top of page

Adakah Yesus Tuhan? Adakah Yesus mengaku dirinya Tuhan?





Yesus tidak pernah menyatakan dengan ketara di dalam Kitab Injil bahawa “Dia Adalah Tuhan”. Tetapi hal ini tidak bermakna Yesus tidak mengaku bahawa dirinya ialah Tuhan. Sebagai contoh, di Yohanes 10:30, “Bapa dan Aku satu”. Sekali imbas, hal ini nampaknya bukan satu pengisytiharan bahawa Dia ialah Tuhan. Tetapi, apabila melihat kepada reaksi orang Yahudi terhadap kata-kata Yesus, “Orang Yahudi di situ menjawab, ‘Kami mahu merejam kamu bukan kerana perbuatanmu yang baik, tetapi kerana kamu mengkufuri Tuhan! Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu menjadikan dirimu Tuhan!’”(Yohanes 10:33). Orang Yahudi faham bahawa percakapan Yesus itu telah menyamakan Dirinya dengan Tuhan. Dalam ayat berikutnya, Yesus tidak berkata, “Saya bukan Tuhan.” Hal ini menunjukkan bahawa Yesus benar-benar mengaku Dirinya Tuhan apabila berkata “Bapa dan Aku satu.” Yohanes 8:58 ialah contoh lain, Yesus menjawab, ‘Apa yang Aku katakan ini benar: Sebelum Abraham dilahirkan, Aku sudah ada’. Sekali lagi, reaksi orang Yahudi adalah hendak membalingkan batu pada Yesus untuk membunuhnya (Yohanes 8:59). Jika Yesus tidak menyatakan sesuatu yang dianggap kufur maka orang Yahudi tidak akan cuba membunuhnya.


Yohanes 1:1 menyatakan, “Firman itu bersama-sama Allah dan Firman itu adalah Tuhan.” Yohanes 1:14 pula menyatakan, “Firman itu sudah menjadi Manusia dan tinggal antara kita.” Hal ini jelas menunjukkan bahawa Yesus ialah Tuhan dalam bentuk manusia. Kisah Para Rasul 20:28 menyatakan, “Hendaklah kamu menjaga diri serta menjaga jemaah yang sudah diserahkan kepada pemeliharaan kamu oleh Roh Allah. Jagalah jemaah Allah seperti gembala menjaga domba, kerana Allah sudah menjadikan jemaah milik-Nya sendiri melalui kematian Anak-Nya.” Kisah Para Rasul 20:28 mengumumkan bahawa Tuhan membeli jemaah Tuhan dengan darahnya sendiri. Oleh itu, Yesus ialah Tuhan.


Tomas, murid Yesus berkata, “Tuan dan Tuhan saya.” (Yohanes 20:28). Yesus tidak menafikan kata-katanya. Titus 2:13 menggalakkan kita untuk menunggu Tuhan dan Penyelamat kita, iaitu Yesus Kristus (2 Petrus 1:1). Di Ibrani 1:8, Tuhan Bapa mengumumkan, “Takhta-Mu, ya Allah, akan kekal selama-lamanya! Engkau memerintah umat-Mu dengan keadilan”.


Di Wahyu, seorang malaikat mengarahkan Yohanes supaya hanya menyembah Tuhan (Wahyu 19:10). Beberapa kali Yesus menerima penyembahan daripada orang (Matius 2:11; 14:33; 28:9,17; Lukas 24:52, Yohanes 9:38). Dia tidak menggertak orang yang menyembahnya. Jika Yesus bukan Tuhan, dia akan menghentikan orang daripada menyembahnya, seperti malaikat di Wahyu. Terdapat banyak ayat-ayat di dalam Kitab Injil yang menunjukkan ketuhanan Yesus.


Alasan yang paling penting adalah jika Yesus bukan Tuhan, maka kematiannya tidak dapat membayar denda dosa manusia (1 Yohanes 2:2). Hanya Tuhan yang dapat membayar denda yang besar itu. Hanya Tuhan yang dapat menanggung dosa dunia ini (2 Korintus 5:21), mati dan bangkit semula – membuktikan Yesus memenangi dosa dan kematian.


Sumbangan dari www.gotquestions.org

bottom of page