top of page

Perkahwinan & Keluarga


Ibrani 13:4 Hendaklah kamu semua penuh hormat terhadap perkawinan dan janganlah kamu mencemarkan tempat tidur, sebab orang-orang sundal dan pezinah akan dihakimi Allah.


Ulangan 6:6-7 Apa yang kuperintahkan kepadamu pada hari ini haruslah engkau perhatikan, haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun.


Tuhan memulakan perkahwinan dan mendirikan keluarga. Pasangan suami isteri akan saling memberikan kasih. Saling menghormati dan saling tunduk. Perkahwinan dan keluarga yang baik dan stabil serta mewujudkan Kesatuan keluarga, persefahaman antara satu sama lain semasa hidup bersama, mencerminkan kasih Tuhan. Komunikasi yang baik dan dapat mengatasi konflik. Dasar moral yang baik. Ibu bapa akan menjadi teladan yang baik. Bapa akan mengambil kepimpinan. Mezbah keluarga didirikan. Bimbingan kepada ibu bapa semasa mereka menguruskan anak-anak di rumah sepanjang masa. Pertolongan Tuhan untuk membimbing anak-anak mereka dalam pelajaran sekolah anak-anak. Keluarga dan rumah tangga menjadi dasar negara yang sihat.



RENUNGAN / KONGSIKAN PENGALAMAN ANDA / EVALUASI DIRI


Renungan dan refleksi dalam keluarga mu sejak akhir akhir ini , apakah setiap anggotamu menjadi


  • Keluargamu dapat menyesuaikan kehidupan mereka dengan nilai dan prinsip Tuhan dan agar doa keluarga diamalkan

  • Keluargamu berusaha menjadi pengaruh positif di mana saja mereka berada – tempat kerja, tempat bermain, sekolah, rumah dan menjadi contoh yang baik bagi masyarakat

  • Menggerakkan keluargamu untuk menjadi kuasa doa yang mengubah destini keluarga ke arah kebenaran dan mencintai Tuhan


BAHAN DOA:

  • Roh Kudus memperkasa ibu bapa untuk menjadi bapa dan ibu kepada anak-anak mereka dan agar pemulihan dan perdamaian antara ibu bapa dan anak-anak berlaku Hari 35 (25 Ogos, Selesa) Penjagaan bagi keluarga besar (Ula. 5:16; 1 Tim. 5:3-4)

  • Mohon pengampunan sekiranya kita tidak menghormati atau mengasihi ibu bapa kita yang sudah tua atau sanak saudara

  • Mematahkan roh penceraian, pesta pora, kemabukan, keegoan. Konflik yang cuba mencuri kedamaian dalam keluarga

  • Kesembuhan luka batin, trauma dalam kelauga, konflik suami isteris dan anak serta mertua dan menantu dibereskan

  • Agar kasih Tuhan menyentuh dan merangkul ramai orang yang sudah tua dan hidup tanpa penjagaan orang yang dikasihi mereka

  • Bagi semua keluarga Kristian yang menjaga orang yang sudah tua: agar mereka menunjukkan serta mengamalkan hidup masyarakat yang mengasihi, memperhatikan dan berbelas kasihan, Lebih banyak pusat Kristian ditubuh

  • Bangkitkan hati bapa dan ibu rohani sebagai tunggak kepemimpinan dan partnership (saling) dalam keluarga

  • Isteri yang menjadi penolong dan pendoa dan pembawa damai

  • Keluarga yang bersatu dan menjadi saluran berkat dan saksi bagi keluarga yang lain


Pr Asong Ngau

Comments


bottom of page