top of page

Renungan Pra-Paskah

Bersedia untuk 40 Hari Pra-Paskah

Apa itu Pra-Paskah (Lent)?

Pra-Paskah adalah musim suci selama 40 hari dari gereja-gereja utama tradisional sebagai persediaan untuk Hari Jumaat Agung dan Hari Paskah. Ini adalah "berjalan" bersama Tuhan Yesus Kristus dalam perjalanan terakhir-Nya ke Yerusalem sebelum Dia disalibkan dan dibangkitkan. Pra-Paskah juga dikenali sebagai musim pembersihan rohani, iaitu masa untuk renungan dan persediaan rohani dan kemudian membersihkan segala yang menghalangi hubungan kita dengan Yesus Kristus.

Esok hari adalah hari Rabu Abu, tepat di tengah-tengah perayaan Tahun Baru Lunar yang menjadikannya satu cabaran bagi jemaah Kristian di Asia yang berbangsa Cina, Jepun, Vietnam dan Korea.

Secara tradisinya, musim Prapaskah bermula pada hari Rabu Abu dengan tanda bertaubat: meletakkan abu dicampur dengan minyak dan diletakkan atas di kepala atau dahi seseorang.

Disiplin rohani yang kita tunjukkan di hadapan Tuhan - yang biasanya disertai oleh puasa, doa dan bacaan firman - adalah untuk mendekatkan kita dengan Tuhan Yesus Kristus dan menjadi lebih seperti Dia, dan tidak dimaksudkan untuk memperoleh pahala melalui amalan iman yang pietistik.
Bagaimana Kita Perlu Menyiapkan untuk Musim Pra-Paskah?

Memandangkan kita telah melalui tahun pandemik yang sukar, dan masih di tengah gelombang jangkitan virus yang lebih kuat, adalah harapan kita bahawa tahun ini, Musim Pra-Paskah akan menjadi masa persiapan rohani: untuk Bertobat, Memperbaharui, Memulihkan dan Membina semula.

2 Timotius 2: 20-22 memberi kita contoh untuk membersihkan dirinya daripada kecemaran, menjadi bekas untuk kegunaan mulia, berguna kepada Tuhan, dan bersedia untuk melakukan kerja yang baik.

Ezra dan Nehemia dipersiapkan melalui musim puasa dan doa sebelum Tuhan menghantar mereka dalam perjalanan untuk memulihkan dan membangun kembali bait suci dan tembok Yerusalem yang pecah, supaya mereka bersedia menghadapi pertempuran rohani dan fizikal yang akan terjadi.

Sebelum memasuki pelayanan doa yang strategik untuk membangun kembali dan memulihkan negara, yang sangat diperlukan adalah masa bagi kita untuk berehat, memperbaharui dan memulihkan diri kita dalam segi rohani dan fizikal, dan juga menunggu Tuhan dan menikmati kehadiran kudus-Nya.

Oleh itu, adalah doa kami agar renungan pendek kami yang akan dibagikan kepada anda setiap hari akan membawa anda istirahat dan pembaharuan, dan mengembalikan anda ke jalan yang lebih dalam dengan Tuhan dan dalam hubungan intim dengan Tuhan Yesus Kristus, seperti dalam Yesaya 40:31, "Tetapi mereka yang menanti-nantikan Tuhan akan mendapat kekuatan baru. Mereka akan terbang tinggi dengan sayap seperti burung rajawali. Mereka akan berlari dan tidak menjadi penat, mereka akan berjalan dan tidak menjadi lesu."

Semoga anda mengalami hadirat Yesus Kristus semasa anda memberikan komitmen selama 40 hari ini untuk mengikuti perjalanan dengan-Nya. Semoga matamu terbuka, dan hatimu terbakar, seperti murid-murid yang berjalan bersama-sama dengan-Nya di jalan menuju Emaus, dan berkata, "Tetapi dalam perbenaran aku akan melihat wajah-Mu; aku akan bahagia sepenuhnya apabila terjaga di hadirat-Mu." - Mazmur 17:15

bottom of page