membuat anda berasa terasing, salah faham dan ditolak oleh saudara seiman.
Mungkin anda berasa bersendirian, tetapi mustahil bagi anda untuk bersendirian kerana anda adalah anak Tuhan dan anda adalah anggota badan Kristus.
Allah juga telah menempatkan kita di Gerejanya kerana dia tahu bahwa perjalanan kita ke kesucian seksual adalah perjalanan bersama Komuniti Kristian. Seperti kata Paulus dalam Ephesus 4:16, semua anggota tubuh yang berlainan itu tersusun rapi, dan seluruh tubuh itu dihubungkan oleh sendi-sendi yang sudah tersedia.
Jika anda ingin mengalami kemenangan di dalam kehidupan anda, anda memerlukan saudara seiman untuk membantu anda melihat diri anda dari kaca-mata Alkitab kerana dosa membutakan anda. Anda juga memerlukan orang yang akan menyayangi dan mencabar anda apabila hati anda lemah.