top of page

Renungan Pra-Paskah

Hari Pra-Paskah Ke-10

"Bukan kamu yang memilih-Ku tetapi Aku yang memilihmu dan menyuruhmu berbuah lebat, dan buahmu itu haruslah kekal, maka apa sahaja yang kamu minta dalam nama-Ku, Bapa akan mengurniakannya kepadamu. Inilah perintah-Ku kepadamu: Kasihilah sesama sendiri." - Yohanese 15:16-17 AVB

RENUNGAN: Tuhan Yesus Kristus mengatakan Dia memilih kita untuk berbuah lebat, dan apa sahaja yang kita minta dari Bapa di Syurga atas nama-Nya, Dia akan mengurniakan kepada kita. Bagaimanakah kita melaksanakan janji kurnia ini untuk diri kita sendiri? Betapa sukarnya mengasihi seseorang yang sukar dikasihi! Adakah anda mengalami orang yang menyinggung atau melukakan hati anda? Apakah yang mesti kita lakukan hari ini untuk meletakkan perkara yang menyakitkan hati ini di hadapan Tuhan dan terima pemulihan?

bottom of page