Amanat Agung Matius 28:18-20 menyarankan kita untuk memuridkan semua bangsa. Oleh itu, tugas kita sebagai murid Yesus adalah untuk memuridkan orang lain.
Perkara yang pertama yang Yesus lakukan apabila telah memanggil ke 12 muridnya, ialah dengan mengajar mereka untuk menjangkau dan memuridkan orang lain.
Di dalam Matius 10,
Yesus mengutus mereka untuk pergi ke daerah bangsa-bangsa asing dan ke kota orang samaria (Orang yang dipandang rendah dan jijik oleh orang Yahudi pada ketika itu).
Dan khabarkan bahawa kerajaan syurga sudah dekat.
Mereka diberikan kuasa untuk menghalau roh-roh jahat dan menyembuhkan pelbagai penyakit dan kesakitan.
Dari awal lagi, Yesus mahu murid-muridnya belajar untuk memuridkan orang lain
Yesus mengutus mereka seperti domba di tengah serigala, dan mereka haruslah bijak seperti ular dan tulus seperti merpati.
Dan Yesus mahu mereka berani .. walaupun mereka ditangkap, Tuhan akan menyertai mereka dan mereka diberitahu jangan khuatir apa yang harus mereka katakan apabila mereka ditangkap, kerana mereka akan dipimpin oleh Tuhan apa yang harus mereka katakan.
Adalah penting untuk kita, pada hari ini, membuat keputusan untuk menyemai tabiat untuk memuridkan orang lain.
Izinkan kami kongsikan visi, pelipat-gandaan pemuridan.
Apabila Yesus menceritakan ibarat tentang seorang penyemai yang murah hati, (Dalam bahasa Indonesia - perumpamaan seorang penabur)
Ada benih yang jatuh di tepi jalan.
Ada benih yang jatuh di tempat berbatu yang kurang tanahnya
Ada benih yang jatuh di tempat yang bertanah tetapi penuh dengan duri.
Ada benih yang jatuh ke tanah yang subur, yang memberikan hasil 30, 60 dan 100 kali ganda.
A. Apakah Visi Gerakan Pemuridan?
Kumpulan yang kecil yang pertama, jikalau jatuh ke tanah yang subur, akan melipatganda .. dan melipatganda…
Jadi, hari, ini. Mari kita sama-sama doakan, termasuk saya sendiri, supaya kita adalah tanah yang subur, yang akan melipatgandakan murid Yesus.
Mungkin pertama kalinya, kita tidak berjaya, tetapi, jikalau kita tidak menyerah kalah dan terus memupuk disciplin untuk memuridkan orang lain, saya percaya, permuridan dan penginjilan akan menjadi satu tabiat yang natural.
B. Bagaimana memulakan kumpulan pemuridan?
Langkah #1: Berdoa
Sebelum Yesus memilih muridNya, Dia mengambil banyak masa berdoa.
Lukas 6:12-13
Langkah #2: Mebuat Pelan
Jikalau kita mahu berjaya di dalam sesuatu, kita harus membuat pelan.
Mana harus kita bertemu ?
Group di KD? Whatsapp? Zoom? Google Meet?
Masa untuk bertemu?
Berapa lama?
Apa yang akan dipelajari bersama?
Kumpulan 3-5 orang.
Langkah #3: Pilih
Kumpulan yang terdiri daripada orang-orang yang mempunyai sifat berikut F.A.T
Faithful
Available
Teachable
Setia
Bersedia
Boleh Diajar
2. Mencari Orang di dalam lingkungan pengaruh kita.
Langkah #4: Kumpul
Hubungi orang yang di dalam senarai kita.
Tanya: Mahukah anda mempelajari Alkitab bersama-sama dengan menggunakan material yang ada di dalam Akademi Komuniti Digital?
Langkah #5: Mulakan
Mulakan dengan serta merta apabila langkah 4 sudah selesai.
Belajar secara kendiri dengan aplikasi Akademi Komuniti Digital.
Berkumpul di tempat, masa yang ditentukan setiap minggu
Selamat melayani.
C. Bagaimana Mengendalikan Kumpulan Pemuridan?
#1: WELCOME
Membawa semua ahli Cell kepada fokus yang sama.
Mengeratkan di antara manusia dan manusia.
Membina perhubungan - daripada “superficial” kepada interaksi yang lebih dalam.
#2: WORSHIP
Kesatuan iman
Menyembah Tuhan ( Bukan supaya “Tuhan memberkati saya” tetapi bagaimana kita boleh melayani dan memberkati Tuhan)
Membolehkan kita merasai hadirat Tuhan
Memberikan ruang untuk Roh Kudus bekerja
Meluahkan perasaan kepada Tuhan
#3: WORD
Untuk membolehkan Tuhan berhubung dengan kita melalui Alkitab. (Belajar secara kendiri terlebih dahulu)
“Facilitate” proses pembelajaran kepada penukaran nilai. (mempraktikan)
Untuk membangunkan rohani (edify) dan melayani (minister) satu sama lain.
#4: WORKS
Mengingatkan visi dan amanat agung Matius 28.
Mendorong dan membuat pelan penginjilan.
Bagaimana boleh menggunakan material di Komuniti Digital untuk membuat penjangkauan dan penginjilan digital atau fizikal.
Kesimpulan
Kekuatan satu gereja adalah bergantung kepada betapa kuatnya kumpulan pemuridan di dalam gereja. Lebih-lebih lagi, di dalam musim yang sekarang ini. Permuridan secara fizikal atau virtual harus dilakukan, jikalau kita mahu melihat Amanat Agung Yesus Kristus diselesaikan.
Selamat Melayani.
Elder Ann Wan Kuan
Nota: Bahan pemuridan boleh di dapati di Akademi Komuniti Digital