top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Jauhkanlah Dirimu daripada Bertuhankan Wang
“Kerana kamu tahu bahawa orang yang berzina, melakukan kecemaran, atau tamak haloba — yang sama dengan penyembah berhala tidak akan mewarisi kerajaan Kristus dan Allah.” Efesus 5:5 (AVB) Paulus memberikan amaran kepada jemaat di Efesus tentang bahaya ketamakan. Ketamakan disamakan dengan penyembahan berhala kerana seseorang boleh meletakkan wang, harta, atau keinginan untuk memiliki sesuatu lebih tinggi daripada Tuhan. Wang sememangnya diperlukan dalam kehidupan. Dengan wang,


TEGUH SAMPAI AKHIR — APA ERTI SEBUAH KEHIDUPAN YANG SETIA?
Beberapa hari ini saya merenungkan kisah daripada buku Strong to the End: The Simple Service and Sudden Sacrifice of the Martyrs in Haiti. Buku ini membawa saya melihat kembali satu persoalan yang sangat dekat dengan kehidupan dan pelayanan saya: Apakah sebenarnya ukuran sebuah kehidupan yang berjaya di hadapan Tuhan? Adakah kerana kita hidup lama? Adakah kerana pelayanan kita besar? Adakah kerana ramai orang mengenali kita? Adakah kerana pekerjaan kita berjaya? Atau kerana k


Tinggalkan Dosa, Hiduplah dalam Kerajaan Allah
“Kerana kamu tahu bahawa orang yang berzina, melakukan kecemaran, atau tamak haloba — yang sama dengan penyembah berhala tidak akan mewarisi kerajaan Kristus dan Allah.” Efesus 5:5 (AVB) Paulus memberikan amaran yang tegas kepada jemaat di Efesus tentang kehidupan yang tidak sesuai dengan identiti mereka sebagai umat Tuhan. Perzinaan, kecemaran, dan ketamakan tidak seharusnya menguasai kehidupan orang yang telah menerima kehidupan baharu dalam Kristus. Mengapakah perkara-perk


Motif Rancangan Yang Salah, Memimpin Kepada Kehancuran
Dalam hidup ini kita perlu ada perancangan dalam segala yang kita mahu lakukan, perancangan akan memimpin kita arah yang kita mahu capaikan. Tanpa perancangan maka kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan pada hari yang mendatang. Oleh itu, Perancangan dalam hidup memainkan peranan yang sangat penting dalam menggerakkan sesuatu kumpulan. Oleh itu, Perancangan haruslah berdasar pada hati Tuhan, sebab tanpa bimbingan Tuhan maka bangsa akan menjadi bangsa yang penuh kekacauan


Hendaklah Sentiasa Mengucap Syukur kepada Allah
“Jauhi kekotoran, percakapan tidak berakal dan lawak jenaka lucah, kerana segala ini tidak wajar, sebaliknya eloklah kamu mengucapkan kata-kata kesyukuran.” Efesus 5:4 (AVB) Paulus menasihatkan jemaat di Efesus supaya menjauhkan diri daripada kekotoran, percakapan tidak berakal, dan lawak jenaka lucah. Sebaliknya, mereka harus menggunakan perkataan mereka untuk mengucapkan kata-kata kesyukuran kepada Allah. Mengapakah Paulus mendorong jemaat di Efesus supaya mengucap syukur?


Sukacita Di Tengah Masalah
Ada waktunya hidup tidak berjalan seperti yang kita harapkan. Doa belum terjawab, jalan terasa sukar, tanggungjawab semakin berat, dan hati mungkin penat menanggung banyak perkara. Namun, sukacita bukan bukti bahawa hidup kita tanpa masalah. Sukacita adalah bukti bahawa di tengah segala masalah, kita masih percaya bahawa Tuhan lebih besar daripada apa pun yang sedang kita hadapi. Iman yang dewasa bukan hanya mampu berkata, “Tuhan itu baik” ketika semuanya baik-baik sahaja. Im


Hindarilah Segala Kata-kata Kotor
“Jauhi kekotoran, percakapan tidak berakal dan lawak jenaka lucah, kerana segala ini tidak wajar, sebaliknya eloklah kamu mengucapkan kata-kata kesyukuran.” Efesus 5:4 (AVB) Selain menasihatkan jemaat di Efesus supaya menjauhkan diri daripada perbuatan cabul, kecemaran, dan ketamakan, Paulus juga mengingatkan mereka supaya menjaga setiap perkataan yang keluar daripada mulut mereka. Kekotoran, percakapan tidak berakal, dan lawak jenaka lucah tidak sepatutnya menjadi sebahagia


Hidup Menyenangkan Hati Tuhan Adalah Pilihan
"Hidup untuk menyenangkan hati Tuhan..” merupakan pilihan kita sendiri, Tuhan hanya memberikan kita apa yang harus kita lakukan didalam hidup ini supaya kita menjalani kehidupan yang menyenangkan hati-Nya. Namun Tuhan tidak memaksa kita untuk mengikut apa yang diperintahkan kepada kita. Walaupun hal itu baik untuk hidup kita, namun kita diberikan Tuhan kebebasan untuk memilih samada kita mahu ikut petunjuk dari Tuhan atau sebaliknya. Sebab Tuhan tidak sekali-kali memaksa kita


Hiduplah sebagai Umat Tuhan
“Tetapi perbuatan cabul dan segala kecemaran atau tamak haloba, jangan disebut pun dalam kalanganmu, kerana demikianlah sepatutnya bagi orang salih.” Efesus 5:3 (AVB) Paulus mengingatkan jemaat di Efesus bahawa mereka ialah umat Allah. Oleh sebab mereka telah menjadi milik-Nya, kehidupan mereka harus mencerminkan kekudusan dan kebenaran Tuhan. Sebagai umat Allah, mereka tidak seharusnya hidup dalam cara yang tidak bermoral atau melakukan perkara yang bertentangan dengan firma


Kita ialah Umat Allah
“ Tetapi perbuatan cabul dan segala kecemaran atau tamak haloba, jangan disebut pun dalam kalanganmu, kerana demikianlah sepatutnya bagi orang salih.” Efesus 5:3 (AVB) Paulus mengingatkan jemaat di Efesus bahawa mereka ialah umat Allah. Oleh sebab mereka telah menjadi milik Allah, cara hidup mereka harus mencerminkan kekudusan dan kehendak-Nya. Perbuatan cabul, perkara yang tidak senonoh, dan ketamakan tidak seharusnya mendapat tempat dalam kehidupan mereka. Dalam Perjanjian


Hidup Kita Harus Dijiwai oleh Kasih
“Hiduplah dalam kasih, sebagaimana Kristus mengasihi kita dan menyerahkan diri-Nya untuk kita sebagai persembahan dan korban yang harum bagi Allah.” Efesus 5:2 (AVB) Paulus mengingatkan jemaat di Efesus bahawa mereka ialah anak-anak Allah yang dikasihi-Nya. Oleh itu, mereka harus mengikut teladan Allah dan menjalani kehidupan yang dijiwai oleh kasih sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Yesus Kristus. Menjalani kehidupan yang dijiwai oleh kasih bererti membenarkan kasih Kri


Berserulah kepada Tuhan! (Kebaikan Tuhan pada semua orang)
Tuhan itu baik, panjang sabar dan mendengar seruan setiap orang yang berseru kepadanya. Dalam Mazmur 107 ada empat kumpulan manusia yang telah mengalami kebaikan Tuhan dan apa yang mereka alami menjadi alasan untuk memuji-memuji Tuhan dan terus berserah dan bersandar hidup kepada-Nya. Ada orang yang sesat jalan tidak ada tujuan hidup, bila mereka berseru kepada Tuhan, Tuhan menjawab dan memberi kepuasan kepada rasa dahaga dan kelaparan jiwa mereka. Ada orang yang hidup member


Hiduplah Mengikut Teladan Yesus
“Oleh itu, ikutlah teladan Allah seperti anak-anak yang dikasihi.” Efesus 5:1 (AVB) Jemaat di Efesus telah menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat serta menjadi anak-anak Allah yang dikasihi-Nya. Oleh itu, Paulus menasihatkan mereka supaya mengikut teladan Allah dalam kehidupan seharian. Mengikut teladan Allah bererti menjalani kehidupan yang mencerminkan kasih, kebaikan, kekudusan, belas kasihan, dan pengampunan-Nya. Semua sifat ini dinyatakan dengan sempurna me


Tidak Mengikuti Yesus Lagi
Bacaan ayat : Yohanes 6:51-66 Dalam grup Telegram sekolah, cikgu akan minta alasan untuk ketidakhadiran anak ke sekolah. Ada-ada saja alasan yang diberi – tiada kenderaan (atau kereta rosak), demam (sampai berminggu-minggu), sakit perut (balik-balik sakit perut dan cirit-birit), dan baru-baru ini alasan baru “trauma kerana terjatuh di tandas.” Itu alasan untuk tidak mahu hadir ke sekolah! Apakah alasan-alasan yang orang akan beri untuk tinggalkan Kristus? Kerana tidak dapat j


Hiduplah sebagai Anak Allah yang Dikasihi-Nya
“Oleh itu, ikutlah teladan Allah seperti anak-anak yang dikasihi.” Efesus 5:1 (AVB) Paulus mengingatkan jemaat di Efesus bahawa mereka ialah anak-anak Allah yang dikasihi-Nya. Oleh itu, mereka harus menjalani kehidupan yang mencerminkan sifat dan kehendak Allah. Sebagai anak-anak Allah, kita dipanggil untuk menjadikan Allah sebagai teladan dalam kehidupan. Kita harus belajar daripada kasih, kebaikan, belas kasihan, kekudusan, dan pengampunan-Nya. Semua sifat ini telah dinyat


Tetap Setia Dalam Proses Tuhan
Dalam perjalanan iman, saya semakin memahami bahawa pertumbuhan rohani tidak berlaku dalam satu malam. Ada prosesnya. Ada musim kita sangat bersemangat, ada musim kita diuji, ada ketika kita berada di tengah-tengah ibadah dan persekutuan yang penuh sukacita, dan ada juga ketika kita harus belajar berjalan bersama Tuhan dalam kesunyian dan rutin kehidupan sehari-hari. Demikian juga dalam pelayanan. Saya pernah berada dalam ibadah yang kecil, persekutuan yang sederhana, program


Hamba Tuhan Dan AI
“Kitab Suci Taurat ini tidak akan lekang daripada mulutmu, tetapi hendaklah engkau merenungkannya siang dan malam, supaya engkau berhati-hati melakukan segala yang tertulis di dalamnya. Dengan demikian perjalananmu akan beruntung dan engkau akan berjaya.” Yosua 1:8 AVB Baca juga Mazmur 1, 19, 119, Yohanes 15. Dalam penggunaan AI, kita perlu sentiasa ingat bahawa Tuhan memanggil kita untuk merenungkan firman Tuhan siang dan malam. Apa yang kita renungkan menjadi makanan rohani


Menikmati Firman, Memberkati Sesama
Mengapa orang benar dalam Mazmur 1 begitu menyukai firman Tuhan? Apakah yang mendorongnya merenungkan firman itu siang dan malam? Tidakkah dia bosan? Jawapannya terletak pada siapa yang ditemuinya melalui firman itu. Dia menikmati Taurat Tuhan bukan kerana dia dapat menghafal nama-nama kitab, hukum-hukum Tuhan, atau tajuk-tajuk teologi dan doktrin. Dia menyukai Taurat kerana melalui firman Tuhan, dia dapat mengenal Peribadi Tuhan, iaitu hati, kehendak dan kerinduan-Nya. Ini s


Kita Bebas. Tapi Siapa Tuan Kita?
Setiap kali kita bercakap tentang kemerdekaan, kita suka bercakap tentang kebebasan. Bebas menentukan hidup sendiri. Bebas membuat pilihan. Bebas menjadi siapa yang kita mahu. Tetapi Roma 6:18 memberi kita satu pandangan yang sangat menarik: “Kamu telah dimerdekakan daripada dosa dan menjadi hamba kebenaran.” Pernahkah kita berfikir, kalau sudah merdeka, kenapa masih menjadi hamba? Mungkin inilah yang selalu kita terlepas pandang. Dalam Alkitab, kemerdekaan bukan bermaksud ki


Akar Menentukan Buah
Hendaklah kamu berakar di dalam Dia dan dibangun di atas Dia, hendaklah kamu bertambah teguh dalam iman. — Kolose 2:7 “Ramai orang Kristian berbuah tetapi tidak berakar. Atau berakar tetapi bukan pada tempat yang betul.” Ungkapan ini menarik untuk direnungkan, tetapi pada masa yang sama menimbulkan beberapa pertanyaan dan kemusykilan. Secara semula jadi, bolehkah sebuah pokok benar-benar menghasilkan buah tanpa akar? Bukankah buah merupakan hasil daripada akar yang menyerap a


Kita ialah Anak-anak Allah yang Dikasihi-Nya
“Kerana kamu anak-anak Allah yang dikasihi-Nya,” Efesus 5:1 (AVB) Oleh itu, ikutlah teladan Allah seperti anak-anak yang dikasihi. Paulus mengingatkan jemaat di Efesus bahawa mereka ialah anak-anak Allah yang dikasihi-Nya. Kedudukan ini merupakan kasih kurnia yang besar kerana melalui iman kepada Yesus Kristus, mereka telah diterima sebagai anggota keluarga Allah. Bagaimanakah seseorang menjadi anak Allah? Alkitab mengajar bahawa setiap orang yang menerima Yesus Kristus dan p


Saling Mengampuni Kesalahan antara Satu Sama Lain
“Dan berbelas kasihlah satu sama lain, bersikap baik, saling memaafkan, sebagaimana Allah telah mengampunimu dalam Kristus.” Efesus 4:32 (AVB) Paulus menasihati jemaat di Efesus yang telah bersatu dengan Kristus supaya saling mengampuni antara satu sama lain. Sikap mengampuni harus menjadi sebahagian daripada kehidupan orang yang telah menerima kasih dan pengampunan Allah. Apakah yang dimaksudkan dengan saling mengampuni? Mengampuni ialah tindakan melepaskan kebencian, dendam


Berkat Terbesar Adalah Kehadiran Tuhan
Semakin lama saya melayani Tuhan, semakin saya menyedari bahawa berkat terbesar bukanlah hidup tanpa masalah, melainkan mengetahui bahawa Tuhan sentiasa hadir di tengah setiap keadaan. Ada kalanya doa kita belum dijawab seperti yang kita harapkan, pintu pelayanan seolah-olah tertutup, rancangan berubah, tubuh letih, hati kecewa, dan cabaran datang silih berganti. Namun di situlah kita belajar bahawa Tuhan tidak pernah meninggalkan orang yang setia berjalan bersama-Nya. Dalam


Hidup, Tetapi Benarkah Kita Benar-Benar Hidup?
Alkitab mengajar bahawa anda mungkin hidup secara fizikal, dan anda mungkin hidup secara jiwa, tetapi mati secara rohani. Kata-kata ini mengingatkan saya kepada satu realiti yang sering saya lihat sepanjang melayani Tuhan. Seseorang boleh kelihatan sihat, berjaya, mempunyai kerjaya yang baik, ramai pengikut di media sosial, malah aktif dalam pelbagai aktiviti. Namun di sebalik semua itu, hati mereka sebenarnya kosong dan mereka jauh daripada Tuhan. Sepanjang saya terlibat dal
bottom of page
